Sunday, June 12, 2011

TERENGGANU JUARA PIALA FA 2011

TERENGGANU 2 - KELANTAN 1

Terengganu menjulang piala FA semalam

Tahniah, Tahniah, Tahniah untuk skuad penyu...ternyata penyu tidak lagi menangis.....syabas kepada hero2 Terengganu kerana tidak putus semangat hingga titisan akhir...Apa yang boleh disimpulkan perlawanan akhir semalam...memang yang terbaik pernah AHE tonton. Dengan berbekal baki beberapa saat Terengganu berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan gol sendiri skuad kelantan. Semangat juang begini harus dikekalkan untuk memartabatkan sukan dimata dunia..Harap-harap lepas ni Terengganu dapat menjulang Piala Malaysia pula. Hasil ramalan AHE (entry semalam)yang dibuat semalam juga tepat...hehehe...

Penjaring:

Terengganu - Mohd Daudsu Jamaluddin (gol sendiri pada lima minit tambahan),
Ahmad Nordin Alias (min-109)


Kelantan - Mohd Nurul Azwan Roya (min-79)


Saturday, June 11, 2011

Piala FA final Penyu lwn Kijang

http://img718.imageshack.us/img718/4946/dsc0054ju.jpg

Pasukan manakah yang bakal menylang Piala FA malam ini???????
Bagi aku tentulah sokong negeri kelahiran sendiri Terengganu..korang???? Harap harap skuad penyu berjaya membawa pulang piala tersebut. Ayuh wira2 ganung..."mung seme bulehhhhh" "peteh terengganu peteh"

score Awien Heritage untuk mlm ni
Terengganu 2 - Kelantan 1


Awien Heritage ==> harap2 HAZAMA juara AF9 esok...hehehe

KIsah yang menyentuh hati..Untuk renungan bersama...

Entry diambil dari blog CIK INN...

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat
Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7
tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota kediamannya
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga"
dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan
anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan
risalah-risalah Islam itu, tetiba hari menjadi amat dingin
dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih
kering dan panas dan seraya berkata,

"Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?".

"Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar
menyampaikan risalah Allah".

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan
juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk
neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar
dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu,

"Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan
risalah-risalah itu kepada anaknya.
"Pergilah nak dan berhati-hatilah".

"Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah".

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan
hujan.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut
kepada sesiapa pun yang dijumpainya.

Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan
memberikan risalah kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah
"Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya.
Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai
jika masih ada risalah di tangannya.
Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa
yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok
di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri
rumah terbabit.

Apabila sampai sahaja anak iman di rumah itu, lantas
ditekannya loceng rumah itu sekali.

Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun
tiada jawapan.

Diketuk pula pintu, namun sekali lagi tiada jawapan.
Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin
rumah inilah harapannya agar risalah terakhir diserahkan.

Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.

Akhirnya pintu rumah dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang wanita dalam
lingkungan 50an.

Mukanya suram dan sedih.

"Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Dengan wajah bersinar-sinar seolah-olah malaikat dari
langit si anak berkata,

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin
menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik
dan sentiasa memelihara makcik".

"Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah
akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah".

Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu",
dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula,
seperti biasa Imam memberikan ceramahnya.

Sebelum selesai dia bertanya,

"Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan
berdiri.

Dia adalah perempuan separuh umur itu.

"Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang
kenal saya'.

"Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali".

"Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas
saya bukan seorang Muslim".

"Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan
meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini".

Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan
untuk membunuh diri".

"Jadi saya ambil kerusi dan tali".

"Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak
tangga menuruni".

"Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher".

"Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng
rumah saya berbunyi".

"Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun
yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab".

"Kemudian ia berbunyi lagi".

"Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan
sekali lagi".

"Saya berkata sendirian, belum pernah pun ada orang
yang tekan loceng itu setelah sekian lama".

"Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"


"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak
yang comel itu".

"Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya
memikat".

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin
menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan
sentiasa memelihara makcik, itulah kata-kata yang paling
indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan.

Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah
itu setiap muka surat".

"Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap
nyawa saya diletakkan semula di tempat asal".

"Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang
bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang
satu iaitu ALLAH.

"Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah,
sebabnya saya di sini hari ini.

"Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada
hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya
di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang kering.

Ada juga yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas
terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar
dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat itu dikira Jumaat yang paling indah dalam
hidupnya.

Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada
pada hari ini.

Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya.

Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis.

Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya
yang penyayang.

Renung renungkanlah....

Awien Heritage ==> Subhanaallah..

Wednesday, June 8, 2011

Lirik Hatiku Milikmu – Nera AF9

Pertama kali dengar lagu Hatiku Milikmu nyayian Pelajar AF9 iaitu Nera sudah terasa jatuh cinta...adoiiiiiii jiwang plak...Walaupun Nega tersinggir dalam AF9 tapi tetap suka. pertama cantik kedua lak suara ala-ala serak basah tu yang jd sedap....
Korang kalu nk dengar nyayian Nera boleh la jalan-jalan kat Youtube. tak pom meh klik kat link ni...NERA HATIKU MILIKMU

Nera AF9 Seksi

Pernahkah engkau hargai
cintaku yang sejati
pernahkah engkau mengerti
akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
memberiku sejuta pilu
betapa agungnya asmaramu
membuatku terpaku

Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

Kan kuabadikan dikau
suatu kenangan yang manis
yang tak mungkin aku lupa
untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
dapat jadi yang terindah
di dalam hidupku ini

Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku

Korus

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku ini
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

Aku coretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
agar jadi yang terindah
dalam hidupku ini

Awien Heritage ==> sure kalau dengar boleh cair dengan suara Nera..patut Azri(Pelajar AF9) suke kat nera ni..hehehe...apa2 pom hope HAZAMA juara AF9


Tips Menggunakan Komputer Agar Mata Tidak Rosak

Tidak hanya menyebabkan mata menjadi letih, menatap skrin komputer terlalu lama juga boleh merosakkan mata. Untuk mengelakkan perkara tersebut tidak terjadi, berikut beberapa cara menggunakan komputer yang tepat.

Menurut sebuah kajian, skrin komputer tidak memancarkan radiasi berbahaya seperti sinar X atau cahaya ultraviolet.

Jadi, keletihan yang biasa terjadi semasa menatap skrin komputer terlalu lama bukan kerana paparan sinar monitor, melainkan oleh faktor lain, seperti yang dikutip dari lifemojo.

Faktor lain tersebut adalah pencahayaan yang buruk, posisi komputer atau barang lain yang tidak betul. Ketegangan yang berlebihan pada mata atau yang biasa disebut Computer Vision Syndrome dapat mengakibatkan mata gatal atau terasa terbakar, penglihatan kabur serta sakit kepala.

Beberapa langkah yang boleh kita lakukan untuk melindungi mata dari keletihan dan ketegangan. Perkara yang paling utama dan harus dilakukan adalah pengaturan posisi komputer dan pencahayaan. (Ergonomik)

1. Jauhkan komputer kurang lebih 20-30 inci atau lebih kurang sepanjang lengan dari mata anda. Usahakan agar monitor sejajar dengan arah pandang mata anda.

2. Sengetkan skrin monitor ke belakang sebanyak 19 hingga 20 darjat. Ini berguna untuk mendapatkan jarak pandang yang optimal.

3. Atur cahaya monitor agar tidak terlalu silau atau terlalu redup. Jika cahaya terlalu terang, gunakan filter atau pelindung anti-silau. Jangan lupa untuk mengatur brightness untuk mendapatkan kontras yang tepat antara huruf dan latar belakang. Jika melihat adanya flicker pada skrin komputer, sebaiknya monitor diganti segera.

4. Jika terpaksa membaca dokumen yang panjang atau menggunakan komputer dalam waktu yang lama, cubalah untuk menggunakan skrin komputer serta ukuran huruf yang lebih besar. Ada baiknya menggunakan skrin komputer LCD kerana lebih boleh diterima dengan baik oleh mata.

5. Gunakan kerusi yang dapat di’adjust’ rendah-tinggi dan ada penyandar. Selain itu, gunakan juga meja yang stabil dan tidak mudah goyang.

Sumber : Isuhangat.net