Kisah Ainul Mardhiah Bidadari Syurga Untuk Si
Syahid
| Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang Dr Fuh
hormati sekalian. Hari ni Dr Fuh nak share satu kisah yang berlaku pada zaman
Nabi suatu ketika dahulu. Semoga kisah ini memberi manfaat kepada kita semua.
In Shaa Allah.
‘Ainul Mardhiah’ merupakan seorang bidadari yang
paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan Ramadhan)
ketika Rasulullah SAW memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan para
Sahabat untuk berjihad pada agama Allah) Baginda berkata: ” Sesiapa yang keluar
di jalan Allah, kemudian tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dianugerahkan
seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari
Syurga.
Mendengar berita itu salah seorang Sahabat yang
usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari
tersebut, tetapi beliau malu hendak bertanya kepada Nabi kerana kehadiran para
sahabat-sahabat yang lain. Namun beliau tetap menyerahkan namanya sebagai salah
seorang yang akan keluar berjihad. Sebelum Zohor Sunnah Nabi akan tidur
sebentar (disebut juga sebagail Qailullah) maka sahabat yang muda tadi juga
turut tidur bersama jemaah tadi.
Dalam tidur tersebut Sahabat yang muda tadi
bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang
lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu
dia bertanya, “Di manakah saya berada sekarang?” Lalu lelaki itu menjawab, ”
inilah Syurga.”
Pemuda tadi menyatakan hasratnya untuk berjumpa
dengan ‘Ainul Mardhiah, lalu dia ditunjukkan untuk menuju ke suatu arah. Beliau
pun berjalan hingga bertemu dengan suatu pohon dan beliau mendapati kehadiran
seorang wanita yang amat cantik, belum pernah dia melihat kecantikan sebegitu
di dunia ini.
Dia memberi ucapan salam kepada wanita tadi dan
bertanya,” Adakah saudari Ainul Mardhiah?
Wanita itu menjawab, ” ehh tidak, saya adalah khadamnya,
Ainul Mardhiah sedang berada di dalam singgahsana sana”.
Lalu dia berjalan lagi dan memasuki satu mahligai
yang cukup indah, di sana dia mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya
berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di
dalam mahligai.
Pemuda itu memberi salam, kemudian bertanya,
“Adakah saudari ini Ainul Mardiah?”
Wanita itu menjawab, ” Maaf, saya bukan Ainul
Mardhiah, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas
mahligai sana.”
Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai
permata itu, kecantikkannya amat mengkagumkan. Akhirnya dia sampai ke satu
mahligai dan dia bertemu seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang
pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, kecantikan yang tak
pernah dilihatnya di dunia ini. Wanita itu berkata, ” Sayalah Ainul Mardhiah,
saya diciptakan untuk saudara dan saudara diciptakan untuk saya. Bila pemuda
itu mendekatinya wanita itu menjawab, ” Eh, tunggu dulu, saudara belum syahid
lagi!”.
Pemuda itu tersentak dan terus terjaga dari
tidurnya. Kemudian dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat lain,
namun begitu dia berpesan agar tidak menceritakan mimpinya ini kepada Nabi SAW.
Andainya dia syahid barulah boleh diceritakan kepada Nabi SAW.
Petang itu pemuda itu ikut serta keluar berperang
bersama Rasulullah SAW dan pasukan tentera Islam, ditakdirkan pemuda itu syahid.
Setelah hampir waktu berbuka puasa semua jemaah pulang ke masjid, mereka
bersama-sama menunggu makanan untuk berbuka. Maka kawan sahabat yang syahid
tadi telah bangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat Nabi
yang syahid tadi. Rasulullah SAW mengucapkan benar…benar…benar… dalam sepanjang
cerita tersebut.
No comments:
Post a Comment