Wednesday, July 27, 2011

Perpisahan Ini - 1st Edition ft Aizat Amdan

Pertama kali dengar lagu ni di program muzik-muzik tv3...cam best jer..terus cari dlm internet ...teringat kenangan-kenangan dulu-dulu.masa masih muda remaja..kihkih.. kalau korang nk dengar lagu ni klik la link ni yer...enjoiiiii..sungguh menyentuh kalbu.(bg yang suka feling2) . juga lagu sedih bagi yang baru putus cinta..hehe

1st Edition

Aizat Amdan
Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir

Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan

Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula

Ingin ku memiliki lebih dari itu
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir

Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi

Dirimu pergi biar ku sendiri

Beckham dedah gambar anak perempuan


Awien Heritage --> Sedikit ketinggalan untuk entry kali ni..sebenarnya nk post dah lama tp masa tidak mengizinkan..hehe..bos ada pejabat susah sikit nk update...artikal ni sumber dari akhbar kosmo online....Salah seorang pemain bola sepak yang paling aq minat David Beckham, yang telah mendapat anak perempuan. Jom -jom baca laporan dari KOSMO....


GAMBAR David Bekham mendukung anak perempuannya yang disiarkan di laman Twitter.

LOS ANGELES - Gambar anak perempuan bintang bola sepak England, David Beckham disiarkan di laman Facebook dan Twitter, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Isteri, Beckham, Victoria yang merupakan bekas anggota kumpulan Spice Girls mendedahkan satu gambar tersebut di laman Twitter.

Beckham kemudian menghantar gambar Victoria bersama anak perempuannya itu di laman Facebook.

Anak perempuan Beckham yang bernama Harper Seven itu dilahirkan Victoria di sebuah hospital baru-baru ini.

Dalam gambar itu, Victoria mendukung anak perempuannya itu dengan keterangan gambar: "Anak perempuan daddy."

Salah satu gambar itu juga menunjukkan Beckham mendukung anak perempuannya.

Anak perempuannya itu sudah lama dinantikan Beckham kerana dia sebelum ini mempunyai tiga anak lelaki.

Tiga anak lelakinya itu bernama Brooklyn, Romeo dan Cruz.

Anak perempuan Beckham itu dilahirkan pada 10 Julai lalu melalui pembedahan.

Selepas pembedahan itu, Victoria menghantar mesej di Twitter dengan menyatakan: "Bayi Harper merupakan bayi yang paling comel pernah saya lihat." - Agensi


Sesuatu yang xdijangka

Mungkin semalam merupakan hari paling bertuah untuk aq kot... ye la xpernah-pernah dapat barang-barang free dari orang selain dari family sendiri...sape la aq ni nk dpt barang2 mhal kan..hehe(ayat sedih lok) huhuhu...tup-tup semalam dapat Handphone baru dari seseorang yang berhati mulia..tq-tq tuan yang memberi (walaupun dah berkali-kali aku ucp terima kasih pada dia semalam). hihi..Mungkin dia kesian kat aq kot tgk aku pakai tepon cap ayam (kate org ganung) hakhakhak...apa-apa pun aq bersyukur sangat2...niat mmg nk beli yang biasa2 jer...mhl2 xmampu...hehe...Walaupun korang rasa hp yang aku dpt ni biasa2 jer..aku tetap anggap ia begitu berharga..bukan senang nk dapat benda free kan kan kan....Korang nk tau x aku dpt hp ape????? nah ni jenama dia NOKIA E71

Nokia E71
Awien Heritage --> semua hp yang aq pakai start dari kolej hingga sekarang semua dari jenama NOKIA...mungkin kena dengan jiwa kot....


Tuesday, July 26, 2011

Westlife Akan Kembali Ke Malaysia

wahhh...lama xdengar khabar dari sekumpulan anak muda iaitu WESTLIFE...satu ketika dulu amat popular dikalangan anak muda termasuk la aq..hehe..apa yang nak dikongsi pada rakan2 semua ialah pertama sekali aq membeli album artis barat (yang ORI lagi u) pertama kali dngar lagu If I Let You Go terus jatuh cinta pada WESTLIFE ni...semua lagu2 westlife aq beli cd mp3 siap dengan lirik2 skali..(fanatik nya aq masa tu, dulu downlad2 ni mane ada lagi ) huhu...setelah lama menyepi tup2 pagi ni aku terbaca dlm satu portal Murai .com westlife bakal tiba kat KL pada oktober ni...mungkin ada hadiah untuk peminat2 yang merindui diorg..(aq salah seorang) hehe...klu korang nk baca artikal dari MURAI silala klik di link ni...enjoiiii


Westlife - Westlife
Album pertama yang dibeli dan masih lagi menyimpan kaset westlife sampai skrg (dulu jarang ada CD kat umh)

Westlife - Coast To Coast
Album kedua yang dibeli juga still dlm simpanan

Westlife ketika Berlima



Sekarang tinggal 4 0rang
Westlife Akan Kembali Ke Malaysia Oktober Ini



Awien Heritage ==> dulu penuh poster westlife didinding..