Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Wednesday, July 6, 2011

Kenapa Orang Gila Tidak Sakit???????


Pernahkah kita terfikir, kenapa orang gila selalu sihat? Tidak pernah kita melihat ada orang gila berguling di tepi jalan sakit batu karang,terhencut-hecut kaki kena gout, minum ubat batuk, memakai koyok atau bahkan sakit gigi sekalipun.

Jawapannya adalah KERANA MEREKA TIDAK PERNAH STRESS !!!

1. Orang gila tidak pernah sakit kerana mereka tidak pernah stress. Mereka tidak pernah berfikir macam-macam. Makanan apa pun mereka makan. Tidak seperti kita. Sudah ada ayam goreng, masih mencari sate kambing. Sudah ada nasi lemak, masih mencari pizza, hotdog, dan lain sebagainya. Sedangkan orang gila tidak pernah minta makanan yang bermacam-macam. Makanan apapun asal namanya makanan tetap mereka makan. Malah nasi basi pun mereka makan, burger 2 hari pun OK lagi bak kata Nabil

Kedua, orang gila itu QANAAH. Mereka rasa bersyukur. Menerima apa pun pemberian Allah kepadanya. Tidak pernah menuntut macam-macam. Tidak seperti kita. Sudah diberi basikal, masih minta motor. Sudah ada motor, masih minta kereta. Sudah ada kereta nak juga jeling MPV atau SUV. Rumah dah cantik, masih saja selalu merasa ada yang kurang. Akhirnya beli ini beli itu, renovate ini renovate itu. Akhirnya hutang sana sini untuk keperluan tersebut. Apabila ketika hutangnya sudah menggunung, jatuh sakitlah dia.

Orang gila itu entah ada pakaian ataupun tidak, mereka santai saja. Kalau mengantuk, ya tidur saja. Mereka tidak perlukan tikar, apalagi katil dan tilam empuk. Ada kan antara kita yang tidak boleh tidur di atas tikar. Kerana sudah terbiasa tidur di springbed. Malah ramai yang tak boleh tidur tanpa air-cond.

Orang gila jarang sakit juga adalah kerana mereka selalu berbahagia. Mereka kan kelihatan selalu tersenyum. Betul kan? Orang yang selalu tersenyum pasti hatinya bahagia dan tenteram. Everething is running well, semuanya berlalu dengan baik-baik saja. Tidak pernah ada masalah. Kalaupun ada masalah, dia menganggap itu sebagai hiburan yang menyenangkan. Sebab tu diaorang sentiasa tersenyum.

Kesimpulannya, kalau korang hendak selalu sihat jadilah “orang gila”.

Maksud saya, hiduplah dengan Qanaah, kawal stress, control keinginan yang hendak bermacam-macam itu dan selalulah tersenyum. Mudah-mudahan korang selalu sihat!

Sumber dari isuhangat.net

Pemuda memukul nenek dalam keretapi......


Entry ini di copy and paste dari blog Chik Inn & Mazlin Nordin

Teruskan membaca.....

Ceritanya ada seorang pemuda yang dibicarakan di
mahkamah dengan tuduhan yang menjadi isu hangat :
"Memukul warga emas di dalam keretapi".

Hakim berkata kepada pemuda tersebut,

"Sekarang cuba anda ceritakan apa saja yang
sebenarnya terjadi secara lengkap dan detail.
Anda sangat kejam, berani memukul seorang nenek!"

Pemuda itu pun bercerita.

“Begini Tuan Hakim, tiga hari yang lalu saya naik
keretapi dari JB ke KL dari Stesyen Johor Bahru.

"Saya duduk berhadapan dengan seorang nenek tua".

Keretapi kemudiannya bertolak dan beberapa minit
kemudian sampai di stesyen Kulai.

Di stesyen Kulai ini keretapi berhenti untuk pemeriksaan
tiket...

Konduktor pun datang ke gerabak tempat saya berada,
dan tak lama kemudian menanyakan tiket saya.
Saya terus tunjukkan pada dia.”

Kemudian giliran dia meminta tiket nenek di hadapan
saya.

Dia mengeluarkan handbag dari begnya, dari dalam
handbag itu dia mengeluarkan dompet besar, dan dari
dompet besar itu dia mengeluarkan dompet kecil.

Dari dompet kecil itu dia mengeluarkan bungkusan,
terus dia buka bungkusan itu dan masih ada bungkusan
yang lebih kecil.

Bungkusan kecil itu dia buka, dan di dalamnya ada
kotak mancis.

Rupanya dia menyimpan tiketnya di kotak mancis itu.”

”Setelah diperiksa konduktor, dia menaruh tiketnya
lagi ke kotak mancis itu, lalu kotak mancis dibungkus
lagi pakai bungkus kecil itu, lalu bungkus besar,
lalu diletakkan dalam dompet kecil, lalu dalam dompet
besar, lalu dompet besar itu dimasukkan kembali ke
dalam handbag, lalu handbag-nya dimasukkan lagi
ke begnya…”

Kita pun meneruskan perjalanan.

Perhentian berikutnya di stesyen Kluang.

Di sana juga sama, ada pemeriksaan tiket oleh konduktor.

Dengan cepat diperiksa tiket saya, sementara nenek
itu mengeluarkan handbag dari begnya, kemudian dari
dalam handbag itu dia mengeluarkan dompet besar,
dan dari dompet besar itu dia mengeluarkan dompet kecil.

Lalu berturut-turut keluar bungkusan besar, lalu bungkusan
kecil yang di dalamnya masih ada kotak mancis.

Tiket dia keluarkan dari kotak mancis, diperiksa konduktor,
lalu masuk lagi kotak mancis, bungkusan kecil,
bungkusan besar, lalu dompet kecil, dompet besar,
handbag, dan akhirnya masuk beg lagi…”

Keretapi terus berjalan, dan kita sampai di stesyen
Segamat.

Lagi-lagi ada pemeriksaan tiket.

Tiket saya cepat diperiksa, sementara nenek itu
mengeluarkan handbag dari beg, lalu dompet besar,
lalu dompet kecil, lalu dari dalam dompet kecil
dia mengeluarkan….."

Belum sempat si pemuda selesai, hakim membentaknya.

“Hei kamu!! jangan main-main ya!!

Kamu ini cerita atau menipu yang bukan-bukan???

Ini mahkamah tahu!!!

Pemuda itu terus menjawab,


Hah tengok…! Tuan Hakim baru mendengar cerita
yang cuma segini saja sudah marah.

"Sekarang cuba bayangkan saya yang menyaksikan
sendiri perkara itu sepanjang perjalanan dari
JB ke Kuala Lumpur !!!









Kisah di atas lebih kepada rekaan semata mata.

Apapun, dalam kehidupan seharian, tanamkan
semangat sabar terutama bila berhadapan dengan
insan yang lebih berusia ataupun veteran.

Sesungguhnya Sabar Itu Separuh Dari Iman........

Tuesday, February 8, 2011

Mengenali Pak Pandir dengan lebih dekat

1. dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu.

2. dia fax surat dengan stem diatasnya.

3. cuba melemaskan ikan dengan merendamnya didalam air.

4. cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.

5.study hard untuk ujian darah.

6.tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.

7.fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.

8.vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.

9. Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.

10.mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.

Awien Heritage==> sekadar relax2 kan kepala otak yang tengah serabut...so enjoyyyyyyyy...

Monday, February 7, 2011

Asal istilah terkejut berok



kalau nk tau asal istilah terkejut berokkkkk...hehhe... sekadar lawak di waktu tengahari...enjoyyyyy....

Sunday, November 14, 2010

Asal boleh jer la labu.....

Macam-macam cara boleh..hehehe...jimat kos n jimat segalanya...korang kalau nk guna pakai idea ni pom boleh...hehehehe..selamat mencuba.


Mangga jer senang xdak sapa nk curik....kehkeh

Troli pm boleh....

hahahha..lawak2...

