Tuesday, December 8, 2015

Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAM MIR RABBIR RAHIM' diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.


RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAM MIR RABBIR RAHIM' diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.



Jika boleh niatkan sebegini:

[+]1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

[+]2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam

[+]3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat

[+]4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini .

[+]5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

[+]6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

[+]7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

Aamiin Ya Allah.

[+]Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai orang yang boleh atau lebih, tiada kerugian bahkan digalakkan.
 
Sumber dari darasunyi 

Tuesday, November 24, 2015

Friday, November 13, 2015

Mutiara Kata


Sumber dari Tabung Haji

Kisah Seorang Anak Penyabar Yang Menjaga Ayahnya Menghidap Stroke


Ayah dan ibu adalah orang yang amat penting dalam hidup mereka. Fikirkan balik, betapa susahnya mereka menjaga kita masa kecil.. Ayah susah payah membanting tulang bekerja siang malam untuk cari rezeki. Ibu pula terkejar sana sini untuk memastikan anak kesayangannya dalam keadaan baik. Apa yang kita nak semua dapat.
Jadi bila kita dah besar, ini lah masanya untuk kita membalas jasa mereka. Kali ni kami nak kongsi kisah yang patut dijadikan teladan. Begitu tabahnya seorang anak untuk menjaga ayahnya yang sakit stroke..


ASalam.
Pagi tadi saya dengar radio klasik dlm kereta….
Satu kisah yg terharu yg diceritakan oleh juruhebah perempuan radio tersebut..
Kisahnya begini …
Ada seorang anak lelaki bawa ayahnya yg kena stroke akibat angin ahmar ke kedai makan mamak yg terkenal utk makan tengahari. Ayahnya teringin sangat nak makan nasi beriani kat kedei tu. Masa tu orang ramai dan meja makan pun rapat2. Setelah diduduk ayahnya elok elok, anak lelaki tu pun pesan makanan lauk2 kari.
Setelah makanan sampai, ayahnya mula menyuap sendiri.
Maklumlah pesakit angin ahmar, dlm keadaan terketar2 menyuap makanan, banyaklah remah yg jatuh di baju, seluar, malah di muka ayahnya yg kelihatan agak comot. Kebanyakan orang dlm restoran tu semua pandang dan curi2 pandang, ada juga beberapa orang tunjuk muka geli dan jijik.
Namun begitu anak lelaki tu tetap bantu ayahnya suapkan makanan dan minunan tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling. Setelah selesai makan dipapahkan ayahnya ke singki untuk dibersihkan, disabunkan tangan, lapkan muka, dibersihkan baju dan seluar ayahnya dari remah makanan seterusnya dipimpin ke kereta yg parking di hadapan restoran. Setelah itu anak lelaki itu ke cashier utk jelaskan bayaran. Sebelum beredar, anak lelaki tersebut telah ditegur oleh seorang pakcik,
“Anak, tak ada barang yg tertinggal ke ?” Jawab anak lelaki tu , “ok semua pakcik, spec abah, ubat abah, handphone abah, towel kecil abah, tongkat abah, semua saya sudah bawak masuk kereta.. tak ada yg tinggal…”

Pakcik tu berkata lagi, ” Ada, kau ada tinggalkan kesan di hati orang2 yg perhatikan kau. Pertama, kesan dihati orang2 yg sebaya dengan pakcik, adakah anak2 kami akan berbuat baik seperti yang kamu lakukan terhadap ayah kamu. Kedua, kamu telah tinggalkan kesan di hati anak2 muda yg sebaya kamu, mereka akan tanya diri sendiri, sanggupkah mereka buat dan melayan mak atau ayah yg sakit dan uzur sepertimana yg kamu lakukan ini.

