Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Sunday, August 19, 2012

salam aidilfitri semua1433h/2012m

asalam...dikesempatan ini awien ingin mengucapkan salam kemaafan kepada semua...semoga aidilfitri kali ini lebih memberi erti kepada kita semua...juga memberi kita lebih keberkatan dalam hidup...insyaallah... :D

Monday, July 2, 2012

Sepanyol JUARA EURO 2012 - SEPANYOL 4 - ITALI 0


Tahniah, tahniah, tahniah diucapkan kepada pasukan Spain... u olls mmg mantap derrr. walaupun awien xtgk game semlm tp xper dlm hati kcil dah rasa spain akan menang..hehe..mula-mula mmg dah pasang niat nk berjaga untuk tgk game final tp mata dah xleh nk buka..akhirnya bola yg tgk awien..hekhek..alih2 sedar2 jam dah 6.30...terlepas beb..kihkih..apa-apa mlm ni cover balik..biarpun hanya siaran ulangan... :)


Apa yg tak disangka Spain boleh menang besar tu...ingatkan Itali boleh beri saingan sengit xpun boleh heret ke sepakan penalti..akhirnya Spain mahu tunjukan mereka No 1 ...skali lg dinobatkan sebagai JUARA untuk tiga game besar berturut-turut..Mmg terbaekkk ler...

Awien Heritage --> tetap sokong team MALAYSIA... MALAYSIA BOLEH...

Sunday, July 1, 2012

Irma Hasmi dan Reza Shah Azmeer

Sumpah..hensem giler suami Irma Hasmi...hikhik...sungguh sepandan..Semoga kekal hingga akhir hayat..insyaallah..amin.. :)

Romantik kan...


Terselah kejelitaan...


Mak aiiii...ensemnya..untung ler irma...

Sunday, June 17, 2012

SELAMAT HARI ABAH

Penawar hidupku..

Semoga abah sentiasa dibawah lindunganNya dan diberi kesihatan yang baik sentiasa... ABAH hero kami semua...pewira dihatiku... I LOVE U ABAH.. :)

Sunday, January 1, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Pantun Ucapan Selamat Tahun Baru 2012

Awien Heritage mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca setia blog awien...diharap menjelangnya 2012 akan memberi kita lebih kebahagiaan dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Saturday, October 15, 2011

Selamat datang ke Blog Awien Heritage Berwajah Baru...

Salam 1 Malaysia kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian...haa..mesti korang perasan yang blog awien nampak lain mcm kan..ni la hasil tangan kawan kepada kawan awien..namanya MYRA..kalau korang nak tahu info lebih lanjut pasal MYRA ni korang klik kat link ni k...

Kalau korang berkenan boleh jer tempah header, footer kat MYRA ni..sure puah ati punya la..yang pasti harga untuk semua ni ditahap yang anda mampu milik...hehehehe...(mcm jual barang daaaa) dan segala maklumat korang boleh tengok di blog MYRA ni yer.

Special kredit kepada sahabatku tersayang AMYLIANA kerana kenalkan kak awien dengan MYRA...selama ni berangan jer nak ubah rupa blog ni...thanks AMY. LOVE U Laaaa...:)

Header

Footer

Awien Heritage --> Thanks cik MYRA..lepas ni konfem awien terlebih rajin nak mengUPDATE entri terbaru..hihi..:)

Wednesday, September 21, 2011

Selamat Ulangtahun Kepada Sahabatku

Epy besday to u, Epy besday to u, Epy besday to u, Epy besday to u....jom nyanyi skit pagi ni..hehe..aq nk ucapkan selamat hari jadi pada sahabatku NORHAFIZA BINTI AWANG yang kekal bersamaku hingga ke ari ini..

Sedikit imbas kembali persahabatan kami:-


1. Sama- sama bersekolah di Sek Men Keb Tun Telanai, Marang Terengganu ( 5 tahun duduk satu kelas)

2. Sambung pelajaran di Kolej eknologi Bestari, Setiu, Terengganu

3.Berhijrah mencari rezeki di Johor Baharu, Johor (2 tahun setengah )

4. Pulang dari johor dan mengikuti program SPIKE ( 6 bulan kalu tidak silap)


5. Bekerja di Kuala Lumpur di Syarikat SKALI ( 1 tahun)

6. Masing2 dah dapat keje kat kampung halaman sendiri iaitu Terengganu

7. 2 2 masih bujang...walaupun..........hehehehe


SEMOGA PERSAHABATAN YANG TERJALIN ANTARA KAMI SELAMA 16 TAHUN KEKAL SELAMANYA...AMIN..






Monday, May 9, 2011

Tudung Untuk Ibu = Al Fatihah untukmu ARUL

Keratan akhbar dari Sinar harian edisi Terengganu

Tudung Untuk Ibu..sungguh terharu rasanya...pemergiaan arwah sepupuku Wan Mohd Hazrul (Arul) amat tidak disangka-sangka..beliau terbabit dalam kemalangan jalan raya semlm 08/05/2011 semperna sambutan hari ibu...apa yang buat kami terharu dan bertambah sedih adalah tudung yang dibeli arwah tidak sempat diberikan kepada mamanya...dalam usia 21 tahun arwah telah pergi mengadap ilahi...mengenali arwah dia seorang yang amat ceria, suka senyum dan boleh dikatakan bdk hensem dikalangan keluarga kami...untuk pengetahuan, arwah baru 2 bulan bkerja di petronas kertih. al-fatihah...kami syang kamo arol.. Kepada semua kawan-kawan sedekahkan al-fatihah untuk arwah dan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...amin

Arwah dalam kenangan

untuk membaca artikal pasal arwah sila klik link dibawah

Tidak sempat beri hadiah untuk ibu

Awien Heritage==> semoga cikda dan abg semi tabah menghadapi ujian dariNya...

Saturday, May 7, 2011

SELAMAT HARI IBU..KAU NYAWA KAMI SEMUA

mA DAN aBAH
Kenapa aku letak kan gambar kedua2 orang tuaku padahal tajuk hanya untuk ari ibu??? jawapan nya setiap hari adalah istimewa untuk kedua-dua insan ini....tanpa mereka tiada la kita didunia....dikesempatan ini juga aku nk ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada kawan-kawan bloger yang bergelar ibu dan hargai la kedua2 nya semasa hayatnya...

Untuk Ma...SELAMAT HARI IBU, Kami 6 beradik amat2 berterima kasih segala pergorbanan dan kami berdoa agar ma sentiasa hidup diredhai olehNYA...kami tabik spring kat ma sbb tidak pernah merungut menjaga abah yang sentiasa memerlukan ma setiap masa dalam menjalankan CAPD untuk penyakit BUAH PINGGANG abah...Jasa mu tiada nilainya WE LOVE U

Untuk Abah... Kami doakan abah cepat sembuh dan dapat menjalani hari2 dengan lebih cergas...semoga impian untuk menunaikan ibadah haji pula dapat diperkenankan olehNYA...insyaallah amin....kami sentiasa disisi mu....WE LOVE U

Kenangan dihari raya 2010


Awien Heritage==> bukan emas permata yang dipinta hanya secebih kasih sayang dari anak-anak..renung-renungkan....

Friday, December 31, 2010

Selamat tahun baru 2011

Tinggal beberapa jam lg kita akan melangkah ke tahun 2011...AWIEN HERITAGE ingin mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada semua rakyat Malaysia dan juga semua pengikut setia blog AWIEN....

Semoga ditahun baru kita semua lebih berjaya di dunia mahupun akhirat........

