JANGAN AMBIL PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA
YANG ADA GASTRIK) UNTUK PENGETAHUAN,
Ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang
yang mengalaminya... Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital,
di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia
mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila
mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau
Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari
altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia
merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam
tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku
seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana
tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an
tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan
elektron/ion di dalam sel otak.
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan
membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman
pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain
ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi
tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis "painkiller",
semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada
anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat.
Untuk wanita,
mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi
dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika
anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda,
seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan
yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk
mengurangkan rasa sakit.
Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti
morfin? Hargailah kehidupan anda.
Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang
"biasa" ini ke dalam mulut anda.
Sumber dari pakcik google
No comments:
Post a Comment