Showing posts with label cerita lawak. Show all posts
Showing posts with label cerita lawak. Show all posts

Tuesday, July 20, 2010

Penangan Malam Jumaat...

Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya,
dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran
paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak:
empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu.
“Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat” kata Kasim pada Ani, isterinya
yang sedang menyusu anak bongsu mereka.
“Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya
tidurkan mereka dulu.”
“Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran”
balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapatkan
songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia
untuk memulakan kerja ibadahnya?
“BISMILLAHHIRROHMANIRROHIM”
“Bang…!! Anak dah tidur” Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa
khabar baik kepadanya dalam jangkamasa yang begitu singkat.
” SODAQALLAHUL’AZEEM “
Tu la dahsyatnya malam Jumaat..

kredit untuk suhaimy.org

Budak dalam tak boleh!!!!!!

Orang terlalu ramai dalam bas mini. Naiklah seorang wanita muda yang sedang mengandung. Lalu dengan sopan dia berkata kepada seorang lelaki yang sedang duduk di sebuah kerusi.
“Encik, bolehkan bagi saya d uduk? Saya berdiri tak apa, tetapi budak di dalam ni..”. Lelaki tu pun memberikan tempat duduknya kepada wanita tersebut. Kemudian lelaki itu pun mengeluar rokok lalu menghisap rokok, lalu wanita itu berkata,
“Encik, boleh ke encik berhenti merokok. Saya tak apa, tapi budak di dalam ni..”. Lelaki itu pun dgn tersipu2 membuang putung rokok tersebut. Tetapi di dalam hati membara, geram betul pada wanita itu. Dah lah aku terpaksa beri tempat duduk aku, ni dia boleh tegur aku yang sedang merokok.
Macam mana aku nak pekena dia pula? Tiba2 angin bertiup, dan terselaklah kain wanita itu, dan nampaklah pangkal pahanya yang putih melepak, maka dgn spotan lelaki itu be rkata “Cik puan, boleh tak cik puan tutup kain cik puan. Saya tak apa, tetapi budak di dalam (seluar) ni tak boleh...

kredit untuk suhaimy.org