AWIEN HERITAGE

Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Wednesday, December 7, 2011

BANGLO UNTUK APEK.....TAHNIAH DIUCAPKAN

Lagi2 ckp pasal bola kan awien ni..huhu..dah mmg te ngah demam bola sepak...banyak la cite best2 pasal pemain-pemainnya...dgr2 dah ramai anak- anak dara dah tergila2kan pemain muda ni..hehe...paling mendapat perhatian sekarang ni ialah pemain muda berbakat Nazmi Faiz mansor...so cute.


SIAP…banglo baru bakal diserahkan kepada Apek tidak lama lagi.

Dah melalut dah..ok 2 sebenarnya nak cite pasal tajuk dan gambar kat atas tu...ingat tak lagi banglo yang dijanjikan oleh kerajaan Negeri Kelantan kepada Khairul Fahmi Che Mat (APEK) yang berjaya memenangi paiala AFF kini dah siap sepenuhnya dan tunggu masa nak bagi kunci jer...

mmmm...untung kan diorang..main bola jer dapat macam2...tp berbaloi la kan..diorang semua kan mengharumkan nama negara. Kini pasukan MALAYSIA disegani oleh pasukan dari negara Asia Tenggara..syabas kepada pemain-pemain. Syabas juga tuk Apek..best nya dapat rumah baru... kalau korang nak baca artikal pasal rumah ni boleh la lawat akhbar Metro yer...

Awien Heritage --> rumah tangga belum lagi macam mana nak dapat rumah..heheheh



hasil coretan Awien Heritage 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
at 12/07/2011 Labels: sukan

Tuesday, December 6, 2011

Al-Fatihah dan Takziah kepada keluarga Khairul Fahmi Che Mat

Takziah diucapkan keluarga Apek yang telah kehilangan ahli keluarganya semalam...Semoga apek sentiasa tabah menghadapi dugaan. Di bawah adalah petikan daripada akhbar Sinar Harian.


Oleh : MOHD FAHMI ISMAIL

Tarikh : December 6, 2011
Adik Apex meninggal dunia akibat demam panas

ADIK penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat meninggal dunia akibat demam panas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

Mohd Izat, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Mek Zainab II, di sini, meninggal dunia selepas lima hari dimasukkan ke Wad 2 Delima, HUSM.

Khairul Fahmi berkata, beliau sedih dengan pemergian adiknya dan kali terakhir bertemu arwah sebelum Aidiladha, baru-baru ini.

“Saya dimaklumkan oleh keluarga keadaannya bertambah teruk dan dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) sehingga tidak sedarkan diri ketika saya menghadapi Sukan Sea di Jakarta.

“Kali terakhir saya sempat melawatnya selepas dia dipindahkan ke HUSM Khamis lalu dan ketika itu arwah tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Pohon Tanjung, Wakaf Mek Zainab, di sini, semalam.

Khairul Fahmi berkata, biarpun berlai­nan ibu, namun mereka adik-beradik tetap akrab dan arwah meminati bola sepak, namun kurang aktif dalam sukan itu.

Sementara itu, bapa arwah, Che Mat Husin, 58, terkilan kerana tidak membenarkan anak sulung daripada isteri keduanya itu meminjam keretanya.

“Dua hari sebelum arwah demam panas dan dimasukkan ke hospital, dia pernah menyatakan hasratnya meminjam kereta saya untuk membeli makanan di kedai berdekatan.

“Saya terkilan kerana tidak membenarkan arwah menggunakan kereta itu memandangkan sudah lewat (jam 1 pagi) dan biasanya saya benarkan dia menggunakan kereta itu,” katanya.

Jenazah Mohd Izat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mek, di sini kira-kira jam 5 petang sejurus selepas ketibaan Khairul Fahmi di rumah keluarganya di Wakaf Mek Zainab.

Awien Heritage --> yang hidup pasti akan mati...semoga kita semua mati dalam iman..insyaallah...
hasil coretan Awien Heritage 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
at 12/06/2011 Labels: sukan

Saturday, December 3, 2011

Kecil-kecil cili padi = Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia

Salam semua....ok jom kita cite pasal bola ckit..ni pasal si Nazmi Faiz...hero baru Harimau Muda kita...boleh kata kan Nazmi antara yang bakal menyerlah dalam sukan bola sepak kita nanti...dengan umur yang masih muda tp bakat yang ada boleh dibanggakan semua...ingat tak lagi perlawanan antara Malaysia dan Bahrain baru2 ini..walaupun Malaysia tewas 2 - 3 tetapi kita berbangga dengan jaringan yang "super power" dari Nazmi dan menjadi antara gol terbaik dunia yang dihasilkan.. ok jom baca petikan dari akhbar SINAR HARIAN mengenai gol tersebut.



BIARPUN skuad Olimpik negara pimpinan Ong Kim Swee tewas kepada Bahrain dalam Kelayakan Sukan Olimpik London Ahad lalu, namun salah satu jaringan yang dihasilkan pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor tercatat sebagai gol ketujuh terbaik dunia minggu ini.
Berdasarkan maklumat yang dipaparkan dalam laman rasmi 101greatgoals.com, anak jati Lembah Keramat, Kuala Lumpur itu mencuri perhatian dunia selepas meledak gol pembukaan negara dari jarak 30 meter.

Tambah manis, dia menjadi pemain termuda yang berjaya memasuki carta jaringan terbaik sepanjang minggu ini biarpun baru berusia 17 tahun.
Karier perjalanan Nazmi bermula dengan bergabung bersama skuad Harimau Muda B yang kini beraksi dalam kancah Liga Perdana musim 2011.

