Wednesday, November 27, 2013

Lirik Lagu Rindukanlah – Encik Mimpi OST Playboy itu suami aku


Ku Benar-Benar Sayang
Pada Dirimu Oh Kasihku
Janganlah Engkau Ragu
Pada Diriku

Dan Ku Berkelana Mencari
Harapan Yang Kita Impikan..
Dari Terbitnya Sang Suria...
Hingga Tenggelam..

Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu
Dan Ku Ingin Harapan Hatimu
Oh Janganlah Engkau Bersedih
Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatimu

Rindu-rindukanlah Diriku
Sepanjang Hari-Harimu
Sayangku
Ku Adalah Milikmu
Sayangku Adalah
Milikmu Yang Kau Rindu..

Doa-doakanlah Diriku Di Dalam Hatimu
Di Dalam Nafasmu
Sepanjang Hari-harimu..

Sunday, November 17, 2013

Kisah Peminum Arak Menjadi Imam Di Turkey

 Assalamualaikum dan salam jumaat kepada semua pembaca. Kali ini, kami sajikan sebuah kisah tauladan dan juga kisah pengajaran kepada semua. Kisah ini berkisah kan dua orang lelaki yang merupakan peminum arak yang di suruh menjadi imam untuk solat subuh di sebuah hotel. Mari kita sama-sama menghayati kisah ini.

Dua orang lelaki dari Madinah al-Munawarah bercuti ke Turkey untuk rehat dan minum arak. Apabila kedua mereka tiba di Istanbul, mereka check in hotel, petugas di reception meminta alamat bagi tujuan pendaftaran, mereka menjawab;

”Kami dari Madinah al-Munawarah”

Petugas di kaunter pendaftaran itu sangat gembira mendengar kedua mereka dari Madinah, lalu di beri bilik yg luas dan view yg sangat cantik, kerana mereka berdua dari Madinah kota suci tempat bersemadinya kakasih kita Rasulullah saw.

Selepas masuk kedalam bilik, kedua lelaki ini minum arak, salah seorang dari mereka minum sepuasnya, mabuk tak terhingga, seorang lagi separuh mabuk…. Tepat jam 4pagi bilik mereka diketuk, salah seorang yg tak berapa mabuk dalam keadaan tak larat, membuka pintu lalu didapati seorang lelaki memberitahu:

”Selepas Imam kami mengetahui kamu berdua dari Madinah al-Munawarah, imam kami tidak mahu mengimamkan solat fajar, kerana ada org arab dari Madinah di hotel ini,
”kami harap saudara dapat imamkan kami” .

Lelaki itu memberitahu dengan nada yg penuh harapan:
” cepat-cepat turun yea, kami tunggu kat bawah.””
Lelaki yg mabuk itu kebingungan, lantas dikejutkanya kawan dia yg seorang lagi ( mabuk sangat), sambil bertanya:

” engkau hafal al-Quran tak?”
Sayang, kawan dia dah macam mayat, tak sedar diri dek kerana mabuk. Selang beberapa minit, bilik hotel diketuk lagi, suara dari luar berkata:

” Cepat sikit tuan kami dah lama tunggu ni, jgn lambat nak syuruq dah ni…“.
Tanpa berlengah lelaki yg separuh mabuk, masuk bilik air mandi dan berwudu lalu turun ke masjid untuk solat dgn pendudk setempat.

Ketika masuk kedalam masjid lelaki itu sangat terkejut, kerana jemaah yg berkumpul untuk solat fajar seperti jemaah solat jumaat. Kedatangan lelaki ini disambut dengan penuh kemulian, jemaah berbaris dan bersalam dgn penuh penghormatan, kerana pemuda ini datang dari Madinah al-Munawarah.

Pemuda itu mengimamkan solat fajar, rakaat pertama dan kedua dibacanya surah al-Ikhlas, kerana itu sahaja yg dihafal. Selesai solat, sekali lagi jemaah salam dan berpeluk dgn pemuda tersebut. Peristiwa ini menjadikan kedua2 mereka bertaubat dari minum arak. Mereka memulakan kehidupan baru, dengan menpelajari agama, menghafal al-Quran. Alhamdulillah, kini kedua mereka menjadi pendakwah yg tersohor.

Maha Kaya Allah swt yg memberi peluang untuk manusia kembali ke pangkal jalan hidayah.

Wallahualam.

