Showing posts with label iktibar. Show all posts
Showing posts with label iktibar. Show all posts

Sunday, November 17, 2013

Kisah Peminum Arak Menjadi Imam Di Turkey

 Assalamualaikum dan salam jumaat kepada semua pembaca. Kali ini, kami sajikan sebuah kisah tauladan dan juga kisah pengajaran kepada semua. Kisah ini berkisah kan dua orang lelaki yang merupakan peminum arak yang di suruh menjadi imam untuk solat subuh di sebuah hotel. Mari kita sama-sama menghayati kisah ini.

Dua orang lelaki dari Madinah al-Munawarah bercuti ke Turkey untuk rehat dan minum arak. Apabila kedua mereka tiba di Istanbul, mereka check in hotel, petugas di reception meminta alamat bagi tujuan pendaftaran, mereka menjawab;

”Kami dari Madinah al-Munawarah”

Petugas di kaunter pendaftaran itu sangat gembira mendengar kedua mereka dari Madinah, lalu di beri bilik yg luas dan view yg sangat cantik, kerana mereka berdua dari Madinah kota suci tempat bersemadinya kakasih kita Rasulullah saw.

Selepas masuk kedalam bilik, kedua lelaki ini minum arak, salah seorang dari mereka minum sepuasnya, mabuk tak terhingga, seorang lagi separuh mabuk…. Tepat jam 4pagi bilik mereka diketuk, salah seorang yg tak berapa mabuk dalam keadaan tak larat, membuka pintu lalu didapati seorang lelaki memberitahu:

”Selepas Imam kami mengetahui kamu berdua dari Madinah al-Munawarah, imam kami tidak mahu mengimamkan solat fajar, kerana ada org arab dari Madinah di hotel ini,
”kami harap saudara dapat imamkan kami” .

Lelaki itu memberitahu dengan nada yg penuh harapan:
” cepat-cepat turun yea, kami tunggu kat bawah.””
Lelaki yg mabuk itu kebingungan, lantas dikejutkanya kawan dia yg seorang lagi ( mabuk sangat), sambil bertanya:

” engkau hafal al-Quran tak?”
Sayang, kawan dia dah macam mayat, tak sedar diri dek kerana mabuk. Selang beberapa minit, bilik hotel diketuk lagi, suara dari luar berkata:

” Cepat sikit tuan kami dah lama tunggu ni, jgn lambat nak syuruq dah ni…“.
Tanpa berlengah lelaki yg separuh mabuk, masuk bilik air mandi dan berwudu lalu turun ke masjid untuk solat dgn pendudk setempat.

Ketika masuk kedalam masjid lelaki itu sangat terkejut, kerana jemaah yg berkumpul untuk solat fajar seperti jemaah solat jumaat. Kedatangan lelaki ini disambut dengan penuh kemulian, jemaah berbaris dan bersalam dgn penuh penghormatan, kerana pemuda ini datang dari Madinah al-Munawarah.

Pemuda itu mengimamkan solat fajar, rakaat pertama dan kedua dibacanya surah al-Ikhlas, kerana itu sahaja yg dihafal. Selesai solat, sekali lagi jemaah salam dan berpeluk dgn pemuda tersebut. Peristiwa ini menjadikan kedua2 mereka bertaubat dari minum arak. Mereka memulakan kehidupan baru, dengan menpelajari agama, menghafal al-Quran. Alhamdulillah, kini kedua mereka menjadi pendakwah yg tersohor.

Maha Kaya Allah swt yg memberi peluang untuk manusia kembali ke pangkal jalan hidayah.

Wallahualam.

Sunday, July 29, 2012

Subhanallah!!! Dicabut Nyawa Sebelum Ke Tali Gantung

saat dicabut nyawa

Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh.

Sebuah kisah benar.

Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana…

Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau tntg seorang banduan yg bernama AMIN….

iaitu ketua kumpulan Al-Mau’una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong.

Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Apa yg menarik ialah peribadi si Amin ini.

Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.

Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum.

Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi.

Dia digantung pada subuh pagi jumaat.

Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.

Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.

Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal,
solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.

Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung.

Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.

Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti
menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan.

Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat
pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung.

Tangan spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir.

Subhanallah. ……… mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung… …

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya yang soleh dan sentiasa bertaubat.

Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.

Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.

Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”

Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air.

Allahualam..

Sumber dari blogammar

Wednesday, January 18, 2012

Arwah Ibu Lawat Jenazah Anak (Kisah Benar)

Salam semua....lama rasa tak mengupdate entry terbaru...masuk tahun baru ni banyak keje pejabat yang perlu diselesaikan..tp tak per la kan..semua tu kerana rezeki yang Allah bagi...alhamdulillah...Untuk pengetahuan semua sepanjang minggu pertama dan kedua di awal tahun 2012 Awien sibuk menghadiri beberapa mesyuarat dan perjumpaan untuk memastikan program yang dianjurkan berjalan dengan lancar...Alhamdulillah progran tersebut berjaya di anjurkan dengan cemerlang sekali..nanti kalau ada masa Awien akan menguploadkan beberapa gambar sepanjang awien bercuti daripada menulis blog k..insyaallah...hihi.

Ok sebelum melalut lebih panjang sebentar tadi awien ada terbaca post daripada Facebook kawan-kawan. Terpanggil awien untuk berkongsi info ini untuk kawan semua agar ia menjadi iktibar untuk kita ..ok mungkin enty ini panjang ckit tp amat berguna untuk dihayati....

Arwah Ibu Lawat Jenazah Anak

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu."Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.


Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya."Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan,wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat airmata, dia berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya.Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.Dia memang anak yang baik.Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.Mungkin itulah yang berlaku.Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,"Orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya, tuturannya serta pakaiannya."Kalau wanita itu yang ustaz katakan,perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya,saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?

Ingatlah..azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat..Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa menjaga solat,InsyaAllah..

-via Islam Iman Ihsan

Monday, October 3, 2011

MESTI BACA !!!!! Duitkah Yang Dicari?







Kisah ini berlaku tiga tahun lepas sebelum aku bergelar perunding kejuruteraan. Ketika itu, aku masih seorang jurutera muda. Pertemuan aku dengan Pak Cik Roslan (bukan nama sebenar) membuatkan mata aku terbuka dan hati yang senang untuk memikirkan keadaan aku sekarang.

Pak Cik Roslan seorang jurutera hebat. Projek kerajaan atau swasta, tidak kira bangunan atau jalan, Pak Cik Roslan tidak ketinggalan dalam mencatatkan dirinya sebagai berpengalaman. Maklum sahajalah jika begitu berpengalaman, tentu dia seorang yang jauh lebih daripada seorang kaya, seorang yang hidup mewah.

Dia bercerita "Zul.. Pak Cik daripada satu projek ke satu projek... berjuta-juta mahalnya projek, 'income' tak pernah putus. Sesekali tu dua tiga projek serentak! Tak sempat balik ke rumah, cari hotel untuk bermalam, lima bintang tu dah kira rumah."

Aku tergamam.

Sambungnya "Pak Cik hidup mewah, rumah besar, kereta mewah, duit melimpah-limpah."

Tergerak hati aku "Adakah Allah menghantar insan ini sebagai peringatan kepadaku? Wallahu'alam."

"Tapi Zul.. hidup Pak Cik jauh dari masjid. Solat Pak Cik tunaikan tapi jarang ke masjid, Pak Cik cari kemewahan. Pak Cik dapat kemewahan."

Suatu hari, sedang Pak Cik Roslan di tapak pembinaan memantau projek bernilai berjuta-juta ringgit. Pak Cik Roslan diserang sakit jantung. Dikejarkan ke hospital. Terlantar sepuluh hari.

Sesudah keluar daripada hospital, kerja projek disambungnya. Projek pula bertukar ganti dan Pak Cik Roslan bertambah mewah.

Sekali lagi Pak Cik Roslan diserang 'stroke' terjatuh terlantar. Dadanya dibedah untuk dibuat 'bypass'. Nasib pakcik Roslan baik, 'stroke' tidak melumpuhkan dia.

Dua bulan Pak Cik Roslan berehat daripada bekerja. Dalam ketika itu, Pak Cik Roslan banyak menghabiskan masa di negara Eropah untuk merehatkan diri.

Selepas itu, Pak Cik Roslan kembali beraksi.

"Ahh! Sakit tu kekadang saja. Pakai duit pun tak banyak.. yang penting harta kena ditambah semula." Enak kata hatinya.

Pada hari pertama di pejabat, sebelum pulang, Pak Cik Roslan merasa pelik, kerana pejabatnya kosong. Mana perginya kakitangan beliau? Walhal, sebentar tadi sahaja masih ramai orang bekerja.

Tidak hiraukan perkara itu, Pak Cik Roslan melangkah ke pintu keluar pejabatnya. Sampai sahaja di tengah-tengah pejabat, 'stroke' datang menjengah lagi!

Suatu suara datang membisikan pada telinganya,

"Satu juta tak cukup.. dua juta tak cukup.. sepuluh juta tak cukup.. sekarang siapa mahu tolong? sepuluh juta boleh tolong?"

Suara itu jelas dan amat lancar. Tetapi bukan datangnya daripada mana-mana manusia pun. Tiada seorang pun berada di situ. Wallahu'alam.

Pak Cik Roslan jatuh kejang di atas lantai, terbaring.. kakinya kejang, tangan menarik-narik bajunya sendiri. Wajahnya pucat.

Pak Cik Roslan cuba menghubungi ambulan untuk mendapatkan bantuan. Malangnya gagal, apabila telefon bimbit yang tercanggih dibelinya, termahal dan termewah. Tampak segak bergaya dan mewah sekali telefon bimbit itu. Namun, satu punat pun Pak Cik Roslan tidak berjaya menekannya.

Anggaran tiga hingga empat jam selepas itu, barulah pekerjanya menyedari akan keadaan Pak Cik Roslan dan dia dikejarkan ke hospital.

Mengikut cerita pekerjanya, sepanjang hari sememang-memangnya pejabat itu begitu ramai orang dan ketika kejadian menimpa Pak Cik Roslan pun, pejabat sebenarnya masih belum kosong.

Rakaman CCTV juga menunjukan pejabat tidak sesekali kosong. Bayangan Pak Cik Roslan berjalan menuju pintu keluar dan jatuh begitu jelas. Namun, dengan kuasa Allah, Pak Cik Roslan tidak nampak sesiapa dan tiada sesiapa nampak Pak Cik Roslan jatuh.

Sejak daripada peristiwa itu, Pak Cik Roslan insaf dan sedar. Kini, Masjid Negara adalah rumah keduanya. Dia tidak lagi bekerja dan banyak menghabiskan hidupnya dengan menimba ilmu agama dan beribadah kepada Allah.

"Zul.. tak guna duit ada berjuta.. duit tak tolong bila kita susah.. apa guna ada rumah besar tapi tidak menjadi tempat tidur dan rehat, tidur hotel pula, apa guna kereta mewah dan besar tetapi tak boleh 'drive' sendiri dan bila mati tak pula naik kereta tu semua, apa guna ada duit dan mewah tapi tidak hidup bekeluarga."

"Apa yang penting Zul.. adalah ilmu kerana dengan ilmu kita kenal Allah dan agama.. daripada situ kita mohon rahmat dan berkat."

Pak Cik Roslan kini mengambil diploma dalam Pengajian Islam kerana kuliah di masjid terlalu perlahan untuk dia menimba banyak ilmu yang telah lama kosong dari dalam dirinya.

Kepada Pak Cik Roslan, terima kasih kerana berkongsi cerita dengan saya dan menjadi pengajaran yang amat besar bagi saya. Izinkan saya berkongsi cerita ini agar semua orang dapat memanfaatkan pengajarannya. Pak Cik Roslan, telah lama kita tidak bertemu. Semoga Allah memberikan rahmat dan hidayah-Nya kepadamu.

Pertemuan kita sekejap tetapi amat mahal harganya. Syukur kepada-Mu Ya Allah. Alhamdulillah.

Sumber : iluvislam

Wednesday, May 18, 2011

Dari CEO menjadi penghantar pizza


ISUHANGAT.NET. Bak kata pepatah hidup umpama roda, kadang kita di atas kadang kita di bawah. So, jika sekarang kita berada di bawah berusahalah sambil berdoa supaya hidup kita lebih baik manakala jika kita sekarang sudah berada di atas, bersyukurlah dengan rezeki yang Allah beri dan jangan lupa dengan Qada’Nya bila-bila masa sahaja kita boleh berada di bawah. Ikutilah kisah seorang CEO menjadi penghantar pizza di Amerika Syarikat.

Selama 45 tahun, hidup Ken Karpman kelihatan sempurna. Lulus dengan gelaran sarjana S-1 dan MBA (Master of Business Administration) dari universiti UCLA (University of California), Karpman bekerja dengan gaji yang besar sebagai broker saham.