Pakcik lihat, pekerja2 restoran mamak pun turut terharu, malah ada yg kesat airmata teringatkan mak dan ayah barangkali. Pakcik sangat bangga dgn kamu semoga Allah memberi Rahmat kpd kamu..”
Sahut anak lelaki tu, ” Ye ke pakcik.. alhamdulillah, saya sayang abah saya… abah kena stroke… moga2 abah cepat sembuh….”
Sekadar mengingatkan pada yg masih ada..
P/S :  Tetiba teingat abah kat kat kampung yang juga sakit buah pinggang tp alhmadulillah abah masih kuat dan kalau orang tengok mesti orang tak percaya yang dia sakit...selalu berdoa agar menjadi anak yang sentiasa dapat berbakti pada kedua-duanya.. Insyallah
Sumber dari Facebook Mohd Yunos dan Oh Bulan 

7 tanda rezeki diberkati allah

7 Tanda Rezeki Diberkati Allah SWT
1) Kita akan sentiasa rasa cukup dengan apa yang kita ada. Dan kadang-kadang tu kita rasa macam lebih dari cukup. Ini adalah salah satu petandanya sebab orang yang dapat rezeki tanpa keberkatan akan rasa sentiasa dalam kekurangan dan tidak puas dengan apa yang dia ada. Contohnya bila dapat duit, duit tu rasa sekejap saja habis. tapi kalau duit tu ada keberkatan, boleh cukup belanja sebulan dan boleh sampai tahap cukup buat simpanan.
2) Bila perilaku atau keadaan dalam keluarga dilihat stabil atau bahagia, ia boleh dikatakan yang rezeki keluarga itu ada keberkatan. Punca permasalahan dalam keluarga kadang-kadang boleh dilihat kembali pada akarnya, iaitu punca mendapatkan nafkah keluarga. Bila bercampur harta halal dan haram seperti rasuah maka wang tersebut sentiasa rasa tak cukup.
3) Apabila kita terasa mudah untuk menjaga solat dan juga melakukan amal ibadah yang lain, maka boleh lah dikatakan yang rezeki yang kita peroleh itu diberkati. Rezeki yang di perolehi boleh melakukan ibadah umrah atau haji. Boleh jadi kenapa sebahagian daripaad kita susah sangat nak solat sebab rezeki kita tak diberkati.
4) Lagi satu lagi kesan positif bila rezeki kita diberkati ialah bila orang sekeliling kita suka dekat kita atau senang dengan kehadiran kita. Perkara seperti ini boleh dilihat bila kita bersama rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain. Kehadiran kita memberi manfaat kepada orang lain dan tidak menyusahkan.

