Happy Besday Sayangku....muahhhhhh....
Wednesday, May 23, 2012
Selamat Ulangtahun Sayangku ke 3
Happy Besday Sayangku....muahhhhhh....
Sunday, April 22, 2012
Jeles tahap dewa dengan Zizan dan Aaron


Wednesday, March 21, 2012
Wednesday, December 7, 2011
Kemalangan paling mahal dalam sejarah
Tokyo – Satu konvoi kereta mewah terlibat dalam kemalangan di bandar Yamaguchi menyebabkan jalan berkenaan terpaksa ditutup selama lebih enam jam.
Apa yang menariknya, ia merupakan kemalangan kereta paling mahal di dalam sejarah melibatkan kerugian bernilai AS$3.58 juta.
Kemalangan tersebut membabitkan lapan kereta ferrari, tiga kereta Mercedes Benz dan sebuah Lamborghini serta dua kenderaan biasa.
Ia bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan serius.
Ketika kejadian, konvoi kereta mewah tersebut dalam perjalanan ke Hiroshima.
Polis percaya kemalangan tersebut berlaku selepas salah seorang pemandu Ferrari berkenaan cuba menukar laluan sebelum melanggar penghadang jalan.
“Kumpulan berkenaan memandu antara 140-160km/sejam,” kata seorang saksi.
Manakala seorang peronda lebuh raya, Eiichiro Kamitani berkata, dia tidak pernah melihat kemalangan seperti itu yang melibatkan banyak kereta mewah.
“Ferrari selalunya tidak bergerak dalam jumlah yang banyak,” katanya.
Sementara itu, salah seorang pemandu kenderaan berkenaan memaklumkan, sesetengah kenderaan mewah itu mengalami kerosakan teruk.
Jom tengok gambar-gambar kemalangan di bawah :-
Sumber : mynewshub, budakbotak
Awien Heritage --> garu kepala pihak insurans nak cover ni...heheheThursday, November 24, 2011
FERRARI DIJADIKAN MEJA KOPI....HEBAT..
Siapa menyangka bangkai kereta boleh dijadikan hiasan di rumah Anda, salah satunya adalah kereta Ferrari yang dijadikan meja kopi ini.
Charly Molinelli mendapatkan idea ini dari salah seorang pelanggannya yang menginginkan rekaan yang spesial untuk diletakkan di depan rumahnya.
Lelaki Perancis ini pun kemudian mencari kereta bekas Ferrari dan juga meja kayu yang diberikan roda untuk diberikan kepada pelanggannya tersebut.
"Sangat sulit mencari sebuah Ferrari yang benar-benar sudah remuk untuk dibuang. Mungkin Anda bisa membayangkan bahawa hal itu tidak terjadi tiap hari,"ujarnya seperti dilansir The Sun, Selasa (22/11/2011).
"Saya memutuskan untuk membuatnya sendiri dengan beberapa bahan seperti kayu, semen, cat dan tentu saja pernis. Kami ingin tetap menerapkan konsep recycle," katanya.


Hasilnya sebuah meja kopi yang tak terfikir untuk di jadikan hiasan.
Sumber dari itsmesaiful
Awien Heritage--> Tak dapat kereta asal, bangkai kete pun jadi ler...terpikir juge nak buat mcm ni..konfem umh nmpk hebat...hehehehe
Saturday, November 19, 2011
Cuci Mata bersama BMW M6 G-Power!!!..HEBAT
Sunday, July 24, 2011
Myvi baharu jadi carian tertinggi di Google
KUALA LUMPUR - Kereta Myvi baharu edisi 2011 yang dilancarkan pada 16 Jun lalu menduduki tempat teratas dalam carian menerusi syarikat penyedia perkhidmatan Internet, Google sepanjang bulan lalu. Jurucakap Google Malaysia berkata, kereta kompak yang cukup popular di pasaran negara itu mencuri tumpuan bagi pelayar internet menggunakan perkhidmatan Google untuk memperoleh maklumat lanjut mengenainya.
"Menduduki tempat kedua carian paling kerap ialah filem Super 8 arahan J.J Abrams mengisahkan tentang beberapa orang remaja dan makhluk asing yang mula ditayangkan di pawagam pada 9 Jun lalu," Filem seram arahan Yusri KRU, Karak yang ditayangkan pada hujung bulan Mei lalu menduduki tangga ketiga.
Sumber : Kosmo Online
Awien Heritage --> salah seorang pemilik Myvi...:)
Saturday, June 4, 2011
[Gambar] Sam terima kereta ABPH 2011
Sumber : Foto THE STAR Oleh BRIAN MOH , Mstar Online
Untuk melihat lebih banyak lagi gelagat Sam sila2 la ke galeri Mstar online
Wednesday, June 1, 2011
Deposit RM400 tempah Myvi
KUALA LUMPUR - Hanya serendah RM400, anda boleh menjadi antara orang pertama di Malaysia memiliki model terbaharu Myvi keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua).
Tempahan boleh dibuat di mana-mana 178 cawangan Perodua di seluruh negara mulai Sabtu ini.
Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, deposit hanyalah RM400 manakala harga sebenarnya akan diumumkan pada tarikh pelancaran model kelak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan melancarkan model Myvi itu di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 16 Jun ini.
"Cawangan jualan kami yang terletak di kawasan bandar besar akan dibuka sehingga lewat malam bagi membolehkan orang ramai membuat tempahan.
"Perodua begitu terharu dengan sokongan awal yang diberikan oleh rakyat terhadap model Myvi terbaharu ini, sebelum ini, kebanyakan cawangan jualan kami telah menerima banyak pertanyaan mengenai model berkenaan.
Sumber : Kosmo
Awien Heritage ==> kepada yang berminat cepat2 pergi buat tempahan....






























