Showing posts with label Info Artis. Show all posts
Showing posts with label Info Artis. Show all posts

Thursday, September 26, 2013

Tahniah Adam AF & Fiza Elite

 Tahniah diucapkan kepada Adam AF 2 dan Fiza Elite kerana sah menjadi suami isteri. Rasa kagum dengan kedua-duanya adalah dulunya ligat diatas pentas nyayian dan lakonan tetapi alhamdulillah kedua-dua berubah kearah kebaikan.. Didoakan semoga rumahtangga yang dibina akan kekal hingga akhir hayat dan memperolehi keberkatan dalam hidup. Insyaallah.

Gambar kredit kepada Beautifulnara
adam af
adam af

Wednesday, April 10, 2013

Penangan artis Pop 90 an di ABPBH 2012




Awien yakin ramai yang saksikan acara kemuncak ABPBH 2012 ahad lepas kan...paling awien syok masa artis2 90 an muncul dengan lagu2 hit diorg..dan part paling meremang bulu roma time Zarul Umbrella nyayi..teringat zaman sekolah dulu..lagu ni antara yang terhit... untuk sape2 yang terlepas saksikan video  dari youtube ni...


 Ramalan ku Benar Belaka


Hingga ke saat ini
Pelbagai persoalan
Tak henti melanda
Untuk ku memikirkannya

Kau memilih diriku di atas dasar apa
Apakah kerana cinta
Atau pelepas sepi cuma

Seumpama dedaunan yang telah gugur bertaburan
Membiarkan ranting dimamah usang
Apakah semua itu akan terjadi padaku
Andainya benar maka tepatlah apa yang kuramalkan

Waktu bersamamu banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama
Dan satu darinya engkau bersyahdu
Bahawa aku takkan kehilanganmu
Susah payah kita semai benih cinta
Menempuh dugaan
Akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah ku bina istana cinta
Andai insan lain di hatimu bertakhta

Hingga ke saat ini
Ku masih mengenangkan
Detik-detik terindah
Kesudahan aku parah

Wednesday, February 6, 2013

Tuesday, July 10, 2012

Suami Irma dan Superman....

Mesti korang berfikir kenapa tajuk cam gitu kan..hehe.. sebenarnya Awien suka bila tgk lelaki pakai baju lambang Superman..nmpk mcm macho gitu...sekarang dah mcm trand kan pakai baju ni kan...sekarang ni plak ternmpk Redza suami Irma pakai..aduhhhh mau cair dibuat nya..dah ler body dia sasa..bisa luruh jantung den..hehe..ensem nya..muka ada ala-ala Fahrin Ahmad ckit kan...untung ler ko irma..dapat laki ensem gini...terjeles la plakkk...maap k..terlebih puji lak laki orang... wakaka...ok2... jum kita tgk kehenseman suami Irma Hasmi ni... semoga korang bahagia sehingga akhir nyawa.....peace... :)


wedding irma hasmie

wedding irma hasmie

p/s : untung ler Irma Hasmi... :)

Monday, January 30, 2012

Hafiz Awan Nano Juara AJL 26

anugerah juara lagu ke 26 (AJL26)

  • Juara Lagu : Awan Nano – Hafiz
  • Naib Juara : Beribu Sesalan – Ning Baizura, Shila Hamzah , Jaclyn Victor
  • Tempat Ketiga : Karma – Faizal Tahir
  • Vokal Terbaik : Awan Nano – Hafiz
  • Persembahan Terbaik : Kisah Hati – Alyah
  • Juara Mobile : Sedetik Lebih – Anuar Zain

Macam mana ramalan korang adalah bena belaka???? Layak kah Hafiz dijulang sebagai Juara??? Bagi awien, hafiz memang layak diangkat sebagai juara untuk AJL26, suara mantap, style selamba dengan hanya berbaju t , seluar trak adidas juga tanpa sepatu..huhu..selamba giler siot...Tahniah juga untuk 3 suara, Faizal Tahir dan juga Alyah untuk persembahan terbaikkk....perh memang romantik ler part paling best bilamana Remy Ishak datang peluk...huhuhu...sampai di bawa ke mimpi gtu..hehe...

Awien Heritage--> harap2 tahun depan lagu Ombak Rindu dapat ke Final...hehehe....harap2 ler yer....

Tuesday, November 1, 2011

Kebahagiaan Keluarga Angkasawan Negara Pertaman

Suka bila melihat kebahagiaan keluarga Datuk Syeikh Muszaphar. Jelas terpancar di wajah kegembiraan bergelar seorang daddy... berberapa foto-foto awien amik dari blog hiburan terkenal ohbulan... kalau korang nk lihat lebih banyak lagi foto diorang sila-sila la ke Blog OH BULAN yer.... :)

Sheikh Muszaphar & anak

Sheikh Muszaphar & anak

Sheikh Muszaphar & Anak

Awien Heritage --> teringin untuk bahagia macam diorang... :)


Thursday, September 29, 2011

Adib (Anak Datuk K) Mula Jaga Tingkah Laku

Hensem kan anak tiri dato siti...sure pas ni populariti adib setaraf ngan mak tiri nyer..hehhe...apa pun gud luck 2 beranak ni..cam dah jatuh cintan plak kat adib ni..hehe

Adib

KUALA LUMPUR: Anak tiri Datuk Siti Nurhaliza Taruddin iaitu Adib Khalid,21, mengakui dia sudah mula menjaga tingkah laku sejak melibatkan diri dalam industri hiburan tempatan.