5) Seterusnya ialah apabila anak-anak cemerlang dalam pelajarannya. Sebab itu pentingnya mencari rezeki yang halal yang diberkati sebab duit yang kita guna buat beli makanan dan barang-barang untuk anak-anak sebenarnya ada kesannya.
6) Kalau rumah kita orang rajin ziarah, itu maknanya rezeki kita ada keberkatan. Kedatangan tetamu sebenarnya membawa rezeki dan keberkatan di dalam rumah tangga kita.
7) Dan yang terakhir sekali bila doa kita senang termakbul. Sebab Nabi SAW pernah bersabda doa yang tak dimakbulkan antara sebabnya adalah kerana makan dari rezeki yang haram.
Maka itulah petanda rezeki orang yang mempunyai keberkatan. Tapi kita sering terlupa yang rezeki di ada bermacam jenis, bukan sekadar tertumpu pada harta semata.
Dalam apa pun yang kita dapat di dunia ini, semua tu tak lain tak bukan adalah rezeki dari Allah SWT kurniakan. seperti yang terdapat didalam ayat al-Quran, surah At-Talaq ayat 2-3:
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, Maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan. dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya”
Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia merupakan ibadat iaitu selagi ia dilakukan dengan niat yang baik dan tidak melanggar hukum-Nya. Rezeki yang berkat adalah rezeki yang dicari dengan titik peluh sendiri, bukan dengan cara menunggu pemberian daripada orang lain seperti meminta sedekah, derma dan sebagainya padahal tubuh badan masih lagi kuat dan sihat. Hal ini amat dilarang keras oleh Islam kerana ia merupakan perbuatan yang memalukan dan menghinakan.
Selalunya manusia itu apabila berkaitan dengan berkah (berkat, barakah) menjuruskan kepada rezeki dan menilai disegi banyaknya keuntungan yang diperolehi. Sebaliknya mereka beranggapan tiada keberkatan daripada Allah SWT apabila rezeki yang mendatang itu sedikit sedangkan usaha yang dikeluarkan cukup banyak dan berlipat ganda, namun kepada kedua kedudukan tersebut manusia selalu terlupa dan tidak mahu bersyukur kepada Allah.
Kehidupan yang berkat itu sebenarnya akan sentiasa mencukupkan dan kecukupan itu membolehkan keberkatan didalam kehidupan. Apabila mempersoalkan amaun banyak atau sedikit, bererti manusia itu tidak pernah puas sehinggakan tidak tahu mereka bersyukur, maka tiadalah keberkatan dari Allah didalam kehidupan. Sesungguhnya segala yang dimiliki oleh manusia diatas muka bumi ini walau sebanyak mana atau sangat sedikit, mahu pun mungkin tidak punya suatu apa, sebenarnya segala itu adalah kurnia daripada Allah SWT.
Nabi SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya Allah yang Maha Luas KurniaNya lagi Maha Tinggi akan menguji setiap hambaNya dengan rezeki yang diberikan. Barang siapa yang redha dengan pemberian Allah, maka Allah akan memberkati dan melapangkan rezeki baginya dan barang siapa yang tidak redha nescaya rezekinya tidak diberkati” (HR Ahmad)
Nabi Muhammad SAW melalui Sabda Baginda diatas sekali gus menjelaskan bahawa keberkatan dari Allah SWT itu tidak ditentukan amaun banyak atau sedikit rezeki yang diperolehi. Keberkatan Illahi itu terletak diatas rasa keredhaan hamba Allah keatas apa sahaja bentuk mahu pun jumlah kurniaanNya.
Sebaliknya rezeki itu sendiri merupakan perujian daripada Allah SWT kepada manusia sejauh mana mereka benar benar bertakwa dan berserah diri kepadaNya. “Wahai orang orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar benar takwa kepadaNya, dan janganlah kamu mati melainkan dengan berserah diri”(Surah Ali-Imran (3) ayat 102)
Dalam kita memahami pengertian rezeki yang berkat, kita tidak boleh membataskan rezeki itu hanya pada wang ringgit tetapi meliputi kesihatan. Ilmu,sahabat, masa lapang, idea dan berbagai lagi sehinggakan kemampuan melaksanakan amal ibadah juga merupakan rezeki. Bila kita dapat memahami makna rezeki yang berkat secara tidak lansung kita sudah menambahkan rezeki dengan meluaskan pengertian rezeki itu sendiri. Jika seseorang mendapat gaji yang besar tetapi tidak merasai cukup kerana terlalu banyak perkara yang perlu di bayar dan merasai sentiasa tak cukup.
Sedangkan ada setengah orang berpendapatan sederhana tetapi mencukupi menyara isteri dan anak-anak, mampu membeli rumah, kereta dan mampu membiayai pengajian anak-anaknya ke universiti. Ini adalah petanda rezeki yang tak berkat dengan rezeki yang berkat.

Friday, October 2, 2015

KISAH IMAM GHAZALI DIROMPAK

Sewaktu Imam Al-Ghazali pulang ke kota Thus, beliau mengikat nota-nota ilmunya di dalam sebuah bungkusan. Dia dalam perjalanan pulang, kafilah beliau telah ditahan oleh sekumpulan perompak dan telah merampas harta setiap anggota kafilah tersebut. 

Apabila giliran Imam Al-Ghazali, beliau berkata:
"Ambillah semua yang engkau mahu, tetapi jangan ambil bungkusan ini."

