Tuesday, April 7, 2009

Maksud Di sebalik Surah Dalam Al-Quran

SURAH-SURAH- Dalam Quran ada 114 surah. Setiap surah mempunyai takwil tertentu. Di bawah ini disebutkan takwil setiap surah secara tertib:
  • Al-Fatihah: Dibukakan baginya pintu-pintu kebaikan dan ditutup pintu keburukan.
  • Al-Baqarah: Panjang umurnya dan baik agamanya.
  • Ali Imran: Bersih diri dan bersih jiwanya serta sanggup menghujah pihak-pihak yang batil.
  • An-Nisa': Menjadi pembagi-bagi harta warisan, mewarisi wanita dan mewariskan harta kerana umurnya yang panjang.
  • Al-Ma'idah: Tinggi darjatnya,kuat keyakinannya dan baik kewarakannya.
  • Al-An'am: Banyak binatang peliharaannya dan dia menjadi pemurah.
  • Al-A'raf: Tidak akan keluar dari dunia sebelum dia menginjak bukit Turisina.
  • Al-Anfal: Menang melawan musuh dan dia mendapat harta ghanimah.
  • At-Taubah: Hidup terpuji di tengah-tengah masyarakat dan mati dalam keadaan bertaubat.
  • Yunus: Bagus ibadatnya dan man daripada tipudaya serta ilmu sihir.
  • Hud: Berhasil tanam-tanamannya dan berkembang binatang ternaknya.
  • Yusuf: Pada mulanya dia dianiaya orang tetapi kemudian pergi merantau dan berhasil di perantauan.
  • Al-Ra'du Ibrahim: Menghafaz banyak doa dan cepat beruban. Bagus agama dan urusannnya di sisi Allah.
  • Al-Hijr: Terpuji di sisi Allah SWT dan di sisi manusia.
  • An-Nahl: Diberikan ilmu dan kalau dia sedang sakit bererti dia akan sembuh.
  • Bani Israil: Mulia di sisi Allah SWT dan menang melawan musuh-musuhnya.
  • Al-Kahfi: Tercapai cita-citanya dan panjang umurnya sehingga dia bosan hidup dan rindu akan mati.
  • Maryam: Menghidupkan sunah para nabi, dituduh dan dihinakan teteapi akhirnya terbukti kesuciannya.
  • Taha: Kebal dari khianat tukang-tukang sihir.
  • Al-Anbiya': Mendapat kemudahaan dan kebahagiaan setelah menghadapi pelbagai kesusahan dan mendapat ilmu dan khusyuk.
  • Al-Haj: Dapat mengerjakan haji berulang-ulang insya-Allah.
  • Al-Mukminun: Kuat imannya dan mati dalam iman.
  • An-Nur: Allah SWT menerangi hati dan kuburnya.
  • An-Furqan: Menjadi pemisah antara yang hak dan batil.
  • As-Syu'ara: Allah SWT melindunginya dari kejahatan.
  • An-Naml: Diberikan kerajaan atau kekuasaan.
  • Al-Qasas: Diberikan perbendaharaan yang halal.
  • Al-Ankabut: Dia dalam penjagaan Allah SWT sehingga matinya.
  • Ar-Rum: Allah SWT memberikan kekuatan kepadanya untuk menakluki negeri kaum musyrikin ramai umat yang mendapat pertunjuk di tangannya.
  • Luqman: Diberikan hikmah.
  • As-Sajdah: Mati di atas sejadahnya dan menjadi orang yang berjaya di sisi Allah SWT.
  • Al-Ahzab: Menjadi kelompok orang bertakwa dan pengikut kebenaran.
  • Saba': Zuhud di dunia dan suka beruzlah (mengasingkan diri dari masyarakat yang banyak mengerjakan dosa).
  • Fatir: Allah SWT membukakan pintu-pintu nikmat kepadanya.
  • Yasin: Dijadikan sebagai pencinta pengikut Rasulullah SAW.
