Wednesday, November 16, 2011

JODOH


~✿..JODOH adalah rahsia Allah, kita MERANCANG dan Allah pun turut sama merancang..cuma kadang-kadang aku TAKUT dengan RENCANA Allah..

Sebab apa?

Sebab aku TIDAK PERNAH tahu apa yang bakal berada di hadapanku kelak, dan apa PENGAKHIRAN yang Allah inginkan buatku, buat hidupku..tiba-tiba hati berbisik, sebenarnya perancangan Allah mengatasi perancangan kita sendiri..buat apa terlalu memikirkan sangat..kita LALUILAH kehidupan seperti biasa..permulaan itu bermula dari kita, dan pengakhiran itu akan Allah TENTUKAN kelak..BERDOALAH semoga PENGAKHIRAN itu adalah sama seperti yang dirancangkan dan yang TERBAIK dalam hidup..✿~

>>> Belum dikatakan dia JODOH kita selagi ‘AKAD’ tidak TERTUNAI ..kadang PERTEMUAN itu ada namun JODOH itu tetap menjadi RAHSIANYA lagi..(✿◠‿◠)

Awien Heritage--> terus dan terus berdoa..agar mendapat jodoh yang diredhai olehNya..insyaallah..

Jom bagi sokongan kepada Pasukan bola sepak kita di Palembang

SemoGa pasukan Harimau malaya terus kan berjuang...Agak-agak pasukan kita berarak ke stadium nak kereta kebal tak? hehe..



TERUSKAN BERJUANG WIRA WIRANITA UNTUK MENGHARUMKAN NAMA MALAYSIA...MALAYSIA BOLEHHHH!!!!!!!

Tuesday, November 15, 2011

Penyebab Seseorang Sakit Kepala (Mesti Baca!)

Anda sakit kepala? Sakit kepala memang tidak selesa. Entah dari manalah datangnya tetapi jika anda meneliti tabiat anda, anda boleh mencari dalangnya. Inilah penyebab seseorang mengalami sakit kepala.

  • Kopi – sekiranya anda sakit kepala pada waktu pagi setelah tidur lewat malam, ia mungkin menandakan penarikan kafein.
  • Komputer – berhenti setiap 20 minit untuk meregangkan leher dan belakang anda.
  • Silau – keletihan mata boleh buat anda sakit kepala. Elak keletihan mata dengan meletakkan lapisan anti-reflektif pada cermin mata dan anti-silau pada monitor anda.
  • Makan dan minum – jarak yang panjang antara masa makan boleh menyebabkan sakit kepala. Juga pastikan anda minum air secukupnya.
  • Relaks – sakit kepala cenderung menjadi teruk dalam usia 30an dan 40an anda. Ini mungkin kerana stres, tekanan dan ini adalah masa yang sibuk dalam kehidupan.
  • Ubat – sesetengah sakit kepala adalah kesan sampingan pengambilan ubat tertentu. Jangan berhenti makan ubat yang dinasihatkan oleh doctor tetapi anda sentiasa boleh bertanya andai ada pilihan lain.

P/S : Sekiranya anda mengalami sakit kepala yang berterusan, dinasihatkan supaya terus berjumpa dengan doktor pakar untuk rawatan lanjut.

Sumber dari melayukini.net

Wednesday, November 9, 2011

Rahsia Perniagaan Orang Cina


Kenapa ramai bangsa Cina berjaya dalam perniagaan? Tips ini perlu dicontohi oleh semua bangsa untuk lebih berjaya.



1. Bekerja makan gaji itu adalah satu perkara TERPAKSA dan SEMENTARA dan untuk mencari PENGALAMAN HIDUP. Orang Cina perlu menjalankan perniagaan untuk masa depan yang lebih baik!

2. Pelanggan adalah lebih penting berbanding keuntungan. Mendapat keuntungan yang sedikit tidak menjadi masalah asalkan mendapat pelanggan yang setia. Pelanggan adalah RAJA dalam perniagaan dan perlu dijaga sebaik-baiknya.

3. Keluar 1 mangkuk, mesti dapat balik 5 mangkuk. 1 untuk keluarga, 1 untuk simpanan dan 3 untuk modal perniagaan.

4. Jatuh bangun dalam perniagaan adalah perkara lumrah dan biasa asalkan tidak jatuh di tempat yang sama.

5. Wang akan diuruskan dan digunakan sebaiknya untuk mendapatkan wang. Wang bukanlah penghalang untuk berniaga. Jalan pasti ada, pasti ada cara!

Sumber : lepakotak


Awien Heritage --> Thinking positif...pelajaran yang baik diambil dan yang buruk jangan sesekali di ikut yer...baru selamat dunia dan akhirat dan rezeki yang dapat penuh keberkatan dariNYA...insyallah amin...Link

Friday, November 4, 2011

Gaji Programmer Google


gaji pekerja google @ isuhangat

Google telah lama diketahui sebagai tempat terbaik untuk bekerja. Mereka menawarkan makanan percuma, tempat bersenam, tempat berehat dan potong rambut profesional di pejabat mereka di California. Perkara tersebut telah menjadikan mereka syarikat pilihan pekerja dari seluruh perniagaan yang ada di dunia.

Selain dari persekitaran tempat kerja yang relax dan makan free mestilah gaji pekerja Google menarik juga kan. Tahukah anda berapa gaji pekerja-pekerja Google? Data berikut tidak terlalu mudah dicari, jika anda tidak percaya, anda boleh search di Google.

Berikut adalah statistik gaji pekerja Google yang cukup menarik.

1. Google Programmer di Phoenix – $174,000 setahun

2. Google Programmer di California – $197,000 setahun

3. Google Programmer di Chicago – $222,000 setahun

4. Google Programmer di New York – $242,000 setahun

(menurut Indeed.com)

Itu hanya gaji… apa lagi yang ditawarkan Google kepada pekerjanya?

1. Google akan membayar $8,000 setahun jika anda mahu sambung belajar. Mereka hanya mengharapkan keputusan gred “B”.

2. Jika anda memperkenalkan seorang pekerja untuk menjadi staff Google dan mereka bertahan untuk 60 hari, Google akan membayar $2,000 kepada anda.

3. Jika anda hendak mengambil anak angkat, Google akan memberikan $5,000 untuk urusan legal dan kos.

4. Bergantung kepada berapa lama anda bekerja di Google, anda akan mendapatkan sehingga dengan 25 hari bonus hiburan dalam setahun.

Satu lagi perkara yang menarik dari segi pendapatan pekerja Google, menurut New York Times, kira-kira ada 1,000 pekerja Google yang mempunyai saham dengan nilai $5 juta dollar.

Masih menurut New York Times, setiap pekerja yang bersama Google untuk setahun sahaja memiliki nilai lebih dari $250,000.

Pesaing google mengatakan bahawa programmer Google telah menikmati 50% kenaikan gaji dalam beberapa tahun terakhir ini.

Apa yang admin nampak dari kisah pekerja Google ini ialah syarikat yang menawarkan ganjaran dan tempat kerja yang menarik dapat memberi semangat bekerja kepada pekerjanya yang akhirnya mereka akan bekerja bersungguh-sungguh,setia dan rela buat apa sahaja demi keuntungan syarikat.

sumber : isuhangat.net

Awien Heritage --> kalau la company kat malaysia ada sebijik mcm ni kan best bg pekerja-pekerja nya... :)