Showing posts with label tomok. Show all posts
Showing posts with label tomok. Show all posts

Wednesday, April 10, 2013

Video Cute dari Arrian anak Tomok

Sungguh kelakar tengok muka arrian anak kepada tomok new boyz.. cute sgt dia buat muka cam tu... kalau korang yang belum lagi bekesempatan jom la saksikan video ni..sure korang akan tergelak...pandai tomok ngusik anak sia...so sweet n comel agat..hihi


Wednesday, May 30, 2012

Tomok Junior 2012

Tahniah, tahniah dan tahniah diucapkan kepada Tomok dan Ayu yang telah dikurniakan cahaya mata pertama...mesti sekarang ni tomok teruja dengan kelahiran ni...Welcome to NB Junior...hehe..difahamkan nama baby tomok Arrianshah Akid bin Shah Indrawan..sweet kan nama baby ni..apapun tahniah... :) kredit kepada tomok_nb_oiam





Awien Heritage --> teringin nyerrrrr.....

Thursday, October 27, 2011

TAHNIAH!!!!! Tomok bakal menjadi bapa

Mmmmmm... nak jadi bapa dah tomok ni...mknanya awien dah nk jd untie..hehe..perasan laks..apa-apa pun tahniah pada Tomok dan isteri, semoga menjadi ibubapa yang terbaik untuk anak-anak..insyaallah...Jombaca artikal yang awien copy 100% dari portal mediahiburan untuk korang.

Pasangan tomok dan ayu


Oleh : Hairul Hasraf

Susulan berita kehamilan isteri penyanyi terkenal Tomok, Ayu yang diumumkan di Twitter, MH Online mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripada penyanyi itu sendiri. Nyata Tomok gembira berkongsi cerita.

"Saya mengetahui berita kehamilan ini ketika berada di Turki kerana sedang menjalani penggambaran filem 'Istanbul Aku Datang' di sana. Kira-kira jam 5 pagi, isteri menghubungi saya dan memaklumkan perkara itu. Saya terkejut dan pada masa yang sama berasa sangat gembira," ujar Tomok ketika ditemui di sidang media Separuh Akhir Muzik Muzik 26 yang berlangsung di Mutiara Damansara.

"Sebaik pulang dari Turki, saya terus membawa isteri menjalani pemeriksaan di hospital dan doktor mengesahkan isteri saya telah hamil dua bulan. Syukur kerena setakat ini isteri tidak mengalami alahan yang serius kecuali muntah-muntah dan pening biasa," tambah Tomok yang tidak kisah jantina anak yang bakal dilahirkan.

Bercerita tentang karier seninya pula, Tomok menjelaskan;

"Selain sibuk dengan filem terbaru ini, saya juga akan menjalani penggambaran video muzik di London untuk lagu tema bagi kempen ‘Buka Semangat’ yang berjudul 'One Night Only' dan akan bergandingan bersama beberapa artis ternama antarabangsa," tambah Tomok mengakhiri perbualan.

Awien Heritage--> mesti anak diorang comel mcm awien kan?waaaaaa...perasan sokmo..:)

Tuesday, October 18, 2011

10 Rahsia Peribadi Tomok

Salam 1 malaysia..hehe..Lama rasa tak keluarkan cerita pasal Tomok kan...hihi..pepegi lagi sambil membuka portal2 berita dan hiburan terjumpa satu artikal terbaru pasal Tomok..artikal ni pasal 10 rahsia peribadi tentang Tomok...kalau korang nak tau baca la yer..walaupun Tomok ni dah kawin Awien masih lagi setia meminatinya..hehe..



 musical group

1 – Mula-mula sekali saya nak cerita tentang tabiat makan. Sebenarnya saya ni..nampak saja keding tetapi kuat makan! Dalam sehari saya makan nasi lima kali iaitu, pagi (nasi lemak), tengahari, petang, malam dan tengah malam. Kadang-kadang kalau tak makan nasi saya makan mee atau meehoon. Yang pastinya saya memang jenis kuat makan. Kalau makan nasi tu, lauk yang menjadi kegemaran saya ialah asam pedas dan rebung masak lemak. Apapun saya tidaklah terlalu cerewet, tetapi boleh makan apa saja kecuali yang terlalu pedas. Sebab yang terlalu pedas membuat saya tak berapa tahan kerana perut saya ni manja sikit. Kalau makan juga, maka kenalah keluar masuk tandas tak henti-henti.

