Monday, January 30, 2012

Hafiz Awan Nano Juara AJL 26

anugerah juara lagu ke 26 (AJL26)

  • Juara Lagu : Awan Nano – Hafiz
  • Naib Juara : Beribu Sesalan – Ning Baizura, Shila Hamzah , Jaclyn Victor
  • Tempat Ketiga : Karma – Faizal Tahir
  • Vokal Terbaik : Awan Nano – Hafiz
  • Persembahan Terbaik : Kisah Hati – Alyah
  • Juara Mobile : Sedetik Lebih – Anuar Zain

Macam mana ramalan korang adalah bena belaka???? Layak kah Hafiz dijulang sebagai Juara??? Bagi awien, hafiz memang layak diangkat sebagai juara untuk AJL26, suara mantap, style selamba dengan hanya berbaju t , seluar trak adidas juga tanpa sepatu..huhu..selamba giler siot...Tahniah juga untuk 3 suara, Faizal Tahir dan juga Alyah untuk persembahan terbaikkk....perh memang romantik ler part paling best bilamana Remy Ishak datang peluk...huhuhu...sampai di bawa ke mimpi gtu..hehe...

Awien Heritage--> harap2 tahun depan lagu Ombak Rindu dapat ke Final...hehehe....harap2 ler yer....

Sunday, January 29, 2012

The Chinese Chicken Chop versi Chef Ku Zangi

Apamacam tajuk tak buleh blah kan.. bukan apa jumaat baru2 ni kitaorang satu family mengidam nak makan Chicken Chop..so kami suarakan la konon2 nak suruh abah bawak kuar makan kat mana2 restoren la kan...best juga time ujan2 layan makanan orang putih ni..hehe...

Apa yang abah kitaorang ckp" makan kat kedai mana best, abah buat lg power, kenyang pun kenyang, lagipun jimat kos.."huhu...meh cni kertas, pen, abah tulis then pergi beli barang2 untuk dibuat Chicken Chop. Awien tak nafikan Abah memang mahir bab2 masak2 ni..bagi korang yang lum tau..abah awien ni keje Offshore hampir 25 tahun diposition masakan..kira2 Chef otai r kat tengah2 laut tu..(puji ckit abah kita hehe)...korang sebut jer apa nak makan konfem dia masak style dia tersendiri...(anak dia jer yang tak tau masak..hearemmmmmmm...hihi) anak dia terer masa air ngan goreng telur jekkk...

Kalau korang nak tau juga..biasa sepanjang bulan puasa adalah waktu paling best kitaorang request makanan yang diidamkan..kerana abah menjadi chef sepenuh masa melayan anak2 dia....panas2 lagi...huhuhuhu....

Eh jom2 layan gambar2 yang sempat disnap semalam :)




Isi ayam yang siap di canaikan...hehe



Untuk hiasan..


Siap untuk dihidangkan...yummy..yummy..


Ini awien punyerrrr...


Chef diberi mandat untuk merasai hasil masakannya..hekhek


Tadaaaaaa...licin.....

Awien Heritage--> apamcm korang berani order tak?????? hehehhe..

Wednesday, January 25, 2012

Permainan budak-budak sekarang


Salam....lama rasanya tak update pasal my anak sedare awien ni...dah semakin lasak dan cerdik...apa yang mengelikan kami semua ialah gelagat si Bella yang gemar bermain game Angry Bird..kalah kami orang tua-tua ni...hehe....ni konfem ayah (abg aku la tu) dia yang ajar nim...untuk makluman ayah Bella ni kuat main game masa kecik2 dulu sampai la sekarang....tv tu kalau boleh dia nak konker sorang2.

Genap 11/02/2011 usia Bella 2 tahun...rasa nya my bro dah boleh plan next baby kot..hehe..Bella pun xder kawan kat umh tu..sesuai sangat kalau ada teman. tak gtu..hehe...nak tunggu anak untie awien ntah la bila agaknya.. :)

ok jom layan gambar Bella dan Cu Ya nya main game Angry Bird dengan Tab....




Cu Ya dan Bella kusyuk melayan game


Saturday, January 21, 2012

Ally Iskandar dan Farah Lee selamat bersatu....Tahniah diucapkan

Akhirnya Ally iskandar bertemu jodoh juga..apa yang awien terkezut..buah hati Ally ni duduk hanya sebelah kampung jer dengan awien..iaitu Kg Atas Tol Kuala Terengganu..hehhe..tp awien tak lah kenal si Farah tu...ye la kan kampung tu bukan nya kecik..mknernya Farah ni sekampung dengan Pelakon Eman Manan la yer..huhu....

Apa-apa pun Awien ucapkan tahniah kepada kedua-duanya..semoga berkekalan hingga akhir hayat..Satu lagi apa yang menarik mengenai pasangan ini ialah diorang tak bercinta. Hanya selepas ijab kabul baru diorang start bercinta...so sweet kan...Apa-apa pun tahniah diucapkan....

Jom kita layan beberapa keping gambar diorang dekat Masjid Kristal Kuala Terengganu.


farah lee

farah lee

Muka Farah mirip macam pelakon shera iskandar kan???

Sumber fambar dari Blog Hiburan Media Malaya

Al-fatihah Buat Arwah Izwan Pilus

Terkejut awien tgk berita semalam akan perginya seorang anak seni iaitu Izwan Pilus yang popular dengan lagu Kembali Senyum petang semalam. Arwah juga adalah abang kepada penyanyi Arill AF7.

Untuk mengetahui akan cerita lebih lanjut sini awien petik artikal dari sumber Murai.com.




izwan pilus meninggal dunia
Gambar terakhir yang dikatakan diambil oleh arwah

Penyanyi popular Khairul Izwan Pilus atau Izwan Pilus, 33 telah meninggal dunia pada jam 6.15 petang tadi di Hospital Ampang di sini, akibat jangkitan kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah atau Sepsis yang serius.