Selepas itu, kecederaan yang menimpa Gary Steven Robbat menyebabkan Nazmi dipanggil Kim Swee bagi memperkuat skuad bawah 23 negara untuk menghadapi temasya Sukan Sea Jakarta, bulan lalu.

Walhal, pada saat itu, Nazmi sedang beraksi mewakili pasukan bawah 19 negara pada kejohanan di Vietnam. Namun, seperti sudah tersurat, kehadiran Nazmi membawa tuah apabila membantu rakan sepasukan mempertahankan pingat emas Sukan Sea dimenangi di Laos dua tahun lalu serta tersenarai pada pertemuan berdepan Syria dan Bahrain.

Kini, namanya meniti puncak kemasyuran seperti dikecapi pemain yang lain. Namun harus diingat, Nazmi masih muda dan memerlukan penjagaan rapi daripada semua pihak bagi mengelakkan jangka hayat pemain yang mendapat jolokan ‘Kaka Malaysia’ ini ‘tidak panjang’ gara-gara publisiti yang melampau.

Malah, Kim Swee sendiri melahirkan kerisauan terhadap Nazmi yang mula mendapat tumpuan peminat dan media selepas berakhirnya kempen pertandingan bola sepak Sukan Sea lalu.


Senarai ranking penjaring gol terbaik di dunia minggu ini:

1. Kevin Prince Boateng (AC Milan lwn Barcelona, 23 November 2011)
2. Bruno Mezenga (Crvena Zvezda lwn Smederevo, 23 November 2011)
3. Yohann Eudeline (Sedan lwn Laval, 25 November 2011)
4. Dylan McGeouch (Celtic lwn St Mirren, 26 November 2011)
5. Jam Schlaudraff (Hannover lwn Hamburg, 26 November 2011)
6. Salif Hanifi (Saida lwn Kabylie, 26 November 2011)
7. Nazmi Faiz Mansor (Malaysia B23 lwn Bahrain B23, 27 November 2011)
8. Tim Brown (Wellington Pheonix lwn Sydney CF, 27 November 2011)
9. Inigo Martinez (Real Sociedad lwn Real Betis, 27 November 2011)
10. Damian Alvarez (Tigres lwn Pachuca, 27 November 2011)

Awien Heritage --> suka tgk peminat2 bola yang fanatik.. :)
hasil coretan Awien Heritage 12 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
at 12/03/2011 Labels: sukan

Wednesday, November 23, 2011

JOM SEMARAKAN BUKIT JALIL PLAK..HARIMAU MUDA LWN SYIRIA

Penat sorakan final bola sepak sukan sea belum hilang...hehe..belum lagi pemain yang berhempas pulas di padang...Malam ini ada satu lagi perlawanan melibatkan HARIMAU MUDA. Kini HARIMAU MUDA berjuang dalam kelayakan Sukan Olimpik 2012 pula. Jom ramai2 rakyat MALAYSIA memberi sokongan padu untuk HARIMAU MUDA kita...Menang kalah adat pertandingan kan...yang penting sokongan dan doa adalah senjata utama kepada pemain untuk memberi semangat.


AYUH HARIMAU MUDA KEMBALIKAN KERIUHAN DI BUKIT JALIL

AUMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM



hasil coretan Awien Heritage 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
at 11/23/2011 Labels: sukan

Monday, November 21, 2011

DOAKAN HARIMAU MUDA JUARA BOLA SEPAK SUKAN SEA 2011

Ayuh kita sama-sama doakan semoga Skuad Harimau Muda dapat membaham Skuad Garuda malam ini....

SIARAN LANGSUNG JAM 8.30 mlm di RTM, TV3,ASTRO

HARIMAU PASTI MENGAUMMMMMMMM..UMMMMMMM



hasil coretan Awien Heritage 6 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
at 11/21/2011 Labels: sukan

Wednesday, November 16, 2011

Jom bagi sokongan kepada Pasukan bola sepak kita di Palembang

SemoGa pasukan Harimau malaya terus kan berjuang...Agak-agak pasukan kita berarak ke stadium nak kereta kebal tak? hehe..



TERUSKAN BERJUANG WIRA WIRANITA UNTUK MENGHARUMKAN NAMA MALAYSIA...MALAYSIA BOLEHHHH!!!!!!!
hasil coretan Awien Heritage 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
at 11/16/2011 Labels: sukan

Sunday, October 30, 2011

TAHNIAH N9...ORANG GANU JGN SEDIH2 ...Mari pakat belajar loghat ganu lu...:)

Orang-orang ganu jgn sedih-sedih...Adat pertandingan ada menang ada kalah..apa-apa pun PENYU tahun depan pastikan PIALA MALAYSIA bawak balik ganu mule neh...


Apa yang menarik malam tadi semua gol yang dihasilkan, hasil daripada anak jati Terengganu..
Gol pertama : Ashaari Samsudin ( Pemain terbaik buleh katakan)
Gol Kedua : Sharbinee Alawi ( sabor je laa...)
Gol Ketiga : Hairuddin Omar ( Mung memang wira bro)

Keputusan perlawanan akhir PIALA MALAYSIA 2011

Negeri Sembilan 2 lwn Terengganu 1

Meh pakat belajor bahase ganu...
se - satu
duwe - dua
tige - tiga
pak - empat
lime - lima
nang - enam
tujoh - tujuh
lapang - lapan
smilang - sembilang
spuloh - sepuluh
pisa - pisau
korang - alat kukur kelapa
sik agang - nasi dagang
payyang - tempayan
Senyung Sokmo - Senyum Selalu
maghi sokmo - datang selalu
manih leting - sangat manis
masang rebang - sangat masam
pahik lepang - sangat pahit
gi selalu - pergi sekarang
dok dang starang - betul-betul tak sempat
sapok jauh - sangat jauh
panah so oh - panas (bahang matahari)
panah sang - terasa sangat panas (marah)
panah ketik - sangat panas (api)
panah ketik/panah dering - sangat panas (api/cahaya matahari)
sejuk siyat/sejuk ketto - sangat sejuk
'gugha bewok - bergurau yang melampau (boleh menyebabkan pergaduhan)
comel lote - sangat comel
putih slepput - sangat putih
itang legang/itang bletung - sangat hitam
punoh jahanang/ punoh ranoh - rosak teruk
kelecak baghak - terpelanting
nipih nayyang - sangat nipis
sekat neting - sangat singkat (kain)
sepoh woh - sangat bersepah
guaner gamok? - Apa kahabar?
guaner balah? - macam mana?/apa cerita?
tak dok guaner - tak ada apa-apa
tak mboh eh - tak nak lah
nawok - tipu
pelawok - tipu
nakok pahik - sangat penakut
kona lepe - corner baring
taik ayang muna - tahi ayam cair (warna coklat)
gateh/gohek - kayuh basikal
seghabuk perok - stress/tension
busuk bango/busuk kohong - sangat busuk (bau)
Mak Nga - cuai
babei - degil
belebe beghong - membebel (kuat membebel)
plastik ghokghak/jabir/ghajuk - plastik
ranggoh/kedaghoh - makan dengan gelojoh
jereba - terkam
kellong/plekong - baling (contohnya baling batu)
Hungga - menerpa
Nellah pale bau - gelecet/kerkopak kulit kepala bahu
maha ge bedil - mahal sangat
takdok aghoh - habis ikhtiar
mamoh - kunyah
khekoh - gigit
buleh pekdoh - dapat padah
seppoh woh - bersepah-sepah
puah - boring
puah sang - keboringan
kekgi - kejap lagi
bedo'oh - lebih-lebih
bodo do'oh lalu - sangat bodoh
kehek - keluarkan semula dari mulut gemok
debbo' - sangat gemuk
dok rok meppeh - sangat2 tak larat
dok rok cettong - tak bo leh diharap
kepeh blepeng - sangat kempis
lapo perot - lapar (kata berangkai2, bila lapar, mesti selepasnya kena ada perut)
ngatok mate - mengantuk
bahang rambang - mengarut (contohnya buat kerja tak ikut prosidur/tak teratur)
takdok arroh - tak ada daya dah
awok-awok mung - kawan-kawan awak
puwok-puwok mung - kawan-kawan awak
sabboh doh - sesuai dah
dok sabboh -tak sesuai
besor jereguk - sangat besar
penoh nembok/penoh rumbu - sangat penuh sampai melimpah
kuruh kering - sangat kurus
kecok - korang tengok kalau org sakit sebelah kaki mcm mana dorg berjalan.. itu la dinamakan kecok
gege- bising (org klate pun panggil 'gege' gak)
suke glekek - ketawa yang teramat (menunjukkan sangat happy)
dulli mung - apa kau peduli
hok tule - yang sama
supe tule - sama
besor bapok - sangat besar
besor gong - sangat besar
kece' tuwek- sangat kecil
rengang lepong - sangat ringan
ketik nyyamok - digigit nyamuk
kkatok wong - maksudnya katak la..yang "wong" tu adalah bunyi katak...haha...
dok tau starang - tak tau langsung (starang tu perkataan menguatkan perkataan 'tak tau')
agah - sombong
biar soheh - biar betul/ biar confirm
soheh dok mung? - kamu pasti ke?/betul-betul ke?
ape ke jadoh mung ning - apa ke hal kamu ni
takdok pekdoh - tak ada guna dok
auu gok - tak tahu lah
auu - tak tahu
bape yya - berapa rial (berapa ringgit)
anguh lettong - sangat hangus (sampai hitam)
bata golek - bantal peluk yang panjang
anok branok - anak beranak
boloq woq - serabut (keadaan)
serabut perok - sangat serabut (perasaan)
bahang/tibang/godang - pukul ppuang - perempuan
jluwah - comot
culah - cuai
cekik - cubit
kutir - cubit yang menyakitkan (cubit halus)
cobek - cuil (contohnya cubit kuih sedikit)
iseng - gila
ikang aye - ikan tongkol
keloh - berkelah
tunggu tor - tunggu kejap
kupik/taik idong masing - kedekut
ngerek awek - bawa awek
lembek - tilam
atah lambo - atas beranda
atah retok - atas titi
meroh merang - sangat merah
musing ligak - berpusing2 dengan laju
musing ketang - berpusing (seolah-oleh pening)
ngoyang - meroyam
nyekik - menyampah
nyakik nyamang - jaga tepi kain
nye nyeh - mengejek (dalam bergurau)
nganjing - mengejek (lagi kasar dari nye nyeh)
nisang - gula melaka
skek - sikit
sejik - masjid
bala soh - surau
sekuk meri - biskut merrie
sorok - laci/drawer
tawo hebbe - sangat tawar
tohok - buang
pendek keto' - sangat pendek
se'eh perok - sangat kenyang
boyeh - buncit
senyak tuppah - senyap sunyi (tak ada bunyi langsung)
wak per pulok - sebab apa pula
tinggi sayuk - amat tinggi
beso jallo - sudah besar/dah dewasa (orang)
kecik tuwek/kecik tuek - sangat kecil
pucak lesi/pucak kesi - sangat pucat
bising bango - sangat bising
hudoh sepang ko' ong - sangat2 hodoh
tupol glebek - sangat tumpul
glebek nyeng - gatal (mcm mengada-ngada la)
gelak guguk - sangat gelap (tak nampak apa)
woh hulu - kueh bahulu
tubek - keluar
derak - keluar berjalan-jalan
keleik - balik
kelek wak lari - kendong bawa lari
beng ikang - van yang bawa ikan
kalang - pensil
wang esang - duit pemberian jkk ....hehehehe(negeri lain ada ker?) hakhak

Awien Heritage --> nampaknya ramalan awien semalam terbalik daaaaaa....apa2 pun tahniah kepada kedua-dua pasukan..korang telah tunjukan semangat kesukanan yang tinggi..kepada TERENGGANU teruskan usaha di tahun depan...Molek panggil HAI-O main untuk TRG musim depan...keguane pihak PBSNT...:)
hasil coretan Awien Heritage 4 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
at 10/30/2011 Labels: sukan

Saturday, October 29, 2011

SIAPA JUARA PIALA MALAYSIA 2011 MALAM INI??????

Perlawanan Akhir Piala Malaysia malam ni pasti mengundang debaran kepada peminat2 bola sepak Malaysia...perlawanan antara skuad sang Penyu dan skuad Jang hobin...Awien antara peminat yang pasti melekat depan kaca TV selama 90 minit..

Bagi awien pastinya skuad penyu menjadi pilihan..hehe..ialah kan mesti lah minat pasukan negeri sendiri...semangat peteh ganu peteh menebal dalam hati..walaupun tidak ke stadium, sokongan dan doa sentiasa mengiringi pasukan peteh...

Kepada kedua-dua pasukan selamat berjuang ketitisan peluh terakhir...huhu....

piala malaysia 2011 Keputusan Piala Malaysia 2011. Terengganu VS Negeri Sembilan. Mana Pilihan Juara?

Ramalan untuk malam ni bagi awien TERENGGANU 2 lwn N9 1


Trio 'A' taruhan terbaik Terengganu


dari kiri: ABDUL HADI, ABDUL MANAF, dan ASHAARI


hasil coretan Awien Heritage 2 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
at 10/29/2011 Labels: sukan

Monday, October 24, 2011

Marco Simoncelli Meninggal Dunia

marco_simoncelli_in_moto_0d83

SEPANG: Pelumba, Marco Simoncelli dari pasukan San Carlo Honda Gresini meninggal dunia selepas berlaku kemalangan pada pusingan pertama Perlumbaan Motosikal Grand Prix (MotoGP) Shell Advance Malaysia 2011di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad.

Topi kaledar yang dipakai Simoncelli, 24 tertanggal selepas terjatuh.

Dua lagi pelumba yang terlibat dalam kemalangan, Colin Edward (Monster Yamaha Tech 3) hanya mengalami kecederaan di bahu dan Valentino Rossi(Ducati) tidak mengalami sebarang kecederaan.

SIMONCELLI

Menurut Pengarah Perubatan, Dr Michele Macchiagodena, Simoncelli telah diberi bantuan pernafasan namun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada pukul 4.56 petang.

Simoncelli dilaporkan mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, leher dan dada.

Sumber : mStar online

hasil coretan Awien Heritage 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
at 10/24/2011 Labels: sukan

Saturday, October 15, 2011

2 Ganu Nelang!

Hebat..itu sahaja yang boleh diucapkan kepada pasukan bola sepak Terengganu..2 pasukan daripada negeri penyu layak kepusingan separuh akhir piala malaysia..Terengganu dan T-Team...harap-harap final nanti adik abang dpt bertembung antara satu sama lain..tp pening jugak nak sokong pasukan mane satu...hehe...apa-apa pom buat yang terbaik separuh akhir nanti yer....I LOVE NEGERI GANUNG..MUNG MEMANG NELANG R


Pemain Terengganu merai kejayaan ke separuh akhir Piala Malaysia setelah mengalahkan Kelantan 5-3 secara agregat. - UTUSAN/ Aizzul A.Majid

ASHARI (kanan) menjaringkan gol kedua Terengganu pada suku akhir  kedua di Stadium Sultan Muhammad, malam tadi.
ASHARI (kanan) menjaringkan gol kedua Terengganu pada suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad, malam tadi.


Selangor, T-Team, NS turut cipta nama layak ke saingan separuh akhir

PENYANDANG juara Piala Malaysia, Kelantan tersingkir selepas tewas 5-3 secara agregat kepada juara Piala FA, Terengganu selepas keputusan seri 2-2 dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Sultan Mohamad IV malam tadi sambil T-Team turut mengukir bangga apabila mengatasi Sabah, 2-1 dan agregat 4-2.
Menguasai saingan sepanjang 17 minit pertama, Kelantan gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang sebelum Ashari Shamsudin menewaskan Khairul Fahmi Che Mat dengan bola lambung hasil umpanan Abdul Hadi Yahaya dalam serangan balas pada minit ke-18.
Di depan lebih 40,000 penyokong setia, The Red Warriors cuba bangkit tetapi skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim lebih tenang dalam mengatur serangan balas dan mendahului dua gol sebelum rehat apabila Ashari sekali lagi menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi pada minit ke-40.