2 – Kalau bab buah-buahan pula, saya cukup pantang nampak durian. Bila dah nampak tu, mulalah nak mengecek mak untuk membelinya di pasar malam ataupun di tepi-tepi jalan. Kalau makan pula..memang tak ingat dunia. Percaya tak, saya boleh habiskan 6 biji dalam satu masa. Itulah sebabnya kalau beli durian, keluarga saya pasti beli lebih kerana mereka tahu saya ni hantu durian!

3 – Tentang sikap pula…kalau nak tahu saya agak pemalu dan kurang bercakap. Kadang tu..saya hanya cakap yang penting saja. Sepatah ditanya sepatahlah yang saya jawab. Pun begitu, saya akan lebihkan senyuman…itulah yang membuat ramai terpikat..(gurau saja).

4 – Selain pemalu, saya juga seorang yang ‘cool’ (tenang) sentiasa. Dalam apa jua permasaalahan yang timbul baik yang ringan mahupun yang berat, pasti saya akan kelihatan releks kerana memang itulah peribadi saya.

5 – Kalau nak tahu saya ada penyakit darah gemuruh yang boleh menimpa bila-bila masa setelah bergelar artis ni. Selalunya, ia menyerang ketika saya nak mengadakan ‘show’. Yang peliknya, bila berada sahaja di atas pentas, gemuruh tu hilang dengan pantas. Selalunya, ia datang cuma sejam sebelum memulakan persembahan. Tetapi disebabkan muka saya ni..jenis selamba saja sebab itulah mungkin ramai yang tak tahu perasaan saya tu.

 musical group

Wajah cute tomok diawal kemunculan bersama New Boyz

6 – Dalam bab berpakaian pula, saya ni..suka pakai yang longgar dan selesa dengan badan. Paling saya tak suka ialah pakaian yang mengikut saiz ataupun menampakkan bentuk badan.

7 – Kalau keluar atau ke mana saja, saya lebih selesa memakai topi. Sebabnya, saya rasa kemas dan bergaya. Lagipun tak perlulah saya bersusah payah nak mendandan rambut. Kan lebih selesa begitu! Cerita bab bertopi ni..pula, kalau nak tahu saya mempunyai banyak koleksi topi iaitu lebih 30 jenis. Yang istimewanya, separuh daripada koleksi tersebut tertera huruf ‘S’ (Shah).

8 – Satu lagi hobi baru saya ialah menyimpan koleksi rantai, gelang dan cincin pemberian peminat. Setakat ini, saya mempunyai tiga peti (sederhana) yang disimpan dalam almari hiasan. Kebanyakkannya ada tertera nama saya ‘Shah’ atau ‘Tomok’.

9 – Tabiat yang paling teruk dalam diri saya ialah kuat tidur. Kalau dah mula tidur, memang payah nak bangun. Sebab itulah kalau tengah tidur, saya cukup pantang diganggu. Kalau ke sekolah pula, puas ibu kejutkan beberapa kali, barulah terjaga. Kalau tidak, alamatnya sampai ke sianglah.

10 – Dalam persahabatan pula, saya tidak suka berkawan dengan orang yang suka memandang rendah pada orang lain atau jenis yang suka makan kawan. Sebenarnya, saya ni jenis simple dan senang didampingi. Tapi, kalau ada yang berniat tak baik dan ingin mengambil kesempatan, rasanya tak berkawan dengan dia sekalipun saya tidak menyesal.Link

sumber : Oh Artis

Saturday, July 9, 2011

Majlis Resepsi Tomok & Ayu, Macam Raja Jawa la pulakkk..


Lagi Gambar kahwin tomok dan ayu...yang ni plak nmpk cam maharaja jawa..huhu..

tomok raja jawa

tomok raja jawa

tomok raja jawa

tomok raja jawa

Foto ehsan dari Twitter para artis..mohon share k...tq

Awien Heritage --> pasni entry lirik lagu Meraung dari Kumpulan New Boyz...hehehehe...