Bapa Allahyarham, Pilus Mohd Jani ketika dihubungi portal murai.com.my berkata, jenazah akan di bawa pulang ke Melaka pada malam ini juga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Melaka sekitar jam 11 pagi esok.

Selain ayah Allahyarham, ibu dan adiknya Aril turut berada di hospital bagi memberikan penghormatan terakhir kepada anak kedua daripada empat orang adik-beradik itu.

Sementara itu, teman rapat Allahyarham, Norhadiani Baharom yang juga wartawan Harian Metro berkata, penyanyi berkenaan telah mengalami deman teruk dan dimasukan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak hujung tahun lalu, bagaimanapun telah kembali pulih selepas mendapat rawatan.

Bagaimanapun, Allahyarham telah dimasukan ke Hospital Ampang pada tengah malam semalam apabila mendapati mata dan kulitnya berubah bewarna kuning.

Sekitar jam 3 petang tadi, Allahyarham seterusnya telah mendapat alat bantuan life support daripada pihak hospital kerana keadaannya yang semakin kritikal sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kembali Senyum itu, dilahirkan daripada program Bintang RTM pada 2004 dan juga pernah tercalon untuk Anugerah Bintang Popular 2006 dan menerima pencalonan pada Anugerah Industri Muzik ke-14.

Lebih mesra dengan panggilan Izwan, Wan atau Kutek dikalangan rakan dan teman artis, Allahyarham dilahirkan pada 24 November 1979 di Hospital Universiti, Kuala Lumpur.

Berbintang Sagitarius penyanyi berkenaan mendapat pendidikan di bidang Pengurusan Pelancongan berkelulusan ijazah sarjana muda daripada Universiti Utara Malaysia.

Setelah tamat Bintang RTM, Izwan yang meminati muzik berkonsepkan pop, r&b dan rock pernah hit dengan singlenya yang berjudul Kembali Senyum.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham sangat dikenali sebagai seorang individu yang pemalu, bagaimanapun senang didekati, peramah,mesra, manja dan suka membantu orang lain.

Awien Heritage--> takziah untuk keluarga arwah..semoga tabah mengharungi dugaan dan semoga arwah tenang disamping orang2 beriman..amin..Al-Fatihah


Thursday, January 19, 2012

Konvensyen NGO's Negeri Terengganu 2012

Perasmian Oleh : YAB Dato' Seri Ahmad Bin Said (MB Terengganu)
Tarikh : 14 Januari 2012 Sabtu
Jam : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat: Dewan Gamelan, Primula Hotel Kuala Terengganu

Tahniah dan syabas kepada semua jemputan dan urusetia yang telah menjayakan Konvensyen ni dengan baik sekali. Penat lelah dan bersekang mata selama 3 bulan akhirnya membuahkan hasil yang positif...alhamdullillah...





Awien Heritage --> Senyum sampai ke telinga la big bos kita...hehe..

Wednesday, January 18, 2012

Sedang Bermesyuarat...

Sekitar Mesyuarat untuk Majlis Konvensyen Ngo'S 2012 pada 11/01/2012 Bertempat di Anjung Bistro Primula Hotel Kuala Terengganu...

Sebab tu la awien jarang update blog sejak seminggu 2 ni...tekun pada kerja la katakan...hehe



Sambil-sambil bermesyuarat aku yang suka cuci-cuci mata lihat permandangan indah ...hehe..

Orang kuat majlis membentangkan kertas kerja


Ahli-ahli jawatakuasa yang cukup dedikasi untuk menjayakan program


Awien Heritage --> akan bersambung ke entry seterusnya nanti..kalau korang tak bosan la...sebenarnya awien xder modal sebenarnya..almaklumla sejak 2 menjak ni asyik sibuk jer memanjang... :)

Arwah Ibu Lawat Jenazah Anak (Kisah Benar)

Salam semua....lama rasa tak mengupdate entry terbaru...masuk tahun baru ni banyak keje pejabat yang perlu diselesaikan..tp tak per la kan..semua tu kerana rezeki yang Allah bagi...alhamdulillah...Untuk pengetahuan semua sepanjang minggu pertama dan kedua di awal tahun 2012 Awien sibuk menghadiri beberapa mesyuarat dan perjumpaan untuk memastikan program yang dianjurkan berjalan dengan lancar...Alhamdulillah progran tersebut berjaya di anjurkan dengan cemerlang sekali..nanti kalau ada masa Awien akan menguploadkan beberapa gambar sepanjang awien bercuti daripada menulis blog k..insyaallah...hihi.

Ok sebelum melalut lebih panjang sebentar tadi awien ada terbaca post daripada Facebook kawan-kawan. Terpanggil awien untuk berkongsi info ini untuk kawan semua agar ia menjadi iktibar untuk kita ..ok mungkin enty ini panjang ckit tp amat berguna untuk dihayati....

Arwah Ibu Lawat Jenazah Anak

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu."Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.


Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya."Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan,wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat airmata, dia berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya.Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.Dia memang anak yang baik.Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.Mungkin itulah yang berlaku.Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,"Orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya, tuturannya serta pakaiannya."Kalau wanita itu yang ustaz katakan,perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya,saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?

Ingatlah..azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat..Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa menjaga solat,InsyaAllah..

-via Islam Iman Ihsan

Sunday, January 1, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Pantun Ucapan Selamat Tahun Baru 2012

Awien Heritage mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca setia blog awien...diharap menjelangnya 2012 akan memberi kita lebih kebahagiaan dalam kehidupan dunia dan akhirat.