Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Thursday, December 10, 2009

Senarai Manusia terkaya di MALAYSIA

Salam semua...skali lg aku post entry pasal manusia terkaya di MALAYSIA..tapi sayangnya hanya 8 jer org Melayu selebihnya bukan dri kalangan Bumiputra...apa sdh jd ngan bangsa kita...tapi aku tabik spring gak r untuk anak2 melayu yg berjaya duduk dlm senarai ni..walaupun hanya 8...

1. Robert Kuok – $10 billion (Kuok Empire, Shangri La, Wilmer International etc)

2. Ananda Krishnan – $7.2 billion (Maxis, Astro)

3. Lee Shin Cheng – $5.5 billion (IOI Group)

4. Teh Hong Piow – $3.5 billion (Public Bank)

5. Lee Kim Hua & family – $3.4 billion (Genting Berhad, widow of late Lim Goh Tong)

6. Quek Leng Chan – $2.4 billion (Hong Leong Group, Guoco Group)

7. Yeoh Tiong Lay & family – $2.1 billion (YTL Corp)

8. Syed Mokhtar AlBukhary – $1.8 billion (MMC, Johor Port, Malakoff)

9. Vincent Tan – $1.3 billion (Berjaya Group)

10. Tiong Hiew King – $1.1 billion (Rimbunan Hijau)

11. Azman Hashim – $700 million (AmCorp Group, formerly Arab-Malaysia)

12. William H. J. Cheng – $660 million (Lion Group, Parkson)

13. Lee Swee Eng – $495 million (KNM Group)

14. Ong Beng Seng – $470 million (Hotel Properties Ltd, Natsteel)

15. Lim Kok Thay – $345 million (son of late Lim Goh Tong, Genting Berhad)

16. Vinod Sekhar – $320 million (Petra Group, known for its Green Rubber Global)

17. Lee Oi Hian – $300 million (Kuala Lumpur Kepong or KLK)

18. Yaw Teck Seng – $295 million (Samling Group)

19. Anthony Fernandes – $290 million (AirAsia, Tune Hotels)

20. Mokhzani Mahathir – $285 million (Kencana, authorized Porsche importer son of former permier Mahathir)

21. Kamarudin Meranun – $280 million (AirAsia, Tune Hotels, Tony Fernandes’s lover *grin*)

22. Jeffrey Cheah – $275 million (Sunway Group)

23. Lee Hau Hian – $250 million (Batu Kawan, KLK, brother of Lee Oi Hian)

24. Chong Chook Yew – $245 million (Selangor Properties, widow – son is MD now)

25. Yaw Chee Ming – $240 million (Samling Group, son of Yaw Teck Seng)

26. G. Gnanalingam – $230 million (Westports Malaysia)

27. Lim Wee Chai – $200 million (Top Glove, world’s largest rubber gloves manafacturer)

28. Kua Sian Kooi – $195 million (Kurnia Asia, insurance)

29. Lau Cho Kun – $185 million (Malaysian Mosaic)

30. Abdul Hamed Sepawi – $180 million (Ta Ann, timber conglomerate)

31. David Law Tien Seng – $165 million (Australian iron ore MidWest, T.S. Law Holdings)

32. Tiah Thee Kian – $163 million (TA Enterprise)

33. Liew Kee Sin – $160 million (SP Setia)

34. Ahmayuddin bin Ahmad – $155 million (Westports Malaysia)

35. Eleena Azlan Shah – $150 million (Gamuda – largest individual shareholder)

36. Lin Yun Ling – $145 million (Gamuda – founder and MD)

37. Ong Leong Huat – $130 million (OSk Group)

38. Lim Thian Kiat – $115 million (former head of Multi-Purpose)

39. Khoo Kay Peng – $110 million (MUI, U.K. retailer Laura Ashley)

40. Nazir Razak – $100 million (Bumiputra Commerce Holdings, brother of deputy PM)

P/s: Tanda merah menunjukan ORG MELAYU.... maybe NEXT TIME nama aku tersenarai kan best...hehhehehe....angan2 nih....

