Monday, December 30, 2013

Santai-Santai di Tasik Kenyir

Salam semua.. Rasenya dah lama tak kongsikan cerita baru mengenai aktivit awien yang dilakukan sekarang...disebabkan xder masa nak karang butiran cerita...mlas ckit la senang cerita...hihi..kalau ada kawan-kawan yang follow FB awien...mungkin dah tahu akan program ni..awien dah kongsi kat Fb..sebenarnya awien nk post kat blog ni tp masa tidak menginzinkan...jadi sementara ada waktu ni awien nk kongsikan gambar2 untuk tatapan korang...



Tarikh Program : 25 & 26 Oktober 2013( Jumaat & Sabtu)
Tajuk Program : Program Survival Santai Belia Beliawanis Kg Pengkalan Setar
Tempat : Tasik Kenyir, Kuala Terengganu 





















Wednesday, December 18, 2013

Drama Terbaru Slot Lestary : Ku Cinta Kau Seorang



Drama komedi romantik terbitan Global Station Sdn Bhd itu adalah karya terbaru Khairul Amri Khalid dan nukilan skrip oleh Shuhadatul Ain Zakaria dan menampilkan barisan pelakon seperti Remy Ishak, Amyra Rosli, Ruminah Sidek, Faradhiya, Zack X-Factor, Hafizzuddin dan Bill Azali.


Suatu hari, pekerja restoran milik Datuk Hisham, Helmi (Remy Ishak) menegur sikap biadap Batrisya sehingga menyebabkan wanita itu berasa malu.

FotoANTARA babak Remy dan Amyra dalam drama Ku Cinta Kau Seorang.

Lantas dia pergi berjumpa dengan bapanya di pejabat semata-mata mahu menyuruh bapanya memberhentikan Helmi.

Bagaimanapun, Datuk Hisham enggan melepaskan Helmi kerana mengenali lelaki itu sebagai anak muda yang rajin dan tidak bermasalah dalam melaksanakan tugas.

Kecewa terhadap tindakan bapanya yang enggan memberhentikan Helmi, Batrisya bertindak lari ke luar negara selama sebulan sebagai tanda mogok terhadap sikap bapanya itu.

Perbuatan Batrisya me­nyebabkan Datuk Hisham runsing memikirkan dan berjumpa dengan rakan baiknya, Rahim untuk meluahkan penyesalan kerana terlalu memanjakan anak­nya.

Rahim bukan sahaja seorang sahabat yang setia mendengar keluhan Datuk Hisham, dia juga memberikan pendapat yang terbaik.

Selepas puas bercuti, Batrisya pulang ke tanah air dan ketika tiba di hadapan rumahnya, dia terkejut melihat papan tanda memaparkan tulisan ‘Untuk Dijual’ sebelum bergegas ke restoran bapanya yang didapati sudah tutup.

Batrisya kemudian berjumpa dengan Rahim yang menunjukkan surat menyatakan bapanya sudah muflis dan terpaksa melarikan diri disebabkan banyak berhutang.

Dalam surat itu juga bapa Batrisya menyuruh wanita itu untuk tinggal bersama Helmi dan neneknya yang sudah tua dan nyanyuk.

Helmi adalah anak yatim piatu, tidak dapat melanjutkan pelajaran atas faktor kewangan dan terpaksa melakukan banyak pekerjaan untuk membiayai kos perubatan neneknya yang menghidap penyakit buah pinggang.

Batrisya cuba meminta bantuan daripada dua rakan baiknya Maya dan Farah namun mereka enggan membantu dia dengan memberi pelbagai alasan. Dia juga cuba menghubungi teman lelakinya, Razman, namun hampa.

Sementara itu, Helmi menjelaskan kepada Batrisya beberapa peraturan di rumah itu dan dia juga perlu membantu menjaga neneknya jika mahu terus tinggal di situ. Apakah yang bakal berlaku kepada Batrisya seterusnya?

Saksikan setiap hari selasa jam 9.00 malam di TV3.

p/s : Awien rasa drama ini akan hits sbb lakonan Remy Ishak dan pelakon baru Aymra Rosli tu boleh tahan...ada unsur2 jenaka dan romantik...Amyra Rosli pun nmpk lakonan real bukan dibuat2...tak sabar rasanya nk tunggu drama ni....