Mudah dan jimat..korang ada brannnnn...

Very easy....

:
:
:
:
:

yang ni paling sempoiiiiii.....mmg terbaekkkkkkkkk

Sumber : amazingnara.com

Tuesday, November 9, 2010

Kesalahan Dalam Filem - Pengarah terlepas la tu..hehe

Perasan jer korang ek....mmg terbaekkk daaa...


Aikkk zaman kungfu dah pakai jam ea...hehe

Abg polis picu tu petik la kalau nk tembak...hihii

aikkk sepoiii laaa kepal terbang ni..


Jgn la bini aku kol, mampus aku klu awek ni tau..hahaha

cayalah zaman lanun dah ada ADIDAS..hehe..konfem kasut lanun pom ADIDAS..hehe

Monday, November 8, 2010

Lawak nama Jepun....

Kredit kepada pereka nama-nama jepun ni....idea yang xdiduga...syabas geng...hehehe...lawak tol la...

nama2 lawak jepunAlign Center

sumber : AmazingNara

Budak-budak zaman sekarang..hihi

Pernah x korang terpikir apa aktiviti pelik anak-anak????? ni nk share sumting kot2 la anda nk skodeng nt...kihkih...enjoy de show.....


tak takut ker dik nt buaya sekali ngap ko...hehe

aduhhhhh....peti pom ko nk panjat...

mak aiiiii.."korang ada berani cm aku x"??? maybe kata2 budk ni....


mat gaiver zaman kanak2....hihi


ni pe kes plak ea....

iyahhhhhhhh.....

sedutan yang menarikkkk...


kantoiiiiiiiii


buwekkkkkkkk,...


eiiiiii..tak maluuuuuu...gataiii eaaa

Kambing say : abis la bdan aku yg lawa ni...
Boy say : mmmm..ko duk diam2 aku ngah dpt idea baekkkk punya ni...hehe


cari "neneng" ker dik..heheh


aikkk gatai la budak zaman skrg ni...


best nyer buah merah ni....heheheh
Semoga terhibur!

kredit : http://www.ek-ele.co.cc

Sunday, May 16, 2010

Oh! Alasan Nak Balik Awal...


Seorang Boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada suatu hari tu. Sesiapa yang nak minta balik 5 jam lebih awal hari ni dia bagi. Tapi alasannya hanya satu jer boleh guna.

Haaaa!! Alasannya mestilah pasal sembahyang SAHAJA! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang berjumpa dengan Boss ni;

Mula-mula seorang kerani biasa;

Kerani : Boss, buleh saya pulang awal? Saya balik nak solat kat rumah
boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi
lagi banyak pahalanya!

Kemudian, datang pula seorang supervisor;

Supervisor : Saya bulih balik awai kut Boss?
Boss : Hang apa pasai??
Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang Zohor ke tak?
Ntah-ntah dia ponteng…
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pengurus Syarikat pula mencuba nasib;

Pengurus : Boss!
Boss : Ha, pasal pulak ni?! Nak balik awal gak ker?
Pengurus : Errrrr!! Yer boss! Boss baik!! He!He!He!
Boss : Alasan apa lak ngko nie?
Pengurus : Saya nak balik sembahyang orang mati… Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah…! Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!! Itu Fardhu Kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja!

Tiba pula giliran Mat Peon;

Mat Peon : Boss! Saya nak balik awal boleh tak?
Boss : Naper?
Mat Peon : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss : Yer ker??? Ha! Kalu gitu awak baliklah…Kesian awak dah
seminggu nunggu!!!
Mat Peon : Ima Acih Boss!!! Wahahahahahahah!!


kredit untuk oh tidak.com

Sunday, January 3, 2010

Oh ASTRO.....mcm2 ada...

*Coretan seorang guru wanita di salah sebuah felda di selatan tanah air….