Sunday, July 3, 2011

Tomok nmpk ungu....

Walaupun hati jelesss tgk tomok kahwin..tetap nk suh korang tgk gmbar tomok ....hhehhehe...ayat xboleh blah sokmo...kredit untuk blog madammondoq..

majlis perkahwinan tomok dan ayu

majlis kahwin tomok

Awien Heritage ==> tiada kata2 mau diucapkan....hihi

Saturday, July 2, 2011

Tomok Kahwin Sudaaaaaa.....

Selamat sudah Tomok bergelar suami...yang pasti cantik si isteri....sweet sangat...jelessssssss....hakhakhakhak...


gambar pernikahan tomok dan ayu

serius cun giler isteri tomok...mcm rozita che wan pun ada kan???

gambar pernikahan tomok dan ayu


Pelamin

gambar pernikahan tomok dan ayu

Debaran sang suami..huhu

gambar pernikahan tomok dan ayu


Jiwang tapi rockkkkk...

Linkgambar pernikahan tomok dan ayu

Sumber foto dari Hatta Dolmat

Awien Heritage ==> sy mau kahwin jugaaaaaaaaaaaa......hakhakhak

Tuesday, June 28, 2011

Tomok sudah mau kawin......

Tanggal 01/07/2011 tomok akan bergelar suami....penyanyi febret dari sekolah tu....akhirnya bakal menjadi suami org sudaaaa....hehe..ayat xblh blah tu....apa2 pun selamat berbahagia bersama insan tersayang ayu..

Tomok bersama kad jemputan...(ish tuk saya xder ker????) hehehehhe

kad kahwin tomok


kad kahwin tomok

Romantik juga tomok ni ekkkk...siap ada video lagi tu...tp sayang aku xleh nk upload cni...ada masalah ckit ngan pc....kalau korang nk melihat video tomok ngan ayu sila la klik link ni yer....

Video Save The Date Dari Tomok Dan Ayu




Saturday, April 2, 2011

AKU, TOMOK dan HOTLINK

Tarikh : 19/03/2011
Masa : 2.00 Ptg
Tempat : Primula Beach Resort Kuala Terengganu


Entry ni nk dibuat sebulan yg lalu..tetapi kekangan masa membuatkan aku simpan dulu untuk tatapan sahabat2 yg sudi membaca blog yang xseberapa ni...entry sebelum ni pom dah diwar2 kan mengenai konsert ni kan...kali ni just nk tunjuk berberapa keping gmbar yang sempat disnap dan paling sedih hasrat nk bergambar ngan penyanyi febret dari sekolah menengah tidak kesampaian..sedeyyyyyy...(tu sbb entry pasal ni lmbat kuar...hihi). ape2 pom terima kasih daun keladi untuk hotlink kerana KAU, aku dapat tgk TOMOK secara dekat.....belum pernah seumur hidup ni....nasib aku xpegi peluk tomok jer...kihkihkih..ayat xboleh blah...sori2 tunang tomok sy gurau jer....huhu...

k k melalut plok..jom2 tgk gmbar yer....gmbar xbyk pom yg menarik...wawawawawaaaaa....mood masih lg bersedeyyyyyyyyyy.......

Tomok sedang menghayati lagu sejarah mungkin berulang....
Xboleh ngan tuan punya body, poster pom jd laaaaa...Besama DJ Nasa
Awien Heritage==> kepada umira a.k.a chubby lain kali rajin2 la kol thr ea..mane tau dpt tiket lg ker...heheheh...nt boleh bg sy satu..kihkih

Wednesday, March 16, 2011

Dapat tiket free....

