Tuesday, March 31, 2009

Jangan makan air tangan orang tak solat

Buat peringatan untuk kita yang sentiasa 'sibuk' /mencari alasan... .dll

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir..
Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa A.S. Begini kisahnya...

pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak de .. zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), "kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam. " Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.

Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah... Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah..

Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brgsiapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu.. lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi... Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam..

Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.. Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.. anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat.. tak gamakkan?

tapi..lain pulak halnya dgn kita ni.. pagi petang.. mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia.. gelap lah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu." jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan Kelak.

Kepada kawan-kawan cuba anda renungkan apa yang diperkatakan hal diatas...

Wednesday, March 25, 2009

BURUAN CINTAKU

Rindu tertikam
Sunyi mendakap dalam..
Bila nafasmu mengetuk tersebak jasadku
Bila jasadmu menyentuh menangis tenang kalbuku..
Cinta duniawi telunjuk kaku
Jiwaku terbang berteman angin yang melambung anganku

Cuba kuburu..
Jiwaku terkunci dalam dinding kaca terikat pada ranting yang terurai
Namun..tekad menjalar azam mendekati
Cuba memburu..
Hatiku berdenting memanggil
Jiwaku berlutut dalam diam tak terpeta kata
Memanggil sayu..membisik rindu..

Hatiku terus dirasuk
Kesilapanku terus memburu
Hitam datang lagi memaku lebih gelap berdebu..
Tiada gentar menghimpit
Tiada gusar tersepit kerna..
Tepisan cahaya pancaran kilauannya walau tanpa rembulan..
Dijemput teman tika kebuntuan mengusir kekosongan peneguh keperibadian
Menjadi buruan dikala kesepian

Layakmu pemandu penyuluh jalan
Guru memanah cinta Ar-Rahman..
Padanyalah mengalir segala sinaran disetiap tatapan..
Padanyalah mengalir sinar harapan disetiap titipan..
Mungkin harus kudakap erat tubuhmu duhai Al-Quran..
agar tak bisa lagi menjadi buruan..


Oleh : ARIA_hati
Editor: naadherah

Tuesday, March 24, 2009

Hanya kerana pencungkil gigi

Ada satu ceramah...disampaikan oleh Ustaz Ahmad Ismail daripada Singapura...

Di riwayatkan begini.....

Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT....

Maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.

Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..

Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan..... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.

Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.... astaghfirullah al azim...
elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini...

Adakah kita pernah mengambil barang-barang drpd office samada drpd sekecil-kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa balik ke rumah untuk digunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita ???

Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan? Sekecil-kecil barang seperti tupperware, kaset dan sebagainya.. ..?

Ini belum kira mencuri masa pejabat untuk kegiatan peribadi.

Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar...
Azab neraka itu adalah benar...
Dan syurga itu adalah benar...

Wassalam...


P/S: RASA NAK NANGIS.....TERASA JUGAK NIH....!!!!

sumber: isuhangat.blogspot.com



Monday, March 23, 2009

Air Mata Keinsafan

Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi?
Kenapa begiru sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku?
Begitu hitamkah hati ku ini?
Begitu menggunungkah dosa diri ini?
Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah?
Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?

Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa…?
Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w?
kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain?
Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam….
Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah..
Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah……
Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu...

Ya Allah……
Hinanya diri ku ini ya Allah…
Kotornya diri ku ini ya Allah…
Jijiknya diri ku ini ya Allah…
Berilah hidayah padaku ya Allah…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat…
Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku…
Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini…
Tidak sanggup ya Allah….
Segala-galanya aku berserah pada Mu…
Aku tidak apat membayangkan diriku tanpa pimpinan-Mu ya Allah…
Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu…
Astaghfirullahalazim…
Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku….
Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya….

Air mata membasahi pipi….
Adakah ini air mata keinsafan???
Ini adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini…
Diri ini sedih dengan apa yg telah hambaMu ini lakukan….
Aku ingin meminta sesuatu dari Mu..
Tapi aku sungguh malu padaMu ya Allah..