Ihsan dri Isuhangat.net

Monday, November 23, 2009

JUARA LAGU KE-24..Kembali lg..



SELAMA tiga minggu peringkat separuh akhir Muzik-Muzik berlangsung yang menyaksikan 30 lagu berentap untuk merebut 14 tempat ke pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) yang bakal berlangsung pada 10 Januari 2010.

LAGU YANG BERJAYA KE ANUGERAH JUARA LAGU KE-24

LAGU PENYANYI/ KOMPOSER/ PENULIS LIRIK



1) Masih Jelas (Hafiz/ Aidit Alfian/ Ad Samad)
2) Rindu Terhenti (Tomok/ Aubrey Suwito/ Tinta)
3) Situasi (Bunkface/ Sam)
4) Pergi (Aizat/ Pete Teo)
5) Aurora (Estranged/ Estranged)
6) Bencinta (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
7) Kau Aku (Aizat/ Aizat)
8) Cinta Adam & Hawa (Misha Omar/ Azmeer/ Loloq)
9) Aku Skandal (Hujan/ Noh)
10) Dan Sebenarnya (Yuna/ Yuna/ Paan/ Efry/ Adil)
11) Tak Mungkin Kerana Sayang (Alyah/ Ajai/ Habsah Hassan)
12) Bengang (Akim/ Amir/ Sheikh Qalam)
13) Aku Rindu Sayang Kamu (Black/ Yuzai)
14) Pakai Buang (Stacy/ Edry)




Kredit sape yg edit this photo..

P/s : Lagu yg highligt Merah ialah febret ku..moga2 salah satu tu bakal juara la yer...hehehhe..


Tuesday, November 10, 2009

Ibu terkecil dunia hamil lagi

LOUISVILLE - Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS), Stacey Herald, 35, yang dianggap ibu paling kecil di dunia bakal melahirkan anak ketiganya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang tinggi 71 sentimeter diberi amaran sekali lagi oleh doktor mengenai risiko kehamilan itu biarpun pernah bersalin anak sulung, Kateri pada 2006 dan Makaya pada tahun lalu.

Suaminya, Will memiliki ketinggian normal 1.75 meter.

Namun mereka meneruskan hasrat untuk menimang anak bongsu itu serta menganggapnya sebagai hadiah daripada Tuhan.

"Kami tidak pernah merancang untuk mendapat lebih dua anak namun beranggapan anak-anak ialah hadiah paling bernilai di dunia," katanya.

Pasangan itu mula bertemu pada tahun 2000 ketika bekerja di sebuah pasar raya yang sama di bandar asal mereka, Dry Ridge, 111 kilometer dari ibu negeri Kentucky, Louisville.

Mereka berkahwin pada 2004 dan sudah membesarkan dua anak perempuan bersaiz normal.

Wanita itu menderita penyakit Osteogenesis Imperfecta yang menyebabkan tulang tumbesaran terbantut.

Kosmo! Online

Wednesday, November 4, 2009

Yang utama bukan warna....

Semua insan punya aura...sedikitnya tiga lapisan aura, satu per satu:aura dasar, aura kesihatan, aura luar ..tiga-tiganya saling mempengaruhi apakah itu merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, unggu, pink, hitam,coklat, silver, putih, emas, kristal.. semua punya kelebihan masing-masing. Ada yang ketiga lapisan auranya itu sama wamanya, ada yang dua lapisan auranya sama warnanya, dan ada yang ketiga-tiga lapisan auranya sama semua warna auranya ..tiada masalah..yang utama bukanlah warna auranya apa.. tetapi seberapa jernih,kuat, halus, sejuk, terang, harum perputaran energi(cahaya) aura pada ketiga lapisan aura hamba-Nya itu. Semakin jernih, kuat, halus,sejuk, terang, harum putaran energi(cahaya) aura pada ketiga lapisan auranya itu maka mencerminkan semakin bersih sucinya kondisi batin, hati, jiwa sang hamba-Nya itu... yang dapat terdeteksi saat terhubungnya titik halus mata ketiga dan titik pusat tengah dada tubuh eterik yang tak terlihat secara kasat mata.