Gambar sekadar hiasan

Tarikh : 19 mac 2011
Masa : 2.00ptg
Tempat : Primula Beach Resort
Artis : TOMOK & AKIM

Teruja....nk tau knp tentatif tu??

pepagi masuk opis td..tetiba ada 2 tiket dari hotlink kat atas meja..wow....biar betikkkkkk...belik punya belik...rupa2nya tiket konsert ekslusif Tomok dan Akim.....tp bukan tuk aq...tiket tu untuk bos...coz dia ahli untuk kelab di Primula Beach Resort..sedih pom ada....uwaaaaaaaaaa...terlepas.....:(

xlama lepas belik2 tiket tetiba bos masuk opis...aq tunjuk la tiket tu...nk tau ape dier ckp...
"Awien pegi la..sy bukan minat pom tgk bdk2 nyanyi ni".....hhahaha...ibarat bulan jatuh ke riba...Tomok tuuuuuu...yahuuuuuuu.....dlm hati berkata " tibalah masa aq dpt posing ngan dia" huhu..perasan...tp boleh ker aq pergi???? ni ngah duk pikir2 ni.....coz hari sabtu tu ada hal lebih penting jugak.....


Mood skrg....ngah terpikir2 nk g x? klu xpegi terasa rugi tu...

Alahai....lalalalalalala......

Tomok Rindu Terhenti MP3 Lirik,free mp3,free mp3 download,free,mp3,download,lyrics,video,audio,music,tab,ringtone,youtube,downloads,players,new,ipod,song,english,malay,lagu,japan,korea,baru,flash,all,of,index,search,online,top,theme song,hari raya




Thursday, February 10, 2011

Kekasihku di ambil orang......aduiyaaaaaaa...

Sah! Tomok Nikah Pramugari MAS 1 Julai 2011

Keluarga Punca Perpisahan Jejai-Fasha?

Malas nk copy n paste artikal ni..klu korang nk tau lebih lanjut boleh la klik ke laman Murai.com... Mood skrang cedihhh...kehkehkeh..poyo..mcm tomok knl aku...hahhaha..
tomok dah nk kawin...aku bile lg?????poning2...xper2 ada jodoh xkemana..huhuhu...

Kredit gmbar yang hencem ni kepada murai.com..hencem kan kan kan...

Monday, January 17, 2011

Inikah Ayu, Bakal Isteri Tomok?


ayu, bakal isteri tomok

Dengar khabarnya, Ayu dan Tomok sudah bercinta sejak 5 tahun lepas. Kira dari zaman New Boyz dulu lagi. Respek sebab hubungan mereka akhirnya bakal ke jinjang pelamin jugak.

Untuk confirmation sama ada benar atau tak benar gadis di atas adalah bakal isteri Tomok, sila tanya Tomok sendiri ek. Hujankan jutaan soalan kepada Tomok agar dia menjawap persoalan ini. Apa pun, tahniah kepada Tomok yang bakal menjadi seorang suami bulan Julai ini.

P/s : Semoga hingga berbahagia hendaknya..:)

Sumber asal dari Beautifulnara.com.

Friday, January 14, 2011

Desas-Desus Tomok Nikah Pramugari Julai Ini

PETALING JAYA: Selain berazam mengembangkan kerjaya seninya, penyanyi Shah Indrawan Ismail atau Tomok, 26, turut mengaku akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.

Bagaimanapun, kata Tomok dia sendiri akan mengumumkan perkara tersebut apabila sudah bersedia.

“Ya, Insya-Allah, saya sedang merancang untuk ke arah itu, namun buat masa ini saya masih belum bersedia sepenuhnya dan banyak perkara yang perlu diuruskan lagi.

“Bila sampai masanya nanti saya berjanji untuk umumkan perkara itu dan tidak akan merahsiakannya kepada orang ramai,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

mStar Online difahamkan Tomok bakal mendirikan rumah tangga pada awal Julai ini dengan seorang wanita berusia 31 tahun.

Wanita yang dikenali sebagai Ayu itu bertugas sebagai pramugari di salah sebuah syarikat penerbangan tempatan dan kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, juara program realiti One In a Million (OIAM) ini masih belum bersedia menceritakan mengenai persiapan yang dilakukan.

“Setakat ini semua dalam perancangan dan masih awal untuk menceritakan persiapan perkahwinan kami. Dia juga masih belum bersedia untuk diperkenalkan kepada peminat,” katanya.

Dalam pada itu, Tomok yang baru sahaja melancarkan album terbarunya hujung tahun lalu juga bakal keluar dengan filem pertamanya Mantera pertengahan tahun ini.