Aku teringat perjuangan Hassan Al-Banna..
Aku sangat mengagumi perjuangan beliau…
Aku mengagumi perjuangan Syed Qutub…
Tapi ya Allah…aku malu ya Allah untuk menyatakannya…
Masih layakkah diri ini menyebut nama Hassan Al-Banna? Nama syed Qutub?
Masih tersisakah pejuang sepertinya untuk diri ini….
Malunya aku ya Allah dengan permintaan ini...
Aku tidak layak memikirkan tentangnya..
Wanita seperti manakah yang Kau pilihkan untuk mereka…?
Wanita yang bagaimanakah yang telah Kau pilih untuk melahirkan mereka?
Semestinya seperti Zainab Al-Ghazali dan mereka yang seangkatan dengan beliau…
Aku ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka.
Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah.
Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita.
Aku ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid seperti Hassan Al-Banna.
Masih tersisakah mujahid seperti Al-Banna untukku ya Allah…?
Layakkah diri ini untuk menjadi peniup semangatnya?
Aku sungguh malu menyatakannya ya Allah…
Sungguh hina diri ini…sungguh kotor diri ini…
Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka…

Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir,
namun ia masih tidak mencukupi untuk menyatakan rasa bersalah dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi...

Ya Allah…..
Pimpinlah daku…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat cuma
Aku tidak sanggup dibiarkan dlm lumpur dosa2 hina….
Ampunilah aku ya Allah….
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…


source: www.iLuvislam.com

Tuesday, March 17, 2009

Penangan Ilmu Lubang Jarum...

Berhati2 kalau nak buang pads…mcm2 org boleh buat…gerun baca kisah nih

Buat renungan bersama.......

ULAT KELUAR DARI KEMALUAN

Kira-kira 10 tahun lalu, Pak Lah datang ke rumah Pak Cu Rani untuk memintanya mengubati penyakit anaknya yang terkena ilmu hitam. Ita (bukan nama sebenar) merupakah anak Pak Lah yang sulung. Pada mulanya Pak Cu Rani agak keberatan kerana inilah kali pertama dia berhadapan dengan situasi yang sedemikian. Penyakit yang terkena Ita sememangnya sukar untuk diubati.

Bagi Pak Cu, dia bukanlah seorang bomoh handal kerana kebolehannya hanya bergantung kepada jenis ilmu yang ditujukan. Setelah mendengar serba sedikit daripada Pak Lah, Pak Cu berasa simpati dan mengambil keputusan untuk pergi melihat sendiri keadaan anak Pak Lah itu.

"Begini sajalah Pak Lah, saya bukanlah pandai sangat, setakat nak tengok-tengok tu bolehlah. Segala ikhtiar dan usaha itu segala-galanya bergantung kepada kehendak dan izin Allah. Saya sekadar berusaha.." kata Pak Cu merendah diri.

Pak Cu mencapai bajunya yang tersangkut di tiang dan terus pergi ke rumah Pak Lah yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya. Ketika Pak Cu menjejaki halaman rumah Pak Lah, kelihatan ramai sanak saudara yang datang menziarahi Ita. Kebanyakkan daripada mereka kelihatan muram dan sedih. Kesayuan dan kesedihan jelas terukir pada wajah mereka.

Apabila Pak Cu memasuki rumah Pak Lah, matanya terus terpandang kepada sekujur tubuh yang terletak di tengah-tengah ruang tamu. "MasyaAllah…" rasa sayu dan terkejutnya bukan kepalang. Ita yang terkenal dengan kecantikannya boleh berubah dengan sebegitu rupa. Kecantikannya telah berubah menjadi wajah yang pucat lesi. Matanya menjadi bulat, lengannya menjadi terlalu kecil sebesar buluh runcing. Beliau hanya mampu mengaduh dan mengerang kesakitan.

Namun apa yang lebih menyedihkan lagi apabila Pak Cu menyaksikan perut Ita yang sebar sebesar tempayan. Perutnya itu semakin membesar sehingga tidak mampu lagi ditampung oleh badan Ita yang sekecil itu.

Cubalah kita renungkan perasaan ibu dan bapanya. Siapa yang sanggup melihat anak kesayangan menjadi sebegitu rupa. Siang dan malam hanya mendengar rintihan kesakitan. Bagi Pak Lah dan isterinya, mereka sudah kering air mata dan tidak mampu lagi untuk berbuat apa-apa. Bukannya tidak mahu berikhtiar tetapi sudah beribu-ribu duit habis dibelanjakan untuk mengubati anaknya itu.

Namun bagi Pak Cu yang tinggi ilmunya, dari kali pertama dia memandang tubuh Ita, dia sudah tahu sememangnya Ita telah terkena ilmu hitam. "Memang sah Ita terkena ilmu 'Lubang Jarum'. Ilmu ini selalunya datang dari bomoh-bomoh Siam bagi mereka yang ingin melaksanakan niat jahat. Ianya terlalu jijik dan dialknati agama", kata Pak Cu kepada Pak Lah yang duduk disisi anak kesayangannya itu.