Seorang murid dari kelas 3 Mawar telah bertemu denganku. Semalam dia meminta untuk bertemu dengan aku karana hendak menceritakan tentang ayahnya. Liliana, merupakan seorang pelajar yang aktif dan riang sebelum ini. Hanya kebelakangan ini sahaja dia kelihatan murung dan sedih. Kadang-kadang sesi “Bahasa Inggeris” yang aku ajarkan bagaikan tidak mengundang keminatannya. Dia sering termenung dan kelihatan sugul. Kini dia di hadapanku, harapanku, jika ada masalah yang dia hadapi akan cuba kubantu sedaya mungkin.

Cikgu, ini mengenai ayah saya. Air matanya terus berlinangan. Aku hanya mampu memegangnya dan mengurut-urut lengannya, dan menantikan dia meneruskan kalimat-kalimat dari bibirnya yang kecil itu. Dia meneruskan kata-katanya:

“Ayah saya telah berubah sejak tiga bulan yang lalu. Semuanya kerana kehadiran “dia”. Kehadiran “dia” ke rumah kami telah mengubah suasana didalam rumah . Memang pada asalnya, “dia” memang dinanti-nantikan untuk bersama kami. Malah, ibu sayalah yang telah mencadangkan kepada ayah untuk”dia” tinggal bersama kami. Pada awalnya kami amat gembira bila “dia” ada bersama kami. Mungkin kerana “dia” masih baru dan kami masih terlalu teruja mendapatkan “dia” di dalam rumah kami.

Keadaan telah berubah apabila ayah sudah mula rapat dengan si “dia”. Walaupun pada asalnya ibulah yang banyak bersama dengan “dia”, namun akhirnya ayah pula yang berjaya dikuasai oleh si “dia”. Semenjak itu ayah tidak memperdulikan ibu lagi. Kami juga sudah tidak ayah pedulikan juga. Hubungan ayah dengan “dia” semakin intim. Pulang sahaja dari kerja, ayah terus mendapatkan si “dia”. Kadang kala ayah sanggup untuk mengambil cuti semata-mata untuk bersama dengan si “dia”. Kami geram sungguh!

Pada bulan Jun yang lalu, krisis kami dengan ayah mencapai kemuncaknya. Ayah sudah tidak pedulikan ibu lagi. Ayah sudah tidak tidur dengan ibu lagi semata-mata untuk bersama dengan si “dia”. Ayah sudah melampau. Ayah sanggup mengorbankan waktu tidurnya dan juga waktu bersama ibu hanya untuk bersama si “dia”. Lebih menghangatkan darah kami lagi, di pagi hari
kami lihat ayah terdampar bersama si “dia”. Satu contoh yang amat tidak sihat buat kami anak-anak. Ibu tetap boleh bersabar. Banyak kali juga kami mendengar ibu menasihati ayah, tetapi ayah tetap tidak berubah. Ibu tidak mahu derhaka, hanya nasihat sahajalah yang boleh ibu berikan. Malangnya tidak nampak pun riak-riak ayah akan berubah. Bahkan kini ayah semakin teruk.

Siang, malam, pagi, petang….ayah lebih meluangkan masa untuk bersama dengan “dia”. Saya tidak mahu digelar anak derhaka, tetapi keadaan ayah semakin melampau. Akhirnya cikgu….”
Dia terus menangis teresak-esak. Aku terus memujuknya, “sabar, setiap orang ada masalah masing-masing…”. Aku terus memeluk Liliana.

“Cikgu Ros, saya tidak mahu menjadi anak derhaka, tetapi demi ayah, saya terpaksa lakukannya…”

“Apa yang kamu telah lakukan?”, tanyaku dengan nada yang lembut.
“Saya terpaksa menelefon tempat asal si “dia”. Saya telah mendail
1300-82-3838, dan meminta mereka memutuskan hubungan ayah dengan “dia”"
“Siapa dia tu?”, aku binggung…
“Astro!”

Aku: ???????

Moral: Astro macam-macam ada, tapi jangan sampai waktu untuk
family/isteri/suami/anak-anak/kkawan tiada kerananya!

Kredit Isuhangat.net