2011 AWIEN HERITAGE LEBIH BAIK INSYALLAH

Saturday, December 11, 2010

Selamat Pengantin Baru Umi dan Khairul

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Nur Umira dan pasangan nya khairul Anuar..Semoga kalian kekal sebagai suami isteri hingga hujung nyawa..amin...

umi..
--> Jadilah sebaik-baik isteri disisi suami dan ibu yang terbaik kepada anak-anak nanti...semoga umi sentiasa tabah dengan kehidupan yang baru bermula k...

Khairul
--> Jagalah Isterimu seperti mana kamu menjaga diri kamu dan keluarga kamu sebelum ini...Jadikalah ia semulia-mulia wanita disisi mu..Semoga menjadi suami yang terbaik disisi Umi....

daripada sahabat mu...

p/s : Gambar pengantin akan menyunsul nanti....hehe

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah


SALAM MAAL HIJRAH KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA...SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT LEBIH KEBAIKAN DI MASA-MASA AKAN DATANG..INSYAALLAH..AMIN

DARIPADA : AWIEN HERITAGE

Sunday, October 31, 2010

Sejarah tercipta- The Red Warriors tamat badi 40 tahun

Kelantan menjadi negeri ke 14 menjulang Piala Malaysia semalam. Havoc abis penyokong "kelate gomo" hampir separuh penyokong kelantan memenuhi Stadium Bukit Jalil. Tahniah diucapkan kepada semua pemain-pemain yang menujukan belang nya semalam....Ikuti berita yang dipaparkan dibawah..kredit untuk Berita Harian Online 30/10/2010.


pix_gal0

PEMAIN Kelantan me­­lutut dan berdoa tan­­da syukur sejurus wisel penamat apabila mencipta bangga muncul juara baru Piala Malaysia menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, ma­­lam tadi.
Dua gol menerusi tandukan padu Hairuddin Omar pada minit ke-57 dan Mohd Badhri Mohd Radzi, m-65 berjaya mengikis jari­­ngan awal lawan menerusi sepakan penalti oleh Shahurain Abu Samah (m-13) - sekali gus menamatkan badi 40 tahun yang diiri­­ngi dentuman mercun me­­ngiringi kejayaan manis The Red Warriors.
Kejayaan ini memboleh­­kan Kelantan meletakkan diri dalam kumpulan unik yang kini bertambah kepada 14 pasukan yang pernah menjulang piala keagungan bola sepak tanah air itu termasuk sebelum ini yang dikenali Piala HMS Malaya dan Piala Malaya.

Namun, skrip itu tidak kelihatan begitu pada awal saingan babak pertama apabila Shahurain yang dinaikkan kepada posisi serangan berikutan ke­­tandusan penye­­rang akibat kecederaan yang menimpa Zaquan Adha Abd Radzak me­­ngulangi jaringan awal ke atas lawan sama, apabila mudah menyempurnakan penalti mengatasi Khairul Fahmi Che Mat selepas penjaga gol itu menjatuhkan S Kunalan dalam ko­­­­tak penalti.

Shahurain yang mele­­dakkan gol cantik dalam laluan kejayaan 3-1 musim lalu berjaya mengelirukan penjaga gol itu yang semakin meningkat naik dalam skuad kebangsaan pada percubaan kedua selepas pengadil, Sub­­khiddin Mohd Salleh me­­ngarahkannya diambil semula.

Pada masa kecederaan babak pertama, gerakan pantas Mohd Badri Mohd Radzi dengan Indra Putra Mahayuddin hampir menjelmakan gol penyamaan, tetapi tendangan lencong kapten Kelantan itu berjaya ditumbuk penjaga gol, Sani Anuar Kamsani.
Hairuddin menceriakan pasukan apabila berjaya mengelakkan diri daripada kawalan pertahanan untuk menghalakan han­­taran lintang Norshahrul dengan jaringan penya­­maan menerusi tandukan untuk menghidupkan api perjuangan the Red Warriors dan hampir 60,000 penyokong mereka.

Momentum beralih arah kepada Kelantan yang mengambil alih tam­­puk penguasaan de­­ngan Mohd Badri men­­cetuskan dentuman mer­­cun oleh penyokong hasil gol kemenangan buat mencipta sejarah baru mereka.