Menurut Pak Cu, mereka yang mengamalkan ilmu 'Lubang Jarum' ini telah melakukan perkara yang paling terkutuk iaitu mengambil surah Yassin dan mengelap najis padanya setiap kali membuang air besar selama 7 hari berturut-turut. Satu lagi benda yang digunakan ialah mendapatkan tuala wanita yang masih terdapat darah haid. Surah Yassin yang disapu dengan najis tadi dibakar dan disapukan pada tuala wanita tersebut. Kemudian kedua bahan tadi diberikan kepada bomoh untuk dijampi dan dipuja.

Betapa kejam dan terkutuknya perbuatan manusia sehingga sanggup melakukan kerja yang dilaknati agama. Mereka ini sememangnya telah terpesong jauh dari ajaran Islam kerana sanggup melakukan perkara sedemikian.

Setelah dijampi dan dipuja, pengamal ilmu ini hendaklah pergi mencari satu mata air yang sedang mengalir kemudian bahan tadi hendaklah digunakan bagi menutup lubang bagi menyekat aliran air supaya tidak mengalir. Selagi lubang itu tertutup selagi itulah darah haid tidak akan keluar dari kemaluan wanita yang dituju itu dengan ilmu hitam tersebut.

Kepada para wanita, berhati-hatilah semasa membuang tuala wanita kerana khuatir boleh dijadikan bahan untuk melaksanakan niat jahat seseorang. Berdasarkan cerita dan pengamatan Pak Cu, dia sedar bahawa Ita telah terkena ilmu hitam oleh seorang pemuda yang sangat tergila-gilakannya.

Memang benar, Ita pernah menolak cinta seorang pemuda kerana pemuda itu khabarnya seorang pengedar dadah. Pemuda itu merasa kelakiannya tercabar lalu menyimpan dendam apatah lagi bila mendengar Ita telah bertunang dengan Lokman seorang pemuda yang selama ini menjadi musuhnya. Keadaan ini menyebabkan pemuda itu hilang pertimbangan sehingga sanggup melakukan perbuatan sedemikian bagi melaksanakan dendamnya.

Pada peringkat awal, pemuda tersebut telah melemparkan fitnah kepada Ita dan Lokman dengan mengatakan mereka telah membuat hubungan sulit sehingga Ita mengandung. Ramai penduduk kampung terpengaruh dengan kata-kata pemuda itu sehingga Pak Lah dan isterinya juga turut percaya. Masakan tidak percaya kerana perut Ita semakin hari semakin membesar.

Lalu Ita dipukul dan dihalau oleh Pak Lah kerana dia beranggapan Ita telah mencemarkan nama baiknya. Namun begitu Ita dan Lokman masih tetap mempertahankan kesucian cinta mereka. Ita telah keluar dari rumah setelah dihalau oleh kedua ibubapanya sendiri dan menumpang di rumah ibu saudaranya di kampung seberang untuk beberapa bulan sehinggalah keadaannya benar-benar tenat barulah Pak Lah datang mengambilnya semula.

Ketika Pak Lah datang, keadaan Ita sudah teruk. Rasa menyesal tidak terhingga di hati Pak Lah kerana telah menuduh Ita tanpa usul periksa. Mujurlah adik iparnya telah menjaga Ita dengan baik. Pernah beberapa kali iparnya datang memujuk agar menerima Ita kembali kerana iparnya tidak percaya Ita melakukan perbuatan terkutuk itu dan dirasakan Ita telah terkena ilmu sihir.

Apa yang lebih mengharukan, Ita turut dikeji dan dihina oleh penduduk kampung. Bagi Pak Cu sendiri itulah pengalaman yang paling tragis dan dia juga merasa sedih dan terharu. Begitu kejamnya manusia sehingga sanggup melakukan perbuatan yang sedemikian rupa.

Pak Cu berpendapat, penyakit Ita itu bukan sembarangan kerana daripada wajahnya yang pucat dan badannya yang kurus kering itu terjadi akibat daripada semua darah telah berkumpul di bahagian perut. Jika tidak berhati-hati boleh mengancam nyawa. Atas dasar simpati dan perikemanusiaan, Pak Cu terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk mengubati Ita kerana ia memerlukan proses yang agak rumit. Usaha Pak Cu yang pertama ialