Jangan lupa yer kawan-kawan kita layan cerita "Playboy Itu Suami Aku" pulak... harap2 cerita ini pun best mcm yang sebelum2 ni...ending tu yg penting..jgn ada sangkut2 yer..harap semua tuan pengarah take note tu..sekadar bagi pendangan selaku penonton setia drama akasia.. :D
Sinopsis Drama TV3: Playboy
Itu Suami Aku
Afina yang baru habis pengajiannya selalu membantu rakannya
Syaf dikedai bunga. Disitulah titik pertemuan Afina dan Adrian A.K.A 'King of
crocodile. Afina yang mempunyai adik kembar Fisya , yang tidak pernah
menganggapnya kakak. Fisya juga diantara nama yang tersenarai girlfriend kepada
Adrian.
Dari satu pertemuan ke satu pertemuan seolah Afina tidak
boleh lari, hidupnya menjadi huru-hara. Pertemuan dengan Puan Sri mummy Adrian
merubah kehidupan Afina bila Puan Sri melamar menjadi menantunya. Afina
disahkan Amnesia (hilang ingatan sementara) kerana hentakan yang kuat semasa
terlibat dalam kemalangan . Afina tidak boleh mengingati apa-apa , apatah lagi
Adrian sebagai suaminya.
Untuk memulihkan ingatan Afina , Mummy Adrian tidak pernah
berputus asa , Mengubah Afina yang baru dan berkerja menjadi PA Adrian. Jawatan
itu disandang sebelum Afina kemalangan lagi ini bertujuan untuk memantau
aktiviti Adrian. Banyak perkara yang berlaku antara Afina dan Adrian.
Bertengang urat adalah aktiviti hariannya. Suatu hari Adrian membawa Afina ke
mesyuarat dan sesuatu yang tak diingini berlaku.
Adrian membawa Afina ke pantai . Kata Adrian , Afina sukakan pantai dan pantai juga adalah rumah keduanya, dipantai juga tempat Afina meluahkan perasaannya. Adrian cuba meluahkan perasaan hatinya pada Afina entah bagaimana, semasa berlari dipantai Afina terhantuk yang membuatkan ingatannya pulih.

Mencari jawapan bagaimana Afina boleh berkahwin dengan lelaki
buaya itu semuanya terjawab, Afina mula jatuh cinta pada Adrian kerana satu peristiwa
dimana Afina melihat Adrian bermain dengan kanak-kanak dirumah asuhan anak-anak
yatim dibawah naungannya. Afina yang menganggap Adrian King of crocodile. Hanya
pandai melukakan perasaan perempuan sahaja, rupa-rupanya jiwa penyayang.
Lantaran itu Afina menerima pinangan mummy Adrian ketika itu
. Sebelum mereka meluahkan perasaan masing-masing, Adrian menceritakan
segalanya tentang dirinya. Adrian pernah jatuh cinta dan patah hati bila
hatinya dipermainkan oleh perempuan bernama Sarah . Selepas peristiwa itu
Adrian tidak lagi percaya pada cinta .
Hingga Afina hadir dalam hidupnya. Adrian merasa marah bila
Afina nekad untuk berpisah sebelum kemalangan berlaku. Dengan berlakunya
kemalangan itu Adrian merasa amat bersalah. Dalam mereka cuba melayari kebahagiaan
hidup rumahtangga . Afina didatangi seorang peminat ditempat kerja . Keadaan
itu tidak disenangi oleh Afina sendiri dan meminta izin untuk berhenti kerja .
Afina lebih sanggup menjadi suri rumah sepenuh masa.
Disangkakan panas hingga kepetang rupanya hujan ditengah hari. Fisya kembali ke tanah air. Fisya mengambil keputusan untuk keluar negara selepas perkahwinan Afina dan Adrian dahulu. DiSangkakan Fisya sudah berubah rupa-rupanya tidak. Fisya yang menduga Afina akan merana bila berkahwin dengan Adrian. Tetapi sangkaannya meleset belaka. Ternyata Afina dan Adrian sememangnya bahagia. Ini membuatkan Fisya tak puas hati dan marah.

Sumber dari http://umikasum.blogspot.com
No comments:
Post a Comment