Para perompak menganggap ia merupakan satu harta yang amat bernilai, namun hanya menjumpai beberapa helai kertas. Lalu, Imam Ghazali berkata:
"Ini adalah hasl titik peluhku. Aku telah meninggalkan kampung halamanku agar aku memperolehi ilmu."

Seorang perompak berkata:
"Jika aku ambil bungkusan ini, engkau tidak tahu ke? Kalau begitu, buat apa kamu belajar jika ilmu kamu dalam buku."

Kata-kata daripada perompak itu telah menyebabkan Imam Al-Ghazali tersedar dan mengubah cara dia berfikir.

Telah berkata Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid:

"Ambillah kata-kata hikmah daripada sesiapa sahaja. Kata-kata hikmah merupakan satu perkara yang berharga yang hilang daripada orang beriman. Jadi, hendaklah dia mana sahaja dia jumpa, dia perlu ambil."
.
LIKE - - > Habbatus Sauda Pemakanan Sunnah

Subhanallah

Suatu ketika, Rasulullah pulang ke rumah dan melihat istrinya Sayyidatuna Khadijah sedang sibuk menyusui puterinya, Sayyidah Fathimah.
Betapa terkejutnya Rasulullah ketika mendapati bukan air susu yg keluar dari istrinya melainkan darah..!!
Setelah menenangkan dan menidurkan puterinya, 
Sayyidah Khadijah pun mendatangi suami tercinta,
dan Rasulullah meletakkan kepala beliau yg mulia ke pangkuan istrinya seraya berkata :
"Wahai istriku, tidakkah kau merasa menyesal karena memiliki suami sepertiku..???
Dulu sebelum kau kunikahi, kau adalah janda terkaya disini, kekaya'anmu melimpah ruah, namamu terpandang..
Tetapi kini, bahkan untuk menyusui puterimu saja kau harus mengeluarkan darah karena tidak ada apa2 lagi yg kau miliki sa'at ini...!"
Dengan lembutnya Sayyidah Khadijah menjawab :
"Wahai kekasihku dan kekasihnya Allah.., jika aku nanti mati dan tidak ada lagi harta kekaya'an sepeninggalku sedangkan kau ingin pergi menyebarkan ilmu dan Agama untuk menyeberangi lautan, maka galilah kuburku, gunakan tulang-tulangku untuk menjadi perahumu !"
Subhanallah.. ({})

آللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ

Sumber : Facebook

Friday, September 18, 2015

Kenangan Kembara di Tanah Suci

Belum terlambat rasanya awin nk ucpkan salam takziah kepada mangsa2 tragedi di masjidil haram, makkah. Semoga keluarga di Malaysia tabah menerima dugaan dan Insyaallah semoga roh2 arwah ditempatkan di syurga. Seperti yang dijanjikan awin ingin berkongsi kenangan2 sepanjang kami 3 beradik di tanah suci semasa menjalani ibadah umrah pada bulan 14.03.2015 hingga 25.03.2015 lepas. Semoga Allah menjemput lagi kami menjadi tetamuNya lagi. Bila tgk balik gambar2 disana rindu dtg membuak2 untuk ke sana lagi.


































Thursday, September 17, 2015

Daihan, Minguk , Manse

Terjebak sudah dgn rancangan Korea...walaupun xsuke muzik K-Pop tp bile selalu tgk rancangan The Return Of Superman jd minat plak..ni gara-gara housemate yang mmg hantu Korea. tp awin ada simpan angan2 nk g sgt2 ke Korea, bukan sbb minat artis dia tp nak merasa salji korea..feliling konon2 leh pakai baju tebal2 cm diorg..hihihi...ok sebelum banyak lagi merepek jom tgk gambar2 comel 3 bdk kembar iaitu Daihan , Minguk & Manse sbb dlm 5 family tu gelagat diorg paling mencuit hati..mcm2 perangai ada.