Wednesday, March 31, 2010

Buku Usahawan Wanita Penuh Inspirasi


dscn22371

Buku 50 Kisah Usahawan Wanita Malaysia ini mengandungi kisah-kisah usahawan wanita Malaysia yang berjaya mengharungi liku-liku dunia perniagaan masing-masing. Selain memaparkan kisah, buku ini juga mengandungi tip kejayaan bagi hampir setiap tokoh yang ditulis.

Antara tokoh yang dimuatkan dalam buku ini ialah :

1. Datuk Maznah Hamid (Securiforce)

2. Datuk Khatijah Ahmad (KAF Group)

3. Puan Sri Datin Mazmin Nordin (Halim Mazmin Berhad – firma kapal)

4. Dato’ Dr. Zahrah Kadir (B&Z Plastic Industry Sdn. Bhd)

5. Datin Sharifah Anisah (Nona Roguy)

6. Dato’ Dr. Jannie Tay (The Hour Glass Limited – memasarkan jam tangan buatan Swiss)

7. Dato’ Farah Khan (Melium Group)

8. Datin Paduka Siti Sa’sdiah Sheikh Bakir (Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Healthcare Berhad)

9. Dato’ Hazimah Zainudin (Hyrax Oil Sdn. Bhd)

10. Dr. Norsaidatul Akmar Mazelan (Think Plus Consulting Sdn. Bhd)

11. Datin Dr. Clara Lee ( Clara International Beauty Group Sdn. Bhd)

12. Datin Dr. Rehana Kassim (RehanStat Sdn. Bhd – perkhidmatan penyelidikan pemasaran)

13. Datuk Norida Hamzah (Aerotree Defence & Services Sdn. Bhd – pertahanan dan penerbangan).

14. Nafisah Radin (NR Architect dan NR Interior Design).

15. Faiza Bawumi Sayed Ahmad (Syarikat Faiza Sdn. Bhd – beras)

16. Helen Read (Ms Read Sdn. Bhd – rangkaian butik pakaian untuk wanita bertubuh besar)

17. Dr. Wang Kim Ha ( Smart Reader Worldwide Sdn. Bhd)

18. Neeta Gosalia (Neetha Herbals Sdn. Bhd)

19. Noraini Soltan Talib (Sipro Plastic Industries Sdn. Bhd)

20. Saliza Abdullah (Berani Guard Sdn. Bhd)

21. Shahreen Kamaluddin (Personal Empowerment Training & Consulting Sdn. Bhd)

22. Tengku Rozaidar Tengku Zainol Abidin (Nineteen O One Sdn. Bhd. – makanan berasaskan hot dog)

23. Margaret Chin (Roots Consulting Sdn. Bhd. – sistem balanced scorecard)

24. Caroline Russell (Boh Plantation Sdn. Bhd)

25. Rozita Ibrahim (Sendayu Tinggi)

Sekadar menyebut 25 daripada 50 orang ikon yang ditulis dalam buku tersebut. Buku ini diterbitkan oleh PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. dan ditulis oleh Norlela Zubir, seorang ahli perniagaan, mentor, konsultan dan coach perniagaan.

Nota: Harap2 calon no 26. Tengku Norazuwin Bt Che Ku Zangi (Awien Heritage Enterprise- usahawan Insurans n Homestay) duduk dlm senarai tu suatu mase nt..hehehe..korang doakan aku eh....hakhakhak:)

kredit : http://aspirasiku.wordpress.com/2009/01/25/inspirasi-dari-kisah-usahawan-wanita/

Sunday, March 21, 2010

IC lama TOMOK...


Ape mcm??? so cute...hehhehe


kredit tuk media malaya.com

Friday, March 12, 2010

Cerita antara Si Pengemis dan Isteri

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ”Tolonglah Encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.”Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ”Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tapi untuk diri dan keluargaku.” Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ”Demi ALLAH, akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ”Sedekah itu dapat menutup 70 ribu kejahatan”.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ”Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya”.

p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS. ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA.

