Tuesday, December 21, 2010

SPA ambil 41,840 kakitangan awam hingga 30 November 2010

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melantik seramai 41,840 calon bagi mengisi kekosongan pelbagai jawatan dalam perkhidmatan awam sehingga 30 November lalu.


Pengerusinya, Tan Sri Jamaluddin Ahmad Damanhuri berkata, suruhanjaya itu menerima lebih 1.2 juta permohonan yang dibuat secara dalam talian bagi tempoh berkenaan.

Pada tahun lalu, katanya, SPA menerima lebih 1.5 juta permohonan dengan seramai 50,756 calon dilantik ke pelbagai jawatan yang ditawarkan dalam perkhidmatan tersebut.

"SPA menjangkakan dapat melantik kira-kira 50,000 anggota menjelang penghujung bulan ini seperti yang dilakukan pada tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat temuduga SPA cawangan Alor Setar di sini hari ini.

Pusat temuduga yang terletak di aras lapan bangunan Wisma Persekutuan di sini itu dilengkapi dengan infrastruktur moden dan dapat menampung seramai 320 calon pada satu-satu masa.

Ia mempunyai sembilan bilik temuduga, sebuah bilik pemeriksaan fizikal, ruang menunggu untuk calon dan kemudahan Internet.

Jamaluddin berkata, SPA akan melakukan pembaharuan dalam urusan pengambilan kakitangan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kualiti sumber manusia dalam perkhidmatan awam selaras dengan Model Baru Ekonomi (MBE) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Menurut beliau, suruhanjaya itu kini dituntut untuk memainkan peranan secara proaktif bagi menarik bakat yang terbaik untuk berkhidmat sebagai kakitangan awam.

Sementara itu, mengenai pembukaan pusat temu duga berkenaan, Jamaluddin berkata, ia bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada calon-calon khususnya dari negeri ini yang berurusan dengan SPA.

Katanya, kewujudan pusat seumpama itu yang kelima selepas dibuka di Kota Bharu; Kuantan; Ipoh dan Johor Bahru merupakan manifestasi suruhanjaya berkenaan untuk mendahulukan pelanggan dan mendekatkan lagi perkhidmatannya ke peringkat negeri.

p/s : Bila la aku menjadi salah seorang daripada calon itu???????.....Ya Allah permudahkanlah rezeki hambamu ini Ya Allah..amin....


- UTUSAN

Selekoh Maut - 27 maut

Lagi berita membabitkan kemalangan bas yang mana 27 terbunuh di di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, berhampiran Kampung Juang, di sini. Persoalanya..makin banyak kemalangan Bas akhir-akhir ini...Apakah punca utama berlakunya kejadian demikian??????

Foto

REMUK...keadaan bas yang terbabit  dalam nahas ngeri di Jalan Simpang  Pulai-Cameron Highlands, semalam.

IPOH: “Kejadian berlaku begitu pantas dan saya melihat beberapa penumpang tercampak keluar selain ada antara mereka diseret badan bas yang menggelongsor lebih 50 meter,” kata Monat Rahen, 19, antara saksi terawal kemalangan terburuk dalam sejarah negara yang mengorbankan 27 nyawa, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, 24 pelancong Thailand dan tiga rakyat tempatan terbunuh manakala 10 lagi parah apabila bas persiaran dua tingkat dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, berhampiran Kampung Juang, di sini. Teruskan membaca..


Sumber Metro online

Monday, December 20, 2010

Dunia hampir ke penghujung....

Dunia2....benda yang kita takutkan sudah perlahan2..timbul....astarfirullah allazim...

Senat AS lulus gay dalam tentera


BEKAS komander tentera laut Amerika Syarikat (AS), Zoe Dunning (tengah) meraikan kemenangan kelmarin di San Francisco selepas Dewan Senat meluluskan untuk menggugurkan undang-undang menghalang gay daripada mendedahkan identiti semasa berkhidmat dalam tentera.


WASHINGTON - Dalam satu undian bersejarah untuk hak-hak gay, Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) kelmarin bersetuju untuk menggugurkan undang-undang yang melarang golongan gay berkhidmat secara terbuka dalam tentera negara itu.

Seramai 65 senator di dewan tersebut bersetuju untuk menggugurkan undang-undang berusia 17 tahun itu berbanding 31 yang menentang.

"Sudah tiba masanya untuk mengiktiraf bahawa pengorbanan, keberanian dan integriti tidak lagi ditakrifkan menerusi orientasi seks," kata Obama yang berikrar untuk menggugurkan undang-undang tersebut pada 2008.

Sebelum ini golongan gay terpaksa menyembunyikan identiti mereka dengan tidak boleh memberitahu rakan-rakan bahawa mereka adalah gay jika tidak mahu dipecat. - AFP

Saturday, December 18, 2010

Erti D.U.I.T dalam Islam


D

Kita memerlukan D. D = Doa. Pasti kita perlu doa untuk berjaya di dunia dan akhirat, semua orang di dunia ini mesti berdoa untuk sukses dan jika kita rajin beribadah,pasti doa kita akan dikabulkan Allah SWT.Namun jika doa kita tidak dimakbulkan, mungkin ada hikmah disebaliknya hanya Allah SWT yang mengetahui.

U

Kita memerlukan U. U = Usaha. Setelah berdoa kita perlu usaha. Doa tanpa usaha bagaikan hanya menyerahkan bulat-bulat kepada Allah SWT. Percayalah walaupun kita berdoa sepanjang hari tanpa berusaha susah doa kita akan terkabul.

I

Kita memerlukan I. I = Ikhtiar. setelah Usaha kita perlu Ikhtiar. Ikhtiar adalah usaha manusia untuk memenuhi keperluan dalam hidupnya, samada material, spiritual, kesihatan, dan masa depannya agar tujuan hidupnya selamat sejahtera dunia dan akhirat terpenuhi. Jika kita telah berusaha tetapi tidak berjaya kita berikhtiar dengan mencari di mana silapnya usaha kita itu dan mungkin juga cara kita berdoa.

T

Kita memerlukan T. T = Tawakal. Setelah kita melakukan yang diatas kita perlu Tawakal. Tawakal adalah pasrah kepada Qada dan Qadar Allah SWT. Jangan berputus asa jika kita belum ditakdirkan mendapat apa yang kita citakan.

Dari Umar bin Khattab ra berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rezeki (oleh Allah SWT), sebagaimana seekor burung diberi rezeki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang (HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).

sumber isuhangat...

Suruh jawi Cekup Ibu

Macam-macam hal terjadi pada..dulu benda yang mungkin janggal tidak berlaku di Malaysia..sekarang tidak mustahil...seorang ibu sanggup bersama dengan teman lelaki di didepan anak2...ish mcm2 hal....

Keratan dari Harian Metro

PUTRAJAYA: Seorang ibu tunggal dicekup bersama lelaki muda atau ‘anak ikan’ belaannya di sebuah rumah di Presint 9, di sini awal pagi kelmarin selepas diserbu penguat kuasa agama yang bertindak atas aduan anak wanita itu sendiri.

Serbuan dilakukan pada jam 2.50 pagi oleh sekumpulan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Putrajaya hasil maklumat anak wanita itu mengenai ibunya berusia 40-an yang sering membawa balik teman lelakinya berusia 20-an dan tidur bersama sejak beberapa bulan lalu. Teruskan membaca