Monday, September 14, 2015

Friday, September 11, 2015


7 Sebab Hilangnya Rezeki Suami, Isteri dan keluarga

1. Usah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha dengan masing-masing, di situlah rezeki akan disekat…

2. Merungut dan merasa beban pada anak-anak. Berikan kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah swt. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa beban.

3. Buangkan tabiat selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki. Banyak bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sikit.

4. Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan.

5. Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.

6. Sabar dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik.

7. Apabila kita putus mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari.

Dalam mengejar keuntungan atau kekayaan bila bekerja seharian, tiada gunanya sekiranya institusi keluarga di rumah tidak terbuka pada rezeki. Rezeki itu pelbagai, bukan hanya duit yang kita usahakan sahaja, tetapi juga pada keluarga tercinta. Namun, rezeki itu tetap perlu diusahakan.

Sumber dari rakan FB

Rindu Lambaian Kaabah

Assalamualaikum....

Uihh...lama bebenor rasenya dop mencoretkan sesuatu di blog ni...maybe kekangan masa..last enrty yang hasil tulisan sepenuhnya yang dikongsi awal tahun 2015 tu pun secoet je tulis....ok la sementara ada kelapangan walaupun curi2 menulis entry di pagi jumaat yang penuh barakah insyaallah untuk kita semua....

Tak lama lagi kita akan meraikan satu lagi perayaan untuk semua umat islam yang berjaya menunaikan kewajipan rukun islam ke 5 bagi yang berkemampuan. Bila tgk para jemaah di tanah suci ketika ini di tv berkobar2 rasenya hati nk ke sana lg walaupun baru sy n adik2 baru jejak kaki pada bulan 3 baru2 ni.. xdpt digambar dgn kata2 bile berada di sana,semua perasaan bercampur gembira, teruja, dan sebagainya bile dijemput menjadi tetamuNya. Insyaallah nt sy kongsi kan sedikit kenangan di sana k.

Ayuh kita sama-sama berdoa agar kita semua dijemput untuk menunaikan rukun Islam ke 5 dan didoakan agar semua jemaah mendapat haji yang mabrur.




Wednesday, July 29, 2015

Doakan Saya jadi JUTAWAN..InsyaAllah

Pernah saya persoalkan tindakan suami yang selalu bawak cik putih pergi Masjid dan selalu pula tangkap gambar upload ke facebook hehe
Kata saya, "Abang bawak saga sudah la.. Lepas tu kalau bawak BMW pn takyah lah upload gambar kat facebook.. Nanti orang cakap abang riak pulak"
Saya akui, saya agak terkesan dengan bermacam-macam pesanan masyarakat Facebook lately..
Jangan upload gambar family..
Jangn upload/update kejayaan dan kekayaan..
Jangan update pasal pregnancy..
Banyaknya JANGAN!
Kemudian kata suami, "Biar la abang bawak BMW pergi masjid. Kereta mahal2 kalau tak bawak jumpa Allah nak buat apa? Lagi satu abang upload kat facebook untuk beri inspirasi kat orang ramai yang orang Islam pun boleh berjaya. Orang islam pun mampu jadi kaya. Dan orang Islam yang kaya pun, masih pergi masjid dan tak lupa Allah!"
Terkedu saya..
Memang benar kata suami.. Kalau kita tak cerita, bagaimana orang hendak mendapat inspirasi?
Kalau semua nak jadi JUTAWAN SENYAP, dari mana orang Islam hendak mendapat inspirasi bahawa Muslim pun boleh berjaya!
Kalau kita tak beri inspirasi melalui perbuatan baik kita, bagaimana mereka di luar sana ingin mendapat pengajaran bahawa KAYA ITU TIDAK BERDOSA.. Bahkan mendekatkan lagi kita dengan Allah..
Nak harapkan inspirasi dari mana? Drama TV?
Yang tak habis2 tunjuk ORANG KAYA ITU JAHAT?
Yang tak habis2 memburukkan imej orang-orang kaya?
Sehingga ramaiiiii takut jadi KAYA sebab takut jadi jahat! Walhal mereka tak sedar, bukan kekayaan yang menentukan JAHAT atau BAIK seseorang individu itu..
Tetapi, kekayaan dan wang hanya akan menunjukkan SIAPA DIRI MEREKA YG SEBENAR..
Kalau hakikatnya baik, dah jadi kaya pun InshaAllah baik juga..
Kalau hakikatnya tak baik, walaupun tak kaya pun, tetap perangainya tidak baik jugak..
Jomlah kita jadi muslim yang BERJIWA BESAR!
Yang dahagakan KEJAYAAN!
Yang dahagakan INSPIRASI!
Yang dahagakan PELUANG KEJYAAN!
Bukan hanya yang tahu BERBURUK SANGKA!
Bukan hanya yang tahu KONDEM!
Tapi hakikatnya, masih berpijak di tempat sama.. Tiada kemajuan.. Hidup dengan selesa.. Apa adanya..
Kita muslim mesti KAYA! Mesti BERJAYA!
Biar nampak ISLAM ITU HEBAT!
Islam itu KUAT!
Tidak mudah diperkecil!
Tidak mudah dibuli!
Tidak mudah dipandang rendah!
Saya inginnnnnn nak lihat lebih ramai lagi JUTAWAN MUSLIM di negara ini.. Bahkan di dunia ini..
Dan saya nak jadi salah seorang daripadanya.. InshaAllah.


Sumber dari FB PAKAR DIARI HATI
Pakar diari hati's photo.