*Dikutip dari Catatan Harian Membuka HatiMas Yos Wiyoso Hadi, Direktorat Jenderal PajakDepartemen Keuangan RI, domisili di Jakarta

Tuesday, November 3, 2009

Tabiat memanaskan enjin di waktu pagi...

Mungin entry ni terlalu panjang untuk dibaca tp isi yg terdapat dlm ni boleh membuka sedikit minda kita semua. AKU pun x tau boleh percaya atau tidak tp sekadar pengetahuan x salah kan. Korang nilaikan sendiri betul atau tidak.

Tabiat memanaskan enjin di waktu pagi - Mitos atau realiti ?

Sekadar berkongsi dengan korang...

.Ana hari2 kasi panas enjin without failUpacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit.

Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar.

Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana?Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu.

Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya. Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya.

Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus.Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah.

Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman.

Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar.

Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya.

Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir.

Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin.. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat.

Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit.

Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Kredit kepada penulis.

Cara terbaru untuk mencuri kereta!!!!! AWAS

BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA--

Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... .... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita..Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

kredit untuk isuhangat untuk entry ni.

Wednesday, October 21, 2009

Ada orang sayang awak

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.....

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.....

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.

Kredit kepada isuhangat.blogspot.com

Tuesday, January 6, 2009

Mulakan Pagi Anda Dengan Udara Segar!

Apakata apabila anda bangun pada waktu pagi, mulakan hari anda dengan solat subuh dan ambillah sedikit masa dengan berjalan-jalan di hadapan rumah selepas itu.


Lihat di kehijauan pokok kerana ini boleh menenangkan jiwa dan mengurangkan stress di pagi hari.

Hirup udara segar pagi dengan diiringi kicauan burung dan kokok pagi ayam. Tidak perlu ada udara beracun untuk santapan pagi anda.

Apabila anda bangun dari tidur, jantung anda yang tadi agak perlahan kerana tidur mula menjadi sedikit laju.

Jantung ini mengepam hemoglobin yang sarat dengan oksigen dari paru-paru ke sel-sel tubuh. Sel-sel tubuh ini akan berada di dalam keadaan saf-saf yang tersusun untuk bekerjasama membantu anda mengharungi pagi anda sehingga ke malam esoknya.

Tidak adil dan zalim bagi anda meracuni sel-sel tubuh anda yang bekerja untuk menjadikan diri anda sebagai anda dengan karbon monoksida dan segala macam racun. Tak adil juga kepada paru-paru anda.

Apabila kereta ingin bergerak pada waktu pagi pun anda mulakannya dengan menghidupkan enjin sehingga panas. Ini membantu melambatkan kerosakan enjin. Memberi peluang agar minyak naik ke tahap yang sepatutnya.

Begitu juga dengan tubuh. Berilah sel-sel anda santapan yang sepatutnya diberikan kepada mereka. Jantung dapat berfungsi dengan lebih baik dan efisyen jika tiada asap rokok pada waktu pagi. Salur darah juga kurang tersumbat.

Pada waktu pagi, isteri dan anak-anak anda juga memerlukan oksigen yang mencukupi. Agar anak-anak dapat membesar dengan baik dan sempurna dan agar paru-paru isteri bersih dari segala gelodak dek asap durjana.

Apabila anda mulakan pagi... jangan mulakan dengan asap rokok. Mulakanlah dengan udara segar.

Amalkan lah.. InsyaAllah anda akan dapati perbezaannya.

Wallahu A'lam.

Friday, March 7, 2008

The Right Path

Why are we here, where we come from
Where's our future, leading us
Where's our life, taking us
Show us the path, dear Allah
What are we, to do here
There must be a reason to be here
Ya Allah the greatest
Nor of these you create for waste
Show me the right path
The path of the favored one with your grace
Show me the right path
The path of Rasulullah and his companions
Don't leave me please your guidance I need
Show me the way, light up my life
Don't leave me please your guidance I need
Show me the way, to gain your love