Adib yang baru sahaja menubuhkan syarikat rakaman, What's Up Entertainment berkata, dia tidak boleh lagi berperangai kebudak-budakan memandangkan dia kini menjadi perhatian umum, lebih-lebih lagi selepas menerbitkan album Inggeris Siti Nurhaliza iaitu All Your Love.

"Sebelum ini, walaupun saya tidak ada kaitan dengan industri hiburan tempatan, pelbagai gosip dan gambar-gambar saya disebarkan di Internet.

"Jadi, apabila berada dalam industri, sudah pasti saya akan menjaga tingkah laku agar tidak dipandang serong oleh masyarakat," katanya.

Namun begitu, katanya, hal itu tidak bermakna dia perlu berpura-pura dan menjadi hipokrit dengan diri sendiri.

Adib bersama Siti Nurhaliza, Datuk K dan komposer Brian pada majlis pelancaran album All You Love. Foto SHAARI CHE MAT

Tambah Adib, dia tahu dirinya masih baru dalam perniagaan industri seni dan justeru, dia ingin lebih mendalami berkaitan bidang tersebut supaya misinya sebagai seorang peniaga muda berjaya tidak tersasar.

"Sekarang ini, saya masih lagi belajar di Universiti Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan Pemasaran.

"Pada masa yang sama, saya cuba berkenalan dengan penggiat-penggiat seni di luar negara. Insya-Allah What's Up akan bertapak dengan kuat di samping sokongan dan bantuan ayah saya, Datuk Sero Khalid Mohamad Jiwa dan Siti," ujarnya.

Sementara itu, ditanya adakah dia turut mencuba menyertai di bidang perniagaan drama atau filem, kata Adib, dia masih belum memikirkan tentang hal tersebut lagi.

sumber dari Mstar online

Tuesday, August 16, 2011

Si cantik bersama Harley Davidson

kecur air liur bila tengok tok ti dan erra fazira kita berposing bersama Harley Davidson masing-masing...perh... walaupun nmpk diorang berdua ni lemah lembut tp jiwa rock rupenya.....style ler..terasa plak nk try bawak motor besar cam ni..baru nmpk rugged..kihkihkih..jom korang tgk gambar diorg...jelesss kannn...


GAMBAR MOTOSIKAL HARLEY DAVIDSON DATO' SITI NURHALIZA

GAMBAR MOTOSIKAL HARLEY DAVIDSON DATO' SITI NURHALIZA

GAMBAR MOTOSIKAL HARLEY DAVIDSON ERRA FAZIRA

GAMBAR MOTOSIKAL HARLEY DAVIDSON ERRA FAZIRA

Wednesday, August 10, 2011

Keluarga Bahagia Rita Rudaini & Aidil

Seronok tengok pasangan Aidil Zakuan dan Rita Rudaini..Sememangnya saya adalah seorang peminat mereka berdua...semoga keluarga mereka akan kekal bahagia selamanya..

Sedikit gambar yang saya ambil dari blog beautifulnara dan untuk lebih lagi gambar sila-sila la ke blog abang nara yer....

rita dan aidl

rita dan aidl

rita dan aidl

rita dan aidl

rita dan aidl


Tuesday, July 26, 2011

Westlife Akan Kembali Ke Malaysia

wahhh...lama xdengar khabar dari sekumpulan anak muda iaitu WESTLIFE...satu ketika dulu amat popular dikalangan anak muda termasuk la aq..hehe..apa yang nak dikongsi pada rakan2 semua ialah pertama sekali aq membeli album artis barat (yang ORI lagi u) pertama kali dngar lagu If I Let You Go terus jatuh cinta pada WESTLIFE ni...semua lagu2 westlife aq beli cd mp3 siap dengan lirik2 skali..(fanatik nya aq masa tu, dulu downlad2 ni mane ada lagi ) huhu...setelah lama menyepi tup2 pagi ni aku terbaca dlm satu portal Murai .com westlife bakal tiba kat KL pada oktober ni...mungkin ada hadiah untuk peminat2 yang merindui diorg..(aq salah seorang) hehe...klu korang nk baca artikal dari MURAI silala klik di link ni...enjoiiii


Westlife - Westlife
Album pertama yang dibeli dan masih lagi menyimpan kaset westlife sampai skrg (dulu jarang ada CD kat umh)

Westlife - Coast To Coast
Album kedua yang dibeli juga still dlm simpanan

Westlife ketika Berlima



Sekarang tinggal 4 0rang
Westlife Akan Kembali Ke Malaysia Oktober Ini



Awien Heritage ==> dulu penuh poster westlife didinding..