P/s : Tomok bakal kahwini gadis bernama ayu, pramugari 5 tahun lebih tua....Biar betikkkkkkk.....hihi..merana la saya.....huhu

Sumber : mstar online

Thursday, December 16, 2010

Kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25)

Tomok salah seorang yang beraksi di malam AJL 25

KUALA LUMPUR, 16 DIS 2010: Kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 9 Januari 2011 depan bakal menjanjikan pelbagai kelainan dengan pemilihan tema mapping music.

Penerbit AJL25, Ahmad Shaifullizam Arshad atau Jibam berkata, selain menampilkan persembahan mantap dari 14 lagu yang bertanding, AJL 25 turut menjemput juara-juara AJL sebelumnya untuk menghiburkan penonton pada malam yang penuh debaran itu.

"Insya-Allah, untuk persembahan pembukaan nanti, ia akan dihiburkan oleh barisan penyanyi ternama seperti Francissca Peter, M Nasir dan Nash. Manakala, Dato' Siti Nurhaliza, Dato' Sharifah Aini dan Ziana Zain akan diundang untuk membuat persembahan interlude.

"Sebenarnya, ini kali kedua saya menyandang tugas sebagai penerbit AJL. Sejujurnya, saya dah diberitahu untuk membuat tugasan ini pada bulan Mac lalu. Masa tu saya rasa down sekejap tapi rasa itu hanya seminggu saja.

"Saya terfikir juga macam mana saya nak buat AJL25 untuk melepasi catatan AJL24. Jadi, saya pun pergi ke luar negara seperti New York dan Hong Kong untuk membuat kajian. Set pentas AJL25 direka oleh pereka set TV3 iaitu Raffi Mustafa," kata Jibam.

Meneruskan cerita, Jibam menjelaskan konsep pentas tahun ini menggunakan 12 peringkat berbanding tahun lalu yang hanya menggunakan 7 peringkat saja.

"Inilah set pentas yang akan digunakan pada malam kemuncak itu. Namun, ianya masih belum finalise lagi. Pentas kali ini bakal menggunakan 600 LED dan mempunyai 2 bahagian. Kamera yang digunakan pula sebanyak 13 kamera. Tahun ini, kami target untuk meraih 5 juta penonton ke atas," ujar Jibam lagi.

Ditanya tentang pemilihan Dato Sharifah Aini yang tidak pernah menjuarai AJL, Jibam menegaskan bahawa AJL kali ini lebih kepada ingin menghargai mereka yang telah terlibat sepanjang 25 tahun AJL dianjurkan oleh TV3.

"Setakat ini, saya belum terima apa-apa respon dari pihak artis untuk pertukaran nombor giliran. Lagi pun, banyak artis yang telah membentangkan apa yang akan dipersembahkan malam itu lagi. Ia sangat bersesuai dengan konsep pentas kami yang boleh bergerak.

"Sempena AJL 25 juga, kami akan mengadakan road show AJL25 pada 26 Disember ini bertempat di Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Untuk road show ini, kami akan membawa 8 finalis ke sana," jelas Jibam.

Apapun, pada majlis cabutan nombor giliran ini yang diadakan di Solaris, Mont Kiara, petang semalam, M Nasir telah diundang untuk mengadakan persembahan pembukaan dengan mendendangkan lagu-lagu hasil nyanyian dan ciptaan beliau yang pernah menyandang gelaran juara lagu.

Majlis turut mengumumkan, Ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faizal Ismail kekal sebagai hos utama AJL25.

Berikut adalah giliran persembahan artis pada malam AJL25.

1. Yuna (Cinta Sempurna)

2. Tomok (Berlari)

3. API (Pelita)

4. Shahir (Kebahagian Dalam Perpisahan)

5. Meet Uncle Hussein (Drama King)

6. Hafiz (Noktah Cinta)

7. Ana Raffali (Tolong Ingatkan Aku)

8. Faizal Tahir (Selamat Malam)

9. Adira (Ku Ada Kamu)

10. Bunkface (Extravaganza)

11. Black (Sofea Jane)

12. Faizal Tahir (Hanyut)

13. Stacy (Jahat)

14. Hujan (Mencari Konklusi)

p/s: Harap2 my fabret artis menang salah satu anugerah...hehehe..

sumber artikal murai .com


Tuesday, November 30, 2010

AJL25: Tomok Tunggu 10 Tahun

Tomok gembira dengan penghasilan album solo pertamanya.