Terengganu meneruskan asakan di babak kedua tetapi juara Liga Super, Kelantan yang dibimbing Datuk M Karathu merapatkan jurang pada minit ke-54 menerusi Azamudin Akil hasil kesilapan penjaga gol Sharbinee Allawee dan mengikat kedudukan menerusi sepakan penalti Badhri pada minit ke-70 selepas bola terkena tangan kapten Terengganu, Marzuki Yusof.

Keajaiban mencari dua lagi gol tak kesampaian dan juara Piala FA Terengganu yang menang 3-1 di Kuala Terengganu, lebih berhak ke separuh akhir apabila bertahan kental memastikan kedudukan 2-2 kekal hingga tamat.

sumber daripada berita harian
hasil coretan Awien Heritage 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
at 10/15/2011 Labels: sukan

Tuesday, July 26, 2011

Harimau Malaya Pasti Mengaum...Malaysia Boleh

Semua tahu Pasukan Harimau kita ketinggalan 2 gol pada perlawanan pertama menentang skuad singa yang menyaksikan Singa membaham Harimau dengan 5 berbalas 3. Itu bukan bermakna Harimau mahu mangalah...Ayuh hero2 Malaysia pastikan kita menang di Stadium Bukit Jalil nanti..insyaallah amin...Lawan habis habisan....Malaysia Pasti Boleh!!!!!

Ayuh rakyat Malaysia kita bagi sokongan padu untuk memastikan skuad Harimau kita terus berjuang pada 28/07/2011 nanti di Bukit Jalil...

Wira-Wira Malaysia

Malaysia_vs_singapore_23_july_2011
hasil coretan Awien Heritage 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
at 7/26/2011 Labels: sukan

Wednesday, June 29, 2011

Harimau Malaya Pasti Boleh


Malam ini skuad Harimau Malaya bakal berdepan dengan Taiwan dalam pusingan pertama, kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kepada anak buah Rajagopal, anda memang skuad yang terbaik untuk membawa Malaysia ke pentas piala dunia..insyaallah...

Awien Heritage score untuk malam ini
Malaysia 2 - Taiwan 0



SKUAD kebangsaan menjalani latihan sebagai persiapan terakhir menghadapi Taiwan di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam.


KETUA pasukan bola sepak Malaysia, Syafiq Rahim (kiri) bersalaman dengan ketua pasukan bola sepak Taiwan, Chen Yu Lin pada sidang akhbar perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 di Wisma FAM, Kuala Lumpur, semalam. - Foto Osman Adnan

KETUA pasukan bola sepak Malaysia, Syafiq Rahim (kiri) bersalaman dengan ketua pasukan bola sepak Taiwan, Chen Yu Lin pada sidang akhbar perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 di Wisma FAM, Kuala Lumpur, semalam. - Foto Osman Adnan

Sumber foto dari Berita Harian dan Kosmo
hasil coretan Awien Heritage 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
at 6/29/2011 Labels: sukan

Sunday, June 12, 2011

TERENGGANU JUARA PIALA FA 2011

TERENGGANU 2 - KELANTAN 1

Terengganu menjulang piala FA semalam

Tahniah, Tahniah, Tahniah untuk skuad penyu...ternyata penyu tidak lagi menangis.....syabas kepada hero2 Terengganu kerana tidak putus semangat hingga titisan akhir...Apa yang boleh disimpulkan perlawanan akhir semalam...memang yang terbaik pernah AHE tonton. Dengan berbekal baki beberapa saat Terengganu berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan gol sendiri skuad kelantan. Semangat juang begini harus dikekalkan untuk memartabatkan sukan dimata dunia..Harap-harap lepas ni Terengganu dapat menjulang Piala Malaysia pula. Hasil ramalan AHE (entry semalam)yang dibuat semalam juga tepat...hehehe...

Penjaring:

Terengganu - Mohd Daudsu Jamaluddin (gol sendiri pada lima minit tambahan),
Ahmad Nordin Alias (min-109)


Kelantan - Mohd Nurul Azwan Roya (min-79)


hasil coretan Awien Heritage 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
at 6/12/2011 Labels: sukan

Saturday, June 11, 2011

Piala FA final Penyu lwn Kijang

http://img718.imageshack.us/img718/4946/dsc0054ju.jpg

Pasukan manakah yang bakal menylang Piala FA malam ini???????
Bagi aku tentulah sokong negeri kelahiran sendiri Terengganu..korang???? Harap harap skuad penyu berjaya membawa pulang piala tersebut. Ayuh wira2 ganung..."mung seme bulehhhhh" "peteh terengganu peteh"

score Awien Heritage untuk mlm ni
Terengganu 2 - Kelantan 1


Awien Heritage ==> harap2 HAZAMA juara AF9 esok...hehehe

hasil coretan Awien Heritage 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
at 6/11/2011 Labels: sukan

Tuesday, January 4, 2011

Tuah penjaga Gawang

Rumah untuk Khairul Fahmi

Awien Heritage berkata-kata==> tuah ayam nmpk dikaki tuah KFCM (shortcut nma khairul fahmi) nmpk ditangan...hehe....akibat kekebalan menjaga gawang beliau dihujani dengan pelbagai bentuk ganjaran...Tahniah 'apek'kerana kerajaan kelantan sudi memberi sebuah rumah sebagai ganjaran.......Teruskan berusaha untuk terus mengharum nama Malaysia supaya tercatat antara negara yang disegani dalam dunia bola sepak....insyallah....(muka KFCM mcm hero2 korea pom ada kan)hehehe....


MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (kiri) menyampaikan cenderamata kepada penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atas kejayaannya mengharumkan nama Kelantan dan negara.

PENJAGA gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menerima khabar gembira apabila Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan pemberian hadiah berupa sebuah rumah ekoran kecemerlangannya membantu Malaysia muncul juara pada Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 yang berakhir di Jakarta minggu lalu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri bangga atas kecemerlangan anak muda itu membantu skuad kebangsaan muncul juara pada kejohanan tersebut.

Menurut beliau, sebagai mengenang budi dan menghargai jasanya yang berbakti melalui bola sepak, kerajaan negeri memutuskan untuk menghadiahkan sebuah rumah kepada Khairul Fahmi.

"Kita akan tetap beri hadiah. Itu kenyataan saya (pemberian sebuah rumah) dan segala butiran mengenai pemberian hadiah tersebut akan dilaksanakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Abdul Fattah Mahmood.

"Lokasi dan nilai rumah tersebut belum ditentukan. Bila kita menang bola sepak, kita dapat medal. Hadiah medal ini orang berebut satu dunia.

"Oleh itu, berapa nilai sesuatu hadiah ini sebenarnya tidak penting," katanya kepada pemberita selepas meraikan wira negara itu di Kota Bharu semalam.

Pada majlis itu, lebih 3,000 peminat dan penduduk kampung membanjiri sekitar kampung Cherang dekat Kota Bharu untuk menyambut kepulangan wira negara itu.

Khairul Fahmi yang menaiki kereta pacuan empat roda diiringi oleh 40 buah motosikal, tiba di kampung kelahirannya kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

Ketibaanya disambut oleh kedua ibu bapanya, Che Mat Hussain dan Bidah Ibrahim.

Terdahulu dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz turut memberitahu bahawa bersukan merupakan suatu riadah yang sangat dituntut dalam agama Islam.

"Kita perlu seimbangkan antara tuntutan dunia dan akhirat. Bersukan boleh tetapi kita jangan lupa solat. Solat membentuk keperibadian akhlak yang mulia. Kita jangan terlibat dalam gejala najis dadah.

"Nabi kita dahulu pun bersukan juga. Masa saya berumur 11 tahun ketika zaman perang Jepun, saya menunggang kuda dengan beberapa adik-beradik dan kemudian saya menang," ujarnya.

Tambahnya, kerana terlampau gembira, beliau mengangkat kedua-dua tangan dan secara tiba-tiba seekor biawak melintas.

"Lalu kuda yang saya tunggangi itu pun terkejut dan saya pun jatuh. Sampai sekarang kesakitan itu masih terasa," jelasnya

Nik Abdul Aziz turut memberi nasihat kepada bintang muda itu agar jangan mudah lupa diri setelah dijulang sebagai wira bola sepak negara.

"Dia masih muda dan perlu menjaga diri dengan baik. Dengan bakat yang ada, dia boleh menonjol sampai bila-bila. Kita menghargai bakat dia serta keluarga dia, sebab itu kita berjanji nak beri hadiah rumah kepadanya," katanya.

Kejayaan skuad negara muncul juara kejohanan itu telah mengakhiri penantian sejak 14 tahun lalu.

sumber berita dari Kosmo...

hasil coretan Awien Heritage 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
at 1/04/2011 Labels: sukan

Thursday, December 30, 2010

PM Najib dan Pemain MU Rio Ferdinand ucap tahniah


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemenangan Malaysia dalam perlawanan akhir Piala Suzuki-AFF adalah sesuatu yang membanggakan.

“Ini adalah malam paling gemilang dalam bola sepak Malaysia. Pasukan muda memberikan kita kebanggaan dan kita mesti bina kejayaan ini untuk menggerakkan bola sepak maju ke depan pada tahap yang lebih tinggi.


“Ini bagi memastikan apa yang kita capai malam ini bukan satu yang sepintas lalu, tapi permulaan dalam sejarah bola sepak kita sebagai yang besar,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama, malam tadi.

Beliau melahirkan harapan pencapaian pasukan bola sepak Malaysia akan menjadi inspirasi kepada belia negara.


Najib juga mengucapkan tahniah kepada jurulatih pasukan Malaysia, K Rajagobal, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan semua penyokong bola sepak negara.


Malaysia menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 pada perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia, malam tadi.

dan ini pula petikan kata-kat pemain hebat Manchester United Rio Ferdinand mengucapkan tahniah...cam xcaya lak...hehehe....apa2 MALAYSIA MEMANG HEBAT!!!!!!!!

“Saya pernah menentang skuad bawah 23 tahun Malaysia 18 bulan lalu, mereka sebuah pasukan yang bagus. Tahniah kepada Malaysia,” kata pemain itu di laman sosial twitter.com peribadinya.

hasil coretan Awien Heritage 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
at 12/30/2010 Labels: sukan

Malaysia JUARA Piala SUZUKI Agregat 4 - 2

HARIMAU MUDA HERO MALAYSIA YOU ALL THE BEST IN THE WORLD!!!!!!!!!!!!!!!!

Itu perkataan yang layak diberikan kepada hero2 kita.....Sudah lama rasanya Rakyat Malaysia sepi memperkatakan tentang bola sepak kita....Nah sekarang K.Rajagopal membuktikan keupayaan membawa perubahan pada skuad yang dah lama menyepi di mata peminat Malaysia...Dengan mengetengahkah barisan yang boleh dikatakan muda2 K.Rajagopal berani mengambil risiko...Dan ternyata ia membuahkan hasil yang sungguh menakjubkan kita semua....tahniah sekali lagi diucapkan....ANDA SEMUA THE BEST!!!!!!!!!!

