Monday, April 4, 2011

Kontroversi bukan penghalang FS untuk menang ABPBH 2010

Walaupun ramai yg tidak menyukainya aku tetap minat dia dari start dia berlakon sampai hari ni..ntah la maybe suka tgk muka dia yg lawa kot...huhuhu...minat yg lawa sje..kihkih..dan aku sokong 100% kemenangan dia mlm td....hehe...go go FS..:)

fasha sandha

gambar ihsan dari budiey.com

Awien Heritage==> sorang lagi artis yg mendapat tempat dihati hingga kini ialah Rita Rudaini isteri kepada pemain bola sepak negara Aidil Zafuan..

"Adnan" dah xsempit lg.....Bintang Paling Popular 2010



"Terima Kasih Dato Siti kerana menarik diri" tu antara kata-kata Pemenang Bintang Paling Popular 2010....mungkin penangan Adnan Sempit dan Ngankung yang membolehkan Sam menjulang trofi yang ramai idamkan....Aku sebenarnya dah agak dah....kalau x Sam mesti Zizan dapat title tu....nmpknya rezeki lebih menyebelahi Sam.Ape2 pom sekalung tahniah diucapkan....fuyoooo...dapat kereta tu, duit lg...kawin bile plak???? hehe

Apa yang xboleh lupe pasal Sam...perkataan "derr" menjadi ikutan remaja zaman skrg....

Sedikit info Pasal Shaheizy Sam

1. Nama penuh: Shaheizy Sam Abdul Samad
2. Tarikh lahir: 4 September 1982
3. Tempat lahir: Petaling Jaya, Selangor
4.Drama: Pa’e, Bisikan Hati, Elly, Noda Semalam, Kasanova XXL, Jangan Pandang Belakang The Series, Asmaradana, Seiras Maya, Graduan, Bisikan Hati, Odisi, Adnan Sempit The Series
5.Filem: Sama Tapi Tak Serupa, Evolusi KL Drift 2, Jangan Pandang Belakang Congkak, Syurga Cinta, Adnan Sempit, Niyang Rapik, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Kongsi
6. Anak kepada pelakon Khaty Fauziah

Awien Heritage ==> berangan sampai tua lerr nk dapat kereta free...huhu

Saturday, April 2, 2011

"MY LOVE" meragam minta dibelai.....aduhhhhh

"MY LOVE" meragam minta dibelai...haha...taju pom dah seremmmmm...."MY LOVE" tu ditujukan khas untuk WSP7207 (Win Super Power) kihkih..kereta yang membuatkan kocet selalu bocor...huhu...nk dijadikan cerita hampir 2 bulan aku tidak membelai( basuh dan servis dengan baik) asyik kesana kemari...yer la sejak 2 menjak ni aku asyik ulang alik hospital menjaga ABAH yang kurang sihat akibat penyakit BUAH PINGGANG dimana doktor sahkan kedua-dua gagal berfungsi....so skrg ABAH sedang menjalankan DIALYSIS sebanyak 4 kali sehari bagi menstabilkan buah pinggangnya..Aku harap korang doakan yang terbaik untuk abah k.....isyallah amin... K K berbalik pasal MY LOVE meragam...klu xsilap ari jumaat mlm, jam 9.30 mlm, masa tu aku dah nk balik umh setelah seharian menjaga abah..tetiba masa nak start enjin satu letupan telah berlaku dibahagian enjin...adoooooo.....dalam hati habis la klu enjin meletup... aku bukannyer tau sgt pasal benda2 dlm enjin ni..... Apa yg dlm kepala otak aku mase tu hanya pomen...serta merta aku kol dan dia kate tunggu sok pagi...so bermalam la "MY LOVE" ku dihospital juge..... Sok2 pepagi aku dah tercongok di sebelah kereta, ia la sapa xrisau "MY LOVE" tido sesorang kat hospital kan...hehe...selah beberapa minit menunggu abang pomen pom dtg, setelah ditelik menelik rupa2nya wajar bateri terbakar...kata abg pomen nasib mase meletup kereta xbergerak..kalu x ntah la apa yang terjadi......nasib baik....syukur padaMU ya allah...