Dia kemudian berkahwin dengan Stephanie, dan mempunyai dua orang anak. Rutin mereka ialah melancong ke tempat-tempat mahal di seluruh dunia. Setelah 20 tahun menjadi broker, Karpman naik pangkat menjadi CEO di syarikatnya bekerja.


Gajinya pun meningkat menjadi US$750,000 setahun. “Masa itu hidup begitu indah. Kami boleh cetak banyak wang. Entah mengapa keadaan begitu tidak berterusan?” kata Karpman dalam wawancara khas dengan stesyen TV ABC. Dari segala sudut, Karpman dan keluarga pada masa itu hidup dalam “Impian Amerika” .

Mereka tinggal di sebuah rumah besar di bandar Tampa, Florida. Rumah mereka dilengkapi dengan padang golf. “Masa itu saya sudah tidak tahu berapa harga barang-barang di kedai. Kami hanya tinggal bawa troli dan ambil sahaja,” kata Karpman.

Dia pun begitu percaya diri dengan kemampuannya membuat banyak wang. Maka,pada tahun 2005 dia meninggalkan syarikat tempat dia bekerja dan membuka perniagaan sendiri. Untuk mendirikan perniagaannya sendiri sekaligus meningkatkan taraf hidup, dia Karpman mengeluarkan modal US$500,000 dari simpanannya. Seperti kebiasaan orang-orang Amerika, Karpman juga membuat kredit dalam jumlah besar dengan jaminan rumah.

Namun, badai krisis kewangan menerpa Amerika Serikat (AS). Karpman tak mampu menarik investor sehingga syarikatnya tutup. Sejak itu, dia menjadi penganggur dan sukar mendapat kerja. Padahal, di masa lalu, Karpman tak perlu sukar mencari kerja.

“Dulu, semasa temuduga kerja, saya boleh jadi bersikap kurang ajar kerana sayalah yang selalu bertanyakan penemuduga apakah syarikatnya cukup layak mempekerjakan saya,” kata Karpman dalam wawancara tersebut.

“Sekarang, saya yang berharap-harap minta kerja sambil memegang topi di tangan,” lanjut Karpman.

Dengan keadaan dia susah mendapat kerja, tabungannya habis untuk keperluan hidup dia dan keluarga sehari-hari. Bahkan, keluarga Karpman kini harus menanggung hutang ratusan ribu dolar dan rumah mewah hampir disita pihak peminjam.

Mereka pun tak mampu menanggung kos pendidikan anak-anak di sekolah swasta yang mencapai US$30,000.Namun mereka bersyukur ada seorang dermawan yang membantu menaja wang sekolah anak-anak mereka sehingga tahun depan.

Maka, Karpman sudah bertekad, kerja apapun dia akan lakukan asalkan mendapat wang. Dia pun bersedia turun darjat.

Karpman tidak lagi mencari pangakat-pangkat yang besar, dia pernah memohon kerja sebagai bartender (pelayan minuman) namun ditolak. Isterinya, Stephanie, kini juga akan menjual baju-bajunya yang banyak di almari pakaian di kedai-kedai lelong.

Akhirnya Karpman mendapat pekerjaan baru. Namun, bukan lagi sebagai eksekutif melainkan sebagai penghantar pizza di restoran Mike’s Pizza & Deli di bandar Clearwater.

Pemilik restoran, Mike Dodaro, berasa pelik semasa melihat Karpman datang ke tempatnya untuk temuduga kerja dengan memandu kereta mewah Mercedes Benz.

Dodaro pun terkejut semasa membawa CV (sejarah pendidikan dan pekerjaan) Karpman. Untuk menjadi penghantar pizza dari rumah ke rumah tidak perlu bergelar MBA dan berpengalaman sebagai pengurus broker saham.

Dengan kata lain, Karpman adalah over-qualified. Namun, Karpman tetap mengambil kerja itu.

Dia rela dibayar gaji US$7.29 sejam – belum termasuk tips.

Karpman tidak peduli dengan reaksi isterinya yang hairan dengan profesion suaminya pada masa ini. “Menurut saya, yang paling buruk adalah semasa rakan saya datang dan sambil berkata, ‘Boleh pinjam wangmu?’ Menjadi pengantar pizza pun sudah kemajuan,” lanjut Karpman.

Sumber dari Isuhangat.net

Awien Heritage == > Ini satu pengajaran yang perlu dilihat oleh kita semua..bukan selalunya kita berada diatas...dan bukan selalu nya kita dibawah..yang kaya tidak perlu bermegah kerana sekelip mata ALLAH boleh menarik segala kekayaan yang ada...renung2kan...