Khairul fahmi, Safe Sali, Nor Shahrul Idlan Talaha, Safek Rahim antara nama2 yang meniti dibibir peminat2 Malaysia...Ayuh buktikan kepada kami semua anda boleh lakukan yang lebih baik dimasa2 akan datang......KORANG HERO DIMATA KAMI SEMUA......

MALAYSIA 4 Indonesia 2
hasil coretan Awien Heritage 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
at 12/30/2010 Labels: sukan

Wednesday, December 29, 2010

Sekadar Ramalan Malaysia 2 Indonesia 1

Tajuk Entry sekadar Ramalan AWIEN HERITAGE.....huhu...kalau MALAYSIA lg banyak score pom ok gak...AYUH rakyat MALAYSIA kita pakat Sokong wira kita berjuang....Usah layan komen2 Negatif Penyokong Fanatik Indonesia...Biar kita menerima kutukan itu dengan tenang.....

AYUH HERO2 HARIMAU MELAYA BANGGAKAN RAKYAT MALAYSIA, KEMBALIKAN MARUAH BOLA SEPAK KITA DIMATA DUNIA.......

MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 1 MALAYSIA
hasil coretan Awien Heritage 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
at 12/29/2010 Labels: sukan

Monday, November 9, 2009

Gomo kelate gomo...Aduhai...


Akibat terlampau fanatik terhadap sesuatu benda..akibat nya org lain jd mangsa...Ni la org kate semangat kesukanan tiada dalam diri..lebih kepada ikut kate hati..kesian KAFA terpaksa byr akibat perbuatan tidak bertanggungjawab penyokong Kelate...
hasil coretan Awien Heritage 2 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
at 11/09/2009 Labels: sukan
Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Makkah Al-Mukarramah

Makkah Al-Mukarramah

Madinah Al- Munawwarah

Madinah Al- Munawwarah

Group Haramain

Group Haramain

Syukur Alhamdulllah

Syukur Alhamdulllah

Lokasi Percutian Idaman

Lokasi Percutian Idaman

Idaman Hati

Idaman Hati

Impian

Impian

SAHABAT TEMAN KAWAN

PELAWAT YANG DIKASIHI

free counters

PELAWAT

online

AWIEN HERITAGE

My photo
Awien Heritage
Lihat dengan mata hati bukan dengan akal fikiran semata-mata... hidup mesti ceria dan hilangkan tekanan dalam diri... "Letakkan dunia itu di tangan, Akhirat di hati, supaya dunia itu senang dibagi-bagi dan akhirat dibawa mati"
View my complete profile

KATA-KATA MOTIVASI

"Pemimpin dalam menghadapi anak buahnya perlulah adil dan usah terburu-buru membuat keputusan apatalah lagi mengeluarkan bahasa yang tidak menyenangkan. Dengar dan siasat dengan teliti sebarang permasalahan sebelum menjatuhkan keputusan apatah lagi hukuman. Ibarat pemburu yang menembak rusa di hutan. Sebelum menembak pastikan ianya rusa dan bukan manusia. Terburu-buru menembak buruk padahnya" (Entah)

KATA-KATA MOTIVASI

Aku bukan sudah cukup baik, tapi aku cuba untuk jadi yang terbaik dan aku cuba untuk berubah, Bukan kerana sesiapa tapi kerana Allah :')

KATA-KATA MOTIVASI

"Ya Allah Ya Rabbi, jadikanlah aku, keluargaku serta anak keturunanku termasuk hamba2 yang melaksanakan kewajibanMu serta sunah NabiMu."

KATA-KATA MOTIVASI

"Pemimpin dalam menghadapi anak buahnya perlulah adil dan usah terburu-buru membuat keputusan apatalah lagi mengeluarkan bahasa yang tidak menyenangkan. Dengar dan siasat dengan teliti sebarang permasalahan sebelum menjatuhkan keputusan apatah lagi hukuman. Ibarat pemburu yang menembak rusa di hutan. Sebelum menembak pastikan ianya rusa dan bukan manusia. Terburu-buru menembak buruk padahnya" (Entah)

KATA –KATA MOTIVASI

"Orang yang bertanya kerana tidak tahu adalah orang yang bodoh buat sementara waktu, tetapi orang yang enggan bertanya setelah ia sedar yang ia tidak tahu adalah orang yang bodoh buat selama-lamanya."

ARCHIVE

  • ▼  2016 (1)
    • ▼  March (1)
      • La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin
  • ►  2015 (16)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (2)
    • ►  September (5)
    • ►  July (2)
    • ►  February (1)
  • ►  2014 (11)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (4)
    • ►  January (5)
  • ►  2013 (149)
    • ►  December (8)
    • ►  November (11)
    • ►  October (29)
    • ►  September (25)
    • ►  August (11)
    • ►  July (22)
    • ►  June (7)
    • ►  May (8)
    • ►  April (14)
    • ►  March (2)
    • ►  February (7)
    • ►  January (5)
  • ►  2012 (74)
    • ►  December (7)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  July (6)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (14)
    • ►  March (11)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2011 (309)
    • ►  December (15)
    • ►  November (13)
    • ►  October (20)
    • ►  September (14)
    • ►  August (10)
    • ►  July (30)
    • ►  June (26)
    • ►  May (44)
    • ►  April (26)
    • ►  March (33)
    • ►  February (27)
    • ►  January (51)
  • ►  2010 (302)
    • ►  December (55)
    • ►  November (79)
    • ►  October (55)
    • ►  September (37)
    • ►  August (25)
    • ►  July (16)
    • ►  June (8)
    • ►  May (6)
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (5)
    • ►  January (7)
  • ►  2009 (203)
    • ►  December (21)
    • ►  November (33)
    • ►  October (25)
    • ►  September (7)
    • ►  August (20)
    • ►  July (27)
    • ►  June (21)
    • ►  May (4)
    • ►  April (9)
    • ►  March (17)
    • ►  February (13)
    • ►  January (6)
  • ►  2008 (11)
    • ►  March (8)
    • ►  February (3)

