Tuesday, November 22, 2011

HARIMAU MUDA MENGAUMMMM DI STADIUM GELORA BUNG KARNO INDONESIA

skuad yang membaham Garuda malam tadi

TAHNIAH,TAHNIAH,TAHNIAH...Satu ungkapan yang layak untuk diberikan kepada pasukan HARIMAU MUDA kita malam tadi...walaupun ketinggalan pada minit ke 5 perlawanan, atas semangat HARIMAU MUDA pasukan kita dapat menyamakan kedudukan melalui tandukan Mohd Asrarudin Putra Omar.

Walaupun terikat jaringan 1 -1 skuad HARIMAU MUDA tetap bersemangat walaupun berdepan dengan 100,000 ribu peyokong skuad GARUDA...Persaingan sengit berlarutan sehingga ke masa tambahan dan seterusnya penentuan sepakan penalti.. ALHAMDULLILLAH pasukan HARIMAU MUDA dapat mengalahkan skuad GARUDA 4-3 menerusi sepakan penalti.

Awien macam nak tercabut jantung semalam....abis merah tapak tangan duk tepuk..demi HARIMAU MUDA sakit pun dah tak terasa....hehe...Permainan yang ditunjukan semalam awien rasa yang terbaik dipersembahkan...Walaupun jelas terpancar kepenatan pemain, tetapi demi MARUAH negara skuad HARIMAU MUDA tetap mengerah keringit ke titisan terakhir...

Aksi KFCM yang cemerlang semalam


Malaysia 1-1 In donesia

Gol 1 – Gunawan (Indonesia) | Gol 1 – Asrarudin Putra Omar (Malaysia)

(Gol Penentuan Penalti)

Malaysia 4-3 Indonesia

TERIMA KASIH HARIMAU MUDA MENJADIKAN MALAYSIA KUASA BARU BOLA SEPAK ASIA TENGGARA...



2 comments:

TIM TIM said...

aku plop penat menjerit....

Awien Heritage said...

perlawanan mmg hebat malam ork..nk luruh wase jantung masa fakri dop leh sumbat gop masa penalti..geram wase masa tu..nasib KFCM cemerlang.... :)