Monday, March 14, 2011

Info : Panas Gigitan Asmara atau Love bite Menyebabkan Gadis Kena Strok !!

Go to fullsize image

Daily Mail melaporkan seorang wanita separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung sebagai akibat gigitan asmara yang dilakukan oleh kekasihnya. Wanita yang tidak dinyatakan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Kes itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.

Para doktor mengesyaki wanita itu diserang sakit jantung walau pada mulanya gagal mengesan puncanya. Mereka kemudiannya memeriksa kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemukan punca serangan sakit jantung berkenaan.


Gigitan asmara itu menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah itu dan pembentukan darah beku. Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok.


Awien Heritage==> Mcm2...setiap yg dilarang mesti ada sebabnya kan....renung2kan..:)


Saturday, March 12, 2011

[Gambar] Tsunami di Jepun

Gempa bumi akibatkan gelombang tsunami 10m jejas ekonomi Tokyo

TOKYO: Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter dan menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh.

Agensi berita Kyodo melaporkan, gempa bumi menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran.


pix_middle

Foto

Foto

Foto


Awien Heritage ==> Kuasa Tuhan tiada siapa yang mampu melawannya...Subhanallah..Allahuakbar...

Wednesday, December 8, 2010

Dugaan di Tanah Suci Mekah

Mosques_animation.gif

Kata orang pergi menunaikan haji harus menghadapi berbagai-bagai dugaan dan cabaran. Dugaan dari Allah tidak tertanggung bagi sesetengah orang. Ia datang dalam berbagai-bagai bentuk dan situasi. Bila berada di sana, barulah kita dapat melihat dengan jelas bentuk dugaan yang dimaksudkan.

Ada orang hilang, tersesat dalam Masjidil Haram. Seharian ia tidak dapat mencari jalan keluar untuk pulang ke hotel. Bermula dari solat subuh hinggalah lewat malam baru dapat pulang. Itupun setelah bertemu dengan pegawai polis Arab Saudi yang bertugas di kawasan masjid. Pegawai polis tersebut yang menghantarnya pulang ke hotel penginapan.

Ada orang asyik merayau di sekitar kawasan hotel mencari kerbau yang entah di mana ditambatnya. Setiap kali bila ditanya hendak ke mana, beliau akan memberitahu sedang mencari kerbau. Apabila disiasat, rupa-rupanya semasa di tanahair, beliau memelihara banyak kerbau tetapi dilepaskan berkeliaran merosakkan tanaman orang-orang kampung.

Ada orang yang menjadi pelupa sehingga tidak tahu di mana isterinya tinggal. Setiap kali hendak berjumpa isteri, sentiasa tersalah bilik. Setiap kali mengetuk pintu, terkena pintu bilik orang lain. Bila dirisik-risik, rupa-rupanya semasa di tanahair dia sentiasa meninggalkan isterinya di rumah apabila pergi ke mana-mana.

Ada orang terlupa terus bagaimana hendak bersolat. Tidak ingat lagi rukun solat yang selalu diamalkannya. Entah apa yang dibuat dan dibacanya, tiba-tiba terus memberi salam. Jumlah rakaat sembahyang tidak dapat ditentukan.

Orang ada berpesan, bila berada di Tanah Suci, mulut jangan celupar. Jangan bercakap ikut sedap sahaja. Apa yang tidak pernah terfikir oleh kita, boleh berlaku di Mekah Al-Mukaramah. Dua sahabat baik boleh berpisah dan renggang. Suami isteri bergaduh dan bercerai-berai. Anak-anak boleh bergaduh dengan orang tua sendiri. Semuanya kerana mulut tidak dijaga. Bercakap tidak berlapik.

Ada juga orang yang menjadi akrab selepas berjumpa di sana. Bermula dari sentiasa bersama berulang-alik ke masjid untuk bersolat, sehinggalah pulang ke tanahair, terus menjadi sahabat bai. Ada juga cerita orang bertemu jodoh di Tanah Suci. Demikianlah kehendak Tuhan. Alhamdulillah!

Bila kita berkata makanan tidak sedap, alamat tidak makanlah kita. Berlaparlah kerana makanan yang sedap akan terus menerus meloyakan kita. Terpaksalah berbelanja besar membeli makanan yang lain yang belum tentu lazatnya. Kedai makan pula bukan seperti di sini, hendak jumpa sebuah pun susah.