Pengajaran nya ==> Jgan pandai bawak jer, sesekali ambil tau ckit pasal kompenen dlm kereta klu x, gni la jdinya...adeiiiiii terkene batang hidung sendiri.....

Sebelum abg pomen "merawat" MY LOVE ku..sempat pekena KFC ngan my mom...yer la dri pagi xmkn....mau peyot xberbunyi....

apebenda nama tah..aku pandai order jer...:)

Awien Heritage==> pasni aku akan rajin2 kan diri membelai mu....huhu

AKU, TOMOK dan HOTLINK

Tarikh : 19/03/2011
Masa : 2.00 Ptg
Tempat : Primula Beach Resort Kuala Terengganu


Entry ni nk dibuat sebulan yg lalu..tetapi kekangan masa membuatkan aku simpan dulu untuk tatapan sahabat2 yg sudi membaca blog yang xseberapa ni...entry sebelum ni pom dah diwar2 kan mengenai konsert ni kan...kali ni just nk tunjuk berberapa keping gmbar yang sempat disnap dan paling sedih hasrat nk bergambar ngan penyanyi febret dari sekolah menengah tidak kesampaian..sedeyyyyyy...(tu sbb entry pasal ni lmbat kuar...hihi). ape2 pom terima kasih daun keladi untuk hotlink kerana KAU, aku dapat tgk TOMOK secara dekat.....belum pernah seumur hidup ni....nasib aku xpegi peluk tomok jer...kihkihkih..ayat xboleh blah...sori2 tunang tomok sy gurau jer....huhu...

k k melalut plok..jom2 tgk gmbar yer....gmbar xbyk pom yg menarik...wawawawawaaaaa....mood masih lg bersedeyyyyyyyyyy.......

Tomok sedang menghayati lagu sejarah mungkin berulang....
Xboleh ngan tuan punya body, poster pom jd laaaaa...Besama DJ Nasa
Awien Heritage==> kepada umira a.k.a chubby lain kali rajin2 la kol thr ea..mane tau dpt tiket lg ker...heheheh...nt boleh bg sy satu..kihkih

Thursday, March 31, 2011

Malaysia 'mangsa' gempa jiran


PETA menunjukkan kedudukan Malaysia yang terletak berhampiran Lingkaran Api Pasifik menyebabkan ada kemungkinan turut menerima kesan jika berlaku gempa bumi kuat di negara-negara jiran.


KUALA LUMPUR – Kajian mendapati Malaysia akan turut berisiko menerima tempias gegaran dari semasa ke semasa sekiranya bencana alam yang teruk berlaku di Sumatera, Pulau Jawa dan Filipina.

Walaupun negara ini tidak termasuk dalam Lingkaran Api Pasifik namun fenomena itu diakui oleh Jabatan Mineral dan Geosains sendiri melalui kajian yang dilakukan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Yunus Abdul Razak berkata, jika gempa bumi melanda Sumatera, sebahagian kawasan di Semenanjung Malaysia akan terasa gegaran manakala Sabah dan Sarawak pula menerima kesan sama jika bencana itu berlaku di Filipina.

“Kepingan tektonik bumi dan titik gempa di negara ini dalam keadaan solid (kukuh) berbanding negara lain yang sentiasa aktif.

“Namun negara ini tidak akan terlepas merasai gegaran sama ada kuat atau sedikit akibat tempias daripada kedua-kedua negara itu dan ia bergantung kepada skala di mana titik gempa di dua negara itu sama ada cetek atau dalam,” ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

Sumber Kosmo

Awien Heritage==> Semoga kita rakyat Malaysia dijauhkan dari musibah..amin....