KUALA LUMPUR: Setelah setahun bergelar Juara One In A Million 3 (OIAM), Tomok atau nama sebenarnya, Shah Inderawan Ismail akhirnya memiliki sebuah album solo yang berjudul Tomok.

Kata Tomok, walaupun setahun menunggu kemunculan album baru, dia gembira kerana sebanyak empat buah lagu daripada albumnya seperti, Berlari, Arjuna, Rindu Terhenti dan Bagaikan Bidadari telahpun diputarkan di radio dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pendengar-pendengar radio.

"Apa yang menggembirakan saya lagi, lagu 'Berlari' telah berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25). Dan pencapaian ini telah saya idam-idamkan sejak 10 tahun lalu ketika bersama New Boyz.

"Tiga lagu lain juga mendapat tempat di hati peminat-peminat. Mungkin inilah masanya saya mendapat apa yang diinginkan selama ini. Pengorbanan yang dilalui sebelum ini berbaloi.

"Tambah pula dalam penghasilan album solo ini saya juga terbabit sebanyak 90 peratus.Ternyata OIAM3 banyak mengubah jalan hidup dan karier saya.

"Kiranya album ini adalah jiwa saya dan memang saya ingin memberi satu perubahan dalam album ini.

"Selain itu, album ini juga sangat bermakna saya dapat berkerjasama dengan nama-nama besar seperti Aubrey Suwito, Audi Mok, dan Aidit Alfian," kata Tomok pada pelancaran album 'Tomok', di sini, Jumaat.

Album Tomok kali ini dilihat lebih matang dan berbeza dengan diri Tomok terdahulu. Malah, lagu-lagu yang dibawakan diibaratkan seperti nafas baru Tomok dalam industri muzik tempatan.

Tomok pada pelancaran albumnya yang diadakan di Hard Rock baru-baru ini.

Bagaimanapun, Tomok menjelaskan bahawa penghasilan album tersebut tidak bermakna dirinya tamat bergelar salah seorang ahli kumpulan new Boyz.

Sebaliknya, ini sebagai permulaan untuk Tomok membero fokus pada nyanyian solonya dan kemudian sebuah projek baru akan dibuat bersama New Boyz pula.

"Sekarang ini saya sibuk dengan promosi album dimana pihak pengurusan Monkeybone akan mengadakan konsert jelajah ke seluruh Malaysia.

"Lagipun, sebelum menyertai OIAM3, Tomok dan ahli-ahli New Boyz telah berbincang dimana saya akan fokus dengan album solo dahulu dan mereka menerimanya. Apapun saya akan muncul dengan New Boyz bila tiba masanya nanti," jelas penyanyi yang turut menyumbang beberapa lirik lagu dalam albumnya itu.

Sementara itu, Tomok telah menimbulkan persoalan kerana dia tidak mengikut seperti yang dikatakannya dimana dia ingin menggunakan nama sebenarnya, Shah Inderawan dan bukan Tomok untuk projek solonya itu.

Bagaimanapun, penyanyi itu menjelaskan dia mempunyai alasan sendiri untuk mengekalkan nama Tomok itu.

"Memang pada mulanya saya nak tukar nama untuk album solo pertama saya ini. Tapi bila difikirkan semula, saya tidak perlu menukar nama Tomok kerana nama itulah yang menaikkan nama saya sebelum ini.

"Walaupun ia dibayangi dengan nama New Boyz, saya tak kisah kerana saya tak pernah malu pun sepanjang saya dan New Boyz bersama," jelasnya yang akan mengadakan konsert jelajah selepas AJL25.

Monday, May 17, 2010

epy besday


epy besday to u...yg ker 26 klu dop silap..hehehe..

Sunday, March 21, 2010

IC lama TOMOK...


Ape mcm??? so cute...hehhehe


kredit tuk media malaya.com