Sunday, July 24, 2011

Rita Rudaini dan Aidil Zakuan kini bersatu

Sejuk rasa bila baca artikal pasal pasangan popular ni...ye la kan...ramai yang dah tahu perihal rumahtangga diorang...berkat kesabaran kedua-dua nya kini mereka kembali bersatu untuk masa depan anak-anak..tahniah2..seronok tengok diorang kan..hensem dan cantik...bukan apa sebenarnya Rita Rudaini antara artis wanita yang aq paling minat...suka sangat tengok muka dia...mungkin lawa kot...hehehe...paling suka bila Rita berlakon watak romantik ala-ala kasar gitu..dan paling suka bila Rita digandingkan dengan hero seperti Rosyam Nor dan Aaron Aziz seperti ada aura bila berlakon. Apa-apa pun semoga perkahwinan diorang kekal selamanya..amin....

ANAK SATUKAN KAMI

KUALA LUMPUR: “Saya tidak mahu ingatkan kisah lalu, lebih-lebih lagi anak kedua saya, Airit Qaqa Arjuna yang berusia dua bulan menyatukan saya dengan mereka (Aidil dan keluarganya).

“Buat masa ini, saya cuba fokus untuk menjadi ibu kepada dua anak dan isteri. Walaupun masing-masing sibuk dengan urusan kerja, kami tetap bersama meluangkan masa dengan anak,” kata pelakon jelita, Rita Rudaini Mokhtar, 35. (Klik link ini untuk baca artikal penuh dari akhbar Metro)

Monday, July 18, 2011

Majlis Persandingan, Resepsi Farah AF2 & Johan

Selamat Pengantin Baru Kepada Farah Breep Breep dan Suami Johan. Selamat sudah...Semoga Kekal ke akhir hayat..amin..

Apa yang pasti Farah sungguh berseri2 muka nya..Jarang aku lihat artis yang kahwin muka berseri-seri mcm farah..Segala -galanya bagaikan kena dengan Farah..ok 0k mls nk bebal byk2 jom lihat gambar yang diambil dari G.i Photoshoot dan Oh Bulan.


Gambar Persandingan Farah AF2 & Johan

Renungan seorang suami..

Gambar Persandingan Farah AF2 & Johan

Sama cantik same hencem..hehe

Gambar Persandingan Farah AF2 & Johan
Gambar ni paling suka tengok....cam bidadari...cantikkkk

Gambar Persandingan Farah AF2 & Johan

Bagaikan Puteri...

Awien Heritage==> Minat Farah start dlm AF2..still sampai sekarang...suka part Farah gelak..hehe

Monday, June 13, 2011

Juara AF9 milik HAZAMA


Hazama bersama Pengetua Amy Search

Berbaloi penantian 5 tahun untuk menjadi pelajar AF. Ternyata rezeki Hazama bersama dengan Pentas AF yang terakhir. Tahniah juga kepada Lena yang di tempat ke 2, Fina Ke 3 dan Azri yang Ke 4. Lepas ini makin laku la si hazama ni..adalah beliau akan terus menyanyi bersama Meet Uncle Hussien atau menjadi seperti bekas2 juara sebelum ini...tunggu dan lihat...Apa-apa pun tahniah sekali lagi dari pihak AHE untuk Hazama dan seluruh warga kerja Akademi Fantasi.


Awien Heritage ==> Tiada Lagi deman AF selepas ini..hukhukhuk...sedih la jugekkkkk....

Sunday, June 12, 2011

Siapkah Juara AF9 mlm ini?????




Pejam celik pejam celik malam ini sudah sampai ke penghujung AF9 dan ini bermakna tiada lagi fenomena AF selepas ini. Tiada lagi berkumandang lagu Menuju Puncak, tiada lagi usikan Pak Nil dan tiada lagi aksi menangis di malam minggu. Walaupun Af tidak sehebat dulu tapi masih ada pengikut yang tersendiri.

Jadi malam ini adalah malam yang menjadi kenangan untuk semua pengikut Af dari musim pertama hingga kini. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara AF9, Hazama, Azri, Fina,atau Lena????


Bagi Awien Heritage (AHE) calon kegemaran tentulah Hazama...hehe...kalau ditanya kenapa..memang tidak boleh kerana setiap konsert pasti tertunggu -tunggu akan kemunculanya...mungkin aura hazama yang melanda kot...huhu...apa-apa un selamat menonton malam ini...sama-sama kita saksikan siapa yang bakal membawa wang RM200,ooo.oo.

Senarai Juara AF
AF1 Vince
AF2 Zahid
AF3 Mawi
AF4 Faizal
AF5 Mila
AF6 Stacy
AF7 Hafiz
AF8 Shahir