Tanah Suci mengajar kita banyak bersabar dan merelakan semua cabaran dan dugaan. Mulut tidak celupar dan tidak sombong. Bercakap hendaklah melalui pertimbangan akal yang paling waras. Bergurau biar kena tempatnya agar tidak menyinggung perasaan sesiapa. Membantu orang lain patut menjadi perkara pertama yang mesti dilakukan setiap kali hari bermula.

Dugaan dan cabaran ini sebenarnya adalah untuk melatih diri semua orang. Apabila pulang nanti, kita semua ‘berkulit’ baru dengan tabiat yang baru.

Insyaallah!

Tuesday, November 16, 2010

Gelap!! Keluarkan Aku, Ya Allah!!

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat…

Tubuhku sejuk terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu.

yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan sebuah lori.

Dan darahku membasahi jalan.. ….

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat sesak menghimpit dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.

“Mengucap sayang,,mengucap……..Asyhaduallailahaillallah.. …….” ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.

Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

“Bagaimana dengan keadaannya doktor?” Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.

“Tenat”,jawab doktor dengan ringkas.

“Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha”.

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah…..

Abang!! Bukakan mataku!!

Tapi mataku…….semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. “Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah.”Abangkah yang bersuara tu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

“Tekanan darahnya amat rendah”. sayup sayup kedengaran suara doktor.

Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu…..aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.

“Yassin…….”.

Bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!

Sedetik lagi sakaratul maut akan menjemputku! Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.

Aku di ambang sakaratul maut…… Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

“Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut”.Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.

“Panas,dahaga,haus,panas……..”.tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang,”Nenek…………”.

Mari cu… ikut nenek..

“Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini”.

“Ibu……”. Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.

” Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi…..”.

”Ayah…….kau datang ayah…….”.

“Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga”.

“Nenek….ibu…..ayah…….suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

“Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah…….”. Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang.”Mari ikut kami”. manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya”Mari ikut kami”.cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang .”Apa ini,apa ini?.

AKULAH SAKARATUL MAUT!!!

Jeritan yang paling menakutkan pernah aku dengar!! Allahhhhhhhhhhhhh, sakitnyaaaaa!!!

Tubuhku seakan ditarik dan gegendang telingaku pecah mengeluarkan nanah kuning pekat.

Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.

“Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah…….”.Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.

Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun….

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. “Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya……”.

“Assalamualaikum……”. “Siapa yang memberi salam itu?”. “Aku”. “Kau siapa wahai pemuda???”. Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.

Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya……jijik,loya,aku rasa……..teramat loya melihatnya.

“Kau tak kenal aku?”. “Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini”. “Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari”. “Bohong!”.Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. “Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini”. “Akulah amalanmu yang keji……….”.

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat..Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

“Tolong….sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu……malu…..malu……!!!!!!”.

Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. “Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas….panas……..”.

Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. “Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan”. Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku’,sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.

Kotak apa ini?”Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak”. “Al-Fatihah!”Kedengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?”. Nun jauh di sana ,kelihatan tanah perkuburan kampungku. “Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!”. Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. “Perlahan-lahan”,aku terdengar suara tok imam memberitahu.”Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!”.Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

“Tanah apa ini?”. “Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah”.

“Innalillahiwa innailaihi rajiuuun…….Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali”. Kedengaran bacaan talkin dari tok imam.”Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar……..”.Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ……aku kini keseorangan.

“Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong!!!!


“Memadailah Kematian Sebagai Nasihat” Wallahualam..

sumber : isuhangat.net

Sunday, October 3, 2010

PERMOHONAN SI MISKIN DAN SI KAYA

Nabi Musa AS memiliki umat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang- panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa AS.

Ia begitu miskinnya pakaiannya compang- camping dan sangat lusuh berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa AS, "Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar Allah SWT menjadikan aku orang yang kaya. Nabi Musa AS tersenyum dan berkata kepada orang itu, "saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah SWT. Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata,

Bagaimana aku mahu banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja"!. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya.

Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa AS. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa AS, "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu.

Nabi Musa AS pun tersenyum, lalu ia berkata, "wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah SWT. Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Alah SWT?. Allah SWT telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat.

Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah SWT telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya", jawab si kaya itu.

Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allah SWT tambah kekayaannya karena ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah SWT mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaian pun yang melekat di tubuhnya. Ini semua karena ia tidak mahu bersyukur kepada Allah SWT.

Sumber : http://www.harmoni-my.org