SAHABAT TERCINTA

  • Coretan Hati...
    Birthday K.nor
  • All About Mylife..
    7 Waktu yang Tepat untuk Minum Air Putih
  • nurr
    Almond choc chip from Cik Nor
  • Nature Stories
    Syukur Alhamdulillah Kencing Manis sudah Tiada
  • ..::Aku CinTa Di CouPLe::..
    PART 4: OUR JUNIOR JOURNEY (RESULT TVS)
  • "KeH!dUpaN Ku"&"KEnAngAnKu"
    Qaseh qold
Show 5 Show All

Blog Artis

  • Zahiril Adzim
    tak faham
    8 years ago
  • ZED ZAIDI DARE TO DREAM!!
    LAMA BETUL AKU TAK MENAIP.... TAPI AKU RASA AKU...
    9 years ago
  • Lan Kristal
    Tokyo - Day 3
    9 years ago
  • Hanis Zalikha
    Pasal Toujours Advanced Collagen Shots
    11 years ago

Blog Hiburan

  • RotiKaya
    “Dia Minta Maaf Bagi Pihak Kakak” – Kakak Umisya Dedah Adik Marissa Pernah DM
  • Sensasi Selebriti
    Lagu ‘Yo Yo Raya’ dari The Aura Semarak Aidilfitri Imbau Nostalgia Desa
  • Beautiful Nara
    “Awal Sangat Bersorak, Marissa Dania Dah Buat ‘U-Turn'” – Netizen
  • OHBULAN!
    Lelaki Kurus Kering Meninggal Dunia Sambil Peluk Bekas Makanan – ‘Walaupun Bergaduh Adik-Beradik Jangan Sampai Berdendam’
  • Media Malaya
    VVD
  • Berita terkini
    Syafinaz Yunus: Seronok beraya di bilik berita
  • Siakap Keli News
  • Astro Gempak – Berita Hiburan Malaysia Terkini, Drama & Filem Melayu
  • mStar Online
Show 5 Show All

Awien Suka Baca

  • MY ADHA | Sumber Maklumat, Berita, Kerjaya, Jawatan Kosong dan Pendidikan
    Penjawat awam kerja dari rumah 3 hari seminggu, sektor keselamatan dan pertahanan, kesihatan serta pendidikan dikecualikan
    4 hours ago
  • HASRULHASSAN.COM™
    Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar Telah Berlaku
    3 weeks ago
  • Moon punyer blog
    Langsir Murah di Sarah Hughes Globe KL
    1 year ago
  • ondscene
    Jawatan Kosong Toyota Capital Malaysia
    6 years ago
  • Red Mummy
    Perginya Mak Ajah … Alfatihah
    6 years ago
  • Elia : Short & Sweet
    Itinerary Trip dan Bajet Krabi 2017
    7 years ago
  • Abil - Warkah Buat Isteri
    Moral of the Story..
    8 years ago
  • Bersama Mazidul
    VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)
    10 years ago
  • Mazlin Chik Inn Nordin
    Sesat di hutan dan tumpang kereta di tepi jalan.......
    11 years ago
  • AREEIBAF Homestay

Bicara Politik

  • chedet.cc/
    APA PADA NAMA
    4 years ago
  • YB Senator Dato' Haji Abdul Rahman Bakar
    SELAMAT ULANG TAHUN KE 68 "BOSSKU" YB DATO' SRI NAJIB RAZAK
    4 years ago
  • RIDHUAN TEE
    Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi
    6 years ago
  • Mohd Saiful Bukhari Azlan
    BERKAT DOA, ISTIQAMAH, SABAR SELAMA 8 TAHUN
    9 years ago
  • ZULKIFLI BIN NOORDIN
    AL-AQSA MENANGIS DARAH!
    10 years ago

AKHBAR ONLINE

  • Kosmo Online
  • Utusan Online
  • myMetro
  • Berita Harian Online

LABELS

Agama Akhbar Aktiviti al-fatihah awien heritage Azam Bella cabaran cerita lawak Cerpen deko Doa Fakta fakta atau Auta Fanatik fareware Filem Gembira h Hadiah hepi besday iktibar impian Info Info Artis Ingatan Inspirasi isu semasa Jalan-jalan kahwin kebesaran allah kenangan Kereta kisah benar kisah duka kisah nabi kisah nabi dan para sahabat Kisah orang berjaya koleksi kreatif Lagu / video Laptop Lawak Lirik Luahan Perasaan makan-makan Makanan Man United Memeluk Islam Memory Mesyuarat mutiara kata My self Nasihat nuffnang panduan Pelik tapi Benar Petikan Akhbar renungan salam kembali sekadar perkongsian ilmu Shahir Subhanaallah sukan summary tag Tahniah Teladan tip Tips Tokoh Islam tomok Training Ucapan Ulasan Drama

LIFE TRAFIC

http://tgawin82.blogspot.com 2011. Theme images by mayo5. Powered by Blogger.