  • As-Saffat: Mendapat anak yang taat dan mempunyai keyakinan.
  • Sad: Pandai bertukang dan banyak hartanya.
  • Al-Zumar: Bersih agamanya dan baik akhir hayatnya.
  • Al-Mukmin: Diangkat darjatnya di dunia dan akhirat dan mengalir kebaikan-kebaikan melalui tangannya.
  • Hamim As-Sajdah: Menjadi penyeru kepada yang hak dan ramai yang mencintainya.
  • Hamim Ain Sin Qaf: Panjang umurnya.
  • Al-Zukhruf: Jujur dalam percakapannya.
  • Al-Dhukan: Diberikan kekayaan.
  • Al-Jasiah: Menjadi khusyuk dan takut kepada Allah SWT.
  • Al-Ahqaf: Melihat perkara-perkara ajaib di dunia.
  • Muhammad: Menjadi baik sirah (perjalanan hidupnya).
  • Al-Fath: Diberi taufik untuk berjihad.
  • Al-Hujurat: Allah SWT merahmatinya.
  • Qaf: Dimurahkan rezekinya.
  • Al-Zariat: Menjadi tanam-tanamnya.
  • Al-Tur: Bererti dia sudah dekat dengan Makkah Al-Mukarramah.
  • An-Najm: Mendapat anak yang cantik dan terpandang.
  • Al-Qamar: Kebal daripada ilmu-ilmu sihir.
  • Ar-Rahman: Mendapat nikmat di dunia dan mendapat rahmat di akhirat.
  • Al-Waqi'ah: Bersegera kepada taat.
  • Al-Hadid: Sihat badan dan dipuji orang.
  • Al-Mujadalah: Membantah pihak-pihak yang batil serta sanggup memberikan hujah-hujah bernas.
  • Al-Hasyar: Dia mengancurkan musuh-musuhnya.
  • Al-Mumtahanah: Mendapat rintangan dan cubaan tetapi diberi ganjaran.
  • As-Saff: Ingin mati syahid.
  • Al-Jum'at: Allah SWT mengumpulkan pelbagai kebaikan baginya.
  • Al-Munafiqun: Lepas daripada kemunafikan.
  • At-Taghabun: Tetap di atas petunjuk.
  • At-Talaq: Terjadinya pertengkaran antara suami dan isteri dan terkadang sampai kepada perceraian.
  • Al-Mulk: Besar kerajaannya.
  • Nun al-Qalam: Diberi kefasihan dan pandai menulis.
  • Al-Haqqah: Dia berdiri di atas hak.
  • Al-Ma'arij: Berada dalam keadaan aman di ditolong.
  • Nuh: Menjadi penyeru kepada kebaikan dan pencegah dari yang mungkar serta mengalahkan musuh-musuhnya.
  • Al-Jin: Terpelihara dari gangguan syaitan.
  • Al-Muzammil: Diberi taufik untuk mengerjakan solat tahjud.
  • Al-Mudassir: Baiklah tempat tidurnya dan dia menjadi orang sabar.
  • Al-Qimayah: Tidak mahu bersumpah untuk selama-lamanya.
  • Al-Insan: Menjadi orang yang pemurah, bersyukur dan baik penghidupannya.
  • Al-Mursalat: Diluaskan rezekinya.
  • 'Amma Yatussalun: Menjadi mulia dan masyur kemuliaannya.
  • An-Nazi'at: Dicabut kesusahan dan sifat khianat dari hatinya.
  • 'Abasa: Dia memberikan zakat dan sedekah.
  • Al-Takwir: Banyak melancong dan banyak mendapat keuntungan.
  • Al-Infitar: Dekat kepadanya raja-raja dan pembesar serta mereka menghormatinya.
  • Al-Mutaffifin: Allah SWT memberikan sifat amanah kepadanya, sifat adil dan menyempurnakan janji.
  • Al-Insyiqaq: Ramai anak dan keturunannya.
  • Al-Buruj: Lepas dari dukacita dan mendapat ilmu. Ada yang mengatakan ilmu yang dimaksud ialah ilmu nujum.
  • At-Tariq: Diberi taufik untuk banyak bertasbih.
  • Al-A'la: Mudah segala urusannya.
  • Al-Ghasiyah: Naik pangkat atau martabatnya.
  • Al-Fajr: Diberi pakaian yang cantik-cantik.
  • Al-Balad: Allah SWT memberikan taufik kepadanya sehingga dia suka membei makan kepada orang lain, memuliakan anak yatim dan menyayangi orang-orang daif.
  • As-Syams: Diberikan kepintaran, kecerdikan dan kefahaman.
  • Al-Lail: Diberi taufik untuk qiyamullail dan terpelihara daripada terbongkarnya rahsianya.
  • Ad-Dhuha: Dia memuliakan orang-orang miskin dan anak yatim.
  • Al-Alaq: Dijadikan atau menjadi orang yang tawaduk, fasih dan cantik tulisannya.
  • Al-Qadar: Panjang umur serta tinggi martabatnya.
  • Al-Bayyinah: Dengan izin Allah, mendapat pertunjuk di tangannya kaum yang zalim.
  • Al-Zalzalah: Allah mengoncongkan dengannya tumit orang-orang kafir.
  • Al-'Adiyat: Mendapat kuda.
  • Al-Qariah: Menjadi mulia kerana bertakwah dan banyak beribadah.
  • At-Takasur: Menjadi zuhud dan tidak menumpuk harta.
  • Al-Asr: Dijadikan orang yang sabar dan mentaati kebenaran. Dan juga dia rugi dalam perniagaan tetapi akhirnya mendapat keuntungan yang banyak.
  • Al-Humazah: Dia mengumpul harta yang banyak yang bermanfaat baginya untuk amal-amal kebajikan.
  • Al-Fil: Ditolong untuk menentang musuh-musuhnya dan di tangannnya Islam dapat menakluki kawasan musuhnya.
  • Al-Quraisy: Dia memberi makan orang-orang miskin dan terjadi hubungan erat di antaranya dan hamba Allah yang lain.
  • Al-Ma'un: Berjaya mangalahkan orang-orang yang menentangnya.
  • Al-Kausar: Banyak kebaikannya di dua negeri.
  • Al-Kafirin: Diberi taufik untuk menentang orang-orang kafir.
  • An-Nasr: Allah SWT menolongnya untuk melawan musuh-musuhnya. Bermimpi membaca surat Al-Nasr juga menandakan dekatnya ajal orang yang bermimpi itu kerana ini merupakan surah pemberitahuan Rasulullah saw akan dekatnya ajalnya.
  • Al-Lahab: Sebahagian orang munafik memusuhinya tetapi akhirnya dikalahkan oleh Allah SWT.
  • Al-Ikhlas: Mendapat kesenangan, mulia dan terpelihara akidahnya. Menurut satu pendapat sikit keluarganya, tetapi senang hidupnya. Ada yang mengatakan bermimpi membaca surat ini menunjukkan dekatnya ajalnya.
  • Al-Falaq: Allah SWT memeliharanya daripada kejahatan manusia dan jin, daripada gangguan binatang dan dengki manusia.
  • Al-Nas: Selamat daripada gangguan syaitan dan tenteranya

3 comments:

goblock said...

Juga 3 perkara pokok atau asas di dlmnya yakni TAUHID,SYARIAH dan SEJARAH.Tauhid yakni keimanan,Syariah yakni hukum hakam atau peraturan dlm kehidupan.Manakala sejarah yakni pengkisahan sebagai ilmu pengajaran atau sempadan.Kerna itu sesiapa shj yg mendukung Al-Quran (di samping hadis) dlm kehidupan akan slamatlah di dunia mahupun akhirat.InsyaAllah

Awien Heritage said...

terima kasih saudara kerana tambahan ilmu itu..mari lah kite sama2 mendalami ilmu yang Maha Agung ini

Anonymous said...

In my opinion you are not right. I am assured. I can prove it.