Subhanaallah.. Semoga Kita pun Ikut jejak arwah

Jenazah Kapten MH17 -
Satu cerita yg nak di kongsikan
Jenazah allahyarham Kapten Wan Amran adalah paling sempurna, tidak busuk dan tidak reput sama sekali. Malah jasadnya flexible dan mudah di uruskan selepas di keluarkan dari kem tentera pada 28 hb Ogos yg lepas..
Sewaktu balu dan anak2nya melihat jenazah, dua orang ustaz dari Jakim dan seorang dari forensik bertanya kpd balu apakah amalan beliau...

Jwb isteri allahyarham, dia adalah insan yg sgt baik....
Ustaz tu kata sebenarnya pihak Jakim terkejut fenomena ini kerana jarang berlaku dan tanda2 syahid tu Allah tunjuk pada kita. Saya menumpang keberkatan beliau menguruskan urusannya...
Satu perkara lagi yg aneh ialah sewaktu jenazah turun dari kapal, langit yg cerah tiba2 jadi mendung hujan turun dari langit dan berhenti hanya setelah jenazah dinaikkan ke dlm van jenazah...
Dan satu perkara lagi yg aneh ialah sekumpulan burung terbang berpusing seperti tawaf d atas jenazah dan di saksikan oleh org ramai...

Apabila sampai d tanah perkuburan dan jenazah di letakkan atas liang lahad, hembusan angin sejuk yg kuat berhembus di kawasan liang lahad...
Ini dpt di rasai oleh waris dan org2 yg berada di sekitarnya....
Saya bersyukur kerana Allah tunjukkan segala keberkatannya sehinggalah allahyarham selesai di kebumikan. 

Masya Allah, sebenarnya dia adalah anak lelaki yg tak pernah mengecilkan hati ibunya sewaktu hayatnya. Itulah yg kita perkatakan, insan2 yg terkorban dlm MH17 adalah pilihan Allah swt....
Sehinggakan seluruh dunia sedekahkan AlFatihah tak henti2....
Dahsyatnya anugerah Allah kpd mereka.
Cukup menginsafkan. 

Adakah kita sia2kan cerita ini sehinggakan tidak terdetik pun dihati untuk memperolehi saat indah seperti itu utk diri kita sendiri?...
Jadi sentiasalah jaga hati ibubapa kita, senangkanlah hati mereka ...
Jagalah kata2 kita semua sebelum bertutur.

BACA NI...
JGN LUPA KONGSI...
RAHSIA SURAH ALKAUTSAR 

BISMILLAHI RAHMA
NI RAHIM
INNA A'TTOINA KALKAUTSAR
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

SURAH INI PALING PENDEK,
HANYA MENGANDUNGI 3 AYAT
DAN DITURUNKAN DI MAKKAH DAN
BERMAKSUD SUNGAI DI SYURGA,
KOLAM SUNGAI INI DIPERBUAT DARIPADA BATU PERMATA NAN INDAH DAN CANTIK.
RASANYA LEBIH MANIS DARIPADA MADU,
WARNANYA PULA LEBIH PUTIH DARIPADA SUSU DAN
LEBIH WANGI DARIPADA KASTURI.

SURAH INI DISIFATKAN SEBAGAI SURAH PENGHIBUR HATI NABI MUHAMMAD S.A.W
KERANA DITURUNKAN KETIKA BAGINDA BERSEDIH ATAS KEMATIAN
DUA ORANG YANG DIKASIHI
IAITU ANAK LELAKINYA IBRAHIM DAN
BAPA SAUDARANYA ABU TALIB.

BERBAGAI KHASIAT TERKANDUNG DI DALAM SURAH INI BOLEH DIAMALKAN :
BACA SURAH INI KETIKA HUJAN TURUN DAN BERDOA,
MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T MEMAKBULKAN DOA KITA.
JIKA KITA KEHAUSAN DAN TIADA AIR,
BACALAH SURAH INI DAN GOSOKAN DI LEHER,
INSYA ALLAH HILANG DAHAGA
JIKA SERING SAKIT MATA,
SEPERTI BERAIR, GATAL, BENGKAK,
SAPUKAN AIR MAWAR YANG SUDAH DIBACAKAN SURAH INI SEBANYAK 10X PADA MATA.
JIKA RUMAH DIPERCAYAI TERKENA SIHIR,
BACA SURAH INI 10X MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T BAGI ILHAM KEPADA KITA
DIMANA LETAKNYA SIHIR ITU.

JIKA MEMBACANYA 1000X REZEKI KITA AKAN BERTAMBAH.
JIKA RAJIN MEMBACANYA, HATI KITA AKAN MENJADI LEMBUT
DAN KHUSYUK KETIKA MENUNAIKAN SOLAT.
JIKA ORANG TERANIAYA DAN TERPENJARA MEMBACANYA SEBANYAK 71X,
ALLAH S.W.T AKAN MEMBERIKAN BANTUAN KEPADANYA KERANA DIA TIDAK BERSALAH TETAPI DIZALIMI.
(ADA 2 PILIHAN UNTUK ANDA)

1) BIARKAN DIDALAM INI TANPA BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN.
2) ANDA SEBARKAN KEPADA SEMUA KENALAN ANDA.
RASULULLAH BERSABDA,
BARANG SIAPA MENYAMPAIKAN SATU ILMU SAJA DAN
ADA ORANG YANG MENGAMALKAN,
MAKA WALAUPUN YANG MENYAMPAIKAN SUDAH TIADA
(MENINGGAL DUNIA)
DIA AKAN TETAP MEMPEROLEH PAHALA.
SELAMAT BERAMAL...
PINJAM 3 MINIT UTK BACA NI..