Monday, March 8, 2010

KLCC with ibu n melda..

TARIKH : 26. 02. 2010
TEMPAT : SURIA KLCC
MASA :2.00 PM.

Salam semua...gambar ni aku amik mase kami nak menghantar ibu iaitu mak mertua abg aku dtg dri Palembang yg nak balik ke sana..selama sebulan ibu disni...sebelum p aiport kitaorg sempat singgah kat KLCC coz ibu(panggilan kami sekuarga tu mak mertua abag aku) teringin sgt nak tgk KLCC sambil bergambar wak kenangan ..katanya nak tunjuk kat sedara di Palembang bahawa beliau dah sampai ker salah satu mercu tanda Malaysia...hahhaha...lawak la ibu ni...hehhe...ibu ckp org indonesia teringin nak melihat secara dekat salah satu bangunan tertinggi didunia ni.......so kita rakyat malaysia patut berbangga dengan negara kita..huhuhu...semangat negara la plak...tp betul pd pandangan aku la...kita beruntung menjadi rakyat Malaysia coz negara kita aman..xmcm negara diorg...kehidupan penuh sesak...pd pengalaman aku la yg sempat singgah kat Palembang baru2 ni....kita 100 kali lebih baik...:)

ni la ibu n melda (adik kak ipar) dia ni selalu dtg malaysia..kaki jln la katakan...





Tuesday, March 2, 2010

Biodata Iblis, siapa di kalangan kita?


Sebagai renungan, mungkin ada baiknya umat Islam menyelidiki sama ada dalam diri tiap-tiap individu mempunyai ciri-ciri yang dimiliki oleh Iblis laknatullah yang mengingkari perintah Allah SWT.

Seandainya ada, hindari segera dan kiranya ada kaum kerabat, saudara mara dan rakan taulan memiliki keperibadian dan sifat mahkluk Allah yang sesat itu, maka nasihatilah dan cegahlah mereka, supaya mereka terselamat di dunia mahupun di akhirat kelak.

Berikut cebisan tentang biodata musuh utama umat Islam, Iblis:-

Pengenalan diri

Nama sebenar : Iblis Laknatullah

Nama glamour : Hantu,syaitan,pelesit,
jembalang,langsuir dll

Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status diri : Fasik kelas pertama

Agama : Kufur

Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai

Alamat Tetap : Neraka jahanam

Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya

Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah

Cita-Cita

Modal pusingan : Angan angan kosong dan tipu daya yg halus

Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli

Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa

Sahabat karib : Anak-anak Adam

Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'

Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya

Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir

Tempat Operasi & Rakan setugas

Sukan (yg tidak digemari) : Acara Langkah seribu (Semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)

Kelemahan diri : Bila Manusia membaca istighfar

Mentor yg dikagumi : Manusia yg mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya

Logo : Sebarang tatoo

Pejabat operasi : Tandas,bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat

Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia

Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba

Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT

Tempoh perkhidmatan: Sehingga hari khiamat

Matlamat Sebenar : Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam

Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran

Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah

Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam

Pengalaman & Kenangan

Peristiwa yg tak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s

Kenangan manis : Di waktu manusia diambang shakratulmaut, mati dalam kekafiran

Kenangan pahit : Manusia yg digodanya mati dalam keimanan

Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran

Minuman yg digemari : Wiski,brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua minuman yg memabukkan

Yang paling ditakuti: Orang mukmin yang bertakwa

Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah

Alat perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,pragawati,dan sebagainya

Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak

Saat mendukacitakan

Yg paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya

Tugas yg paling meletihkan : Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala

Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan Homoseks,lesbian dan berzina

Janji kepada manusia : Janji janji kosong,angan angan dan tipu daya

Yang membuatnya gembira : Manusia yg mengikut jejak langkahnya

Saat yg mendukacitakannya : Manusia yg mempunyai cita cita untuk bertaubat

Yang membuatnya menangis : Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT


"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

kredit untuk http://cerekaduniaakhirat.blogspot.com