Monday, November 11, 2013

Playboy Itu Suami Aku

Jangan lupa yer kawan-kawan kita layan cerita "Playboy Itu Suami Aku" pulak... harap2 cerita ini pun best mcm yang sebelum2 ni...ending tu yg penting..jgn ada sangkut2 yer..harap semua tuan pengarah take note tu..sekadar bagi pendangan selaku penonton setia drama akasia.. :D



Sinopsis Drama TV3: Playboy Itu Suami Aku
Afina yang baru habis pengajiannya selalu membantu rakannya Syaf dikedai bunga. Disitulah titik pertemuan Afina dan Adrian A.K.A 'King of crocodile. Afina yang mempunyai adik kembar Fisya , yang tidak pernah menganggapnya kakak. Fisya juga diantara nama yang tersenarai girlfriend kepada Adrian.
Dari satu pertemuan ke satu pertemuan seolah Afina tidak boleh lari, hidupnya menjadi huru-hara. Pertemuan dengan Puan Sri mummy Adrian merubah kehidupan Afina bila Puan Sri melamar menjadi menantunya. Afina disahkan Amnesia (hilang ingatan sementara) kerana hentakan yang kuat semasa terlibat dalam kemalangan . Afina tidak boleh mengingati apa-apa , apatah lagi Adrian sebagai suaminya.
Untuk memulihkan ingatan Afina , Mummy Adrian tidak pernah berputus asa , Mengubah Afina yang baru dan berkerja menjadi PA Adrian. Jawatan itu disandang sebelum Afina kemalangan lagi ini bertujuan untuk memantau aktiviti Adrian. Banyak perkara yang berlaku antara Afina dan Adrian. Bertengang urat adalah aktiviti hariannya. Suatu hari Adrian membawa Afina ke mesyuarat dan sesuatu yang tak diingini berlaku. 

Adrian membawa Afina ke pantai . Kata Adrian , Afina sukakan pantai dan pantai juga adalah rumah keduanya, dipantai juga tempat Afina meluahkan perasaannya. Adrian cuba meluahkan perasaan hatinya pada Afina entah bagaimana, semasa berlari dipantai Afina terhantuk yang membuatkan ingatannya pulih.
Mencari jawapan bagaimana Afina boleh berkahwin dengan lelaki buaya itu semuanya terjawab, Afina mula jatuh cinta pada Adrian kerana satu peristiwa dimana Afina melihat Adrian bermain dengan kanak-kanak dirumah asuhan anak-anak yatim dibawah naungannya. Afina yang menganggap Adrian King of crocodile. Hanya pandai melukakan perasaan perempuan sahaja, rupa-rupanya jiwa penyayang.
Lantaran itu Afina menerima pinangan mummy Adrian ketika itu . Sebelum mereka meluahkan perasaan masing-masing, Adrian menceritakan segalanya tentang dirinya. Adrian pernah jatuh cinta dan patah hati bila hatinya dipermainkan oleh perempuan bernama Sarah . Selepas peristiwa itu Adrian tidak lagi percaya pada cinta .
Hingga Afina hadir dalam hidupnya. Adrian merasa marah bila Afina nekad untuk berpisah sebelum kemalangan berlaku. Dengan berlakunya kemalangan itu Adrian merasa amat bersalah. Dalam mereka cuba melayari kebahagiaan hidup rumahtangga . Afina didatangi seorang peminat ditempat kerja . Keadaan itu tidak disenangi oleh Afina sendiri dan meminta izin untuk berhenti kerja . Afina lebih sanggup menjadi suri rumah sepenuh masa. 

Disangkakan panas hingga kepetang rupanya hujan ditengah hari. Fisya kembali ke tanah air. Fisya mengambil keputusan untuk keluar negara selepas perkahwinan Afina dan Adrian dahulu. DiSangkakan Fisya sudah berubah rupa-rupanya tidak. Fisya yang menduga Afina akan merana bila berkahwin dengan Adrian. Tetapi sangkaannya meleset belaka. Ternyata Afina dan Adrian sememangnya bahagia. Ini membuatkan Fisya tak puas hati dan marah.
Fisya mengugut Afina agar meninggalkan Adrian jika tidak Adrian akan dibunuh. Kerana terlalu sayangkan Adrian , Afina membawa diri ke Korea . Tetapi Afina tewas dengan rindunya yang mendalam pada suaminya . Dengan bantuan Syaf Adrian datang memujuk kerana ajal itu bukan ditangan Fisya tetapi Allah yang menentukan segalanya.

Sumber dari http://umikasum.blogspot.com

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM



 1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

✔ Rugilah x SHARE sbab ianya 1 peluang dkwah yg MUDAH. . .jOm share !!! sebarkan. . .ni pOn ilmu jgk. . . 

Saturday, November 9, 2013

Info


Selesai sudah cerita Love You Mr Arrogant

Lepas ni rindu la kat Mr Arrogant.. harap-harap lepas ni ada lagi cerita yang mane ni..best layan walaupun jalan cerita lebih kurang same jer...ending pom tidak mengecewakan...gud job untuk team Love You Mr Aggorant.