Kredit Berita Harian Online 30/10/2010

Sunday, August 8, 2010

salam ramadan

assalamualaikum....

Tinggal beberapa ari lg kita bakal menempuh ramadan ditahun 2010...syukur ke hadrat illahi kerana kita semua masih lg bertemu dengan ramadan kali ni.....semoga ibadat puasa kita kali ni dapat menghapus dosa2 yang ada..amin....

Di kesempatan aku ingin mengucapkan selamat menyambut puasa kepada seluruh umat islam tidak kira dimana anda berada....kepada teman2,sahabat dan juga kawan2 ku..ingin kuhular jutaan kemaafan kepada kalian semua...semoga kita semua dapat berpuasa dlama keadaan lapang dada dan hati....serahkan segala jiwa pada ALLLAH S.W.T....


SELAMAT BERPUASA

Friday, July 9, 2010

oranje vs spain

Would Cup...bg aku sudah berakhir bile portugal kalah dengan brazil ari tu...tp nk wak cm ner kan bola bulat...ape2 blh terjadi. So mari kita berckp pasal Final antara BELANDA dan SEPANYOL...mane pasukan yg korang rase akan menang???? bg peramal PAUL si sotong, memilih sepanyol menjulang kejuaraan kali ni...ko org plak?? hahhaa..mcm2 la PIALA DUNIA ni kan...semua demam ..demam bola..aku xla layan sgt..game yg aku minat jer biasa aku bersekang mata..klu xharam...mls nk layan..hehhee...

k la...bg aku antara BELANDA dengan SEPANYOL..aku lebih kepada pasukan The Oranje(Belanda)....ntah aku pun xtau kenapa aku memilih psukan tu...aku bg score 1 - 0...

ape2 pun hope MALAYSIA suatu hari ni dpt juga beraksi dipentas DUNIA tu...harap2 la...go go MALAYSIA....MALAYSIA bolehhhhhh....

Monday, July 5, 2010

selamat pergi dan pulang

Ari ni 05/07/2010 selamat kedua org tua ku dan ayah, ibu saudara berserta tok dan tok ki pergi tanah suci Makkah untuk menjalani ibadat umrah...diharap mereka dapat menjalani ibadah umrah dan ziarah dengan selamat dan mendapat keberkatan olehNYA...

Juga mengharapkan kesihatan mereka bertambah baik sepanjang melakukan ibadat....insyaallah amin...

Monday, June 21, 2010

Selamat hari BAPA untuk bapa2 di dunia...


tidak ketinggalan aku juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI BAPA untuk semua bapa-bapa kat dunia ni...jlnkan tanggunjawab anda ke tahap yang terbaik...

untuk HERO dlm family ku...CHE KU ZANGI BIN CHE KU OMAR segala pengorbanan mu tiada tolak banding nya...engkau HERO kami yg sebenar-benarnya...

BAPA terbaru dlm family ku..TENGKU SHAH AZUWAL ...ikuti jejak langkah abah dlm mendidik dan memimpin anak-anak mu kelak...jd kan engkau idola untuk anak-anak mu...

peace....:)

Sunday, June 6, 2010

selamat menempuh dunia baru..

tahniah diucpkan kepada rakan kawan2 ku yg telah selamat mendrikan rumahtangga..sepanjang cuti skolah ni...terlalu ramai yg mengambil kesempatan untuk diijab kabulkan..yer la musim cutikan..mase ni la yg duk bandr semua balik kg....so aku jga xterlepas dri menghadiri kenduri2 diorg ni..sungguh meriah rasenya klu dpt berkumpul bersame2 kawan2...

so pada kawan2 ku tahniah skali lagi kat korang ea...semoga impian korang untuk bersame2 teman yg dicintai kekal abadi sehinggal akhir hayat...aku sentiasa doakan yg terbaik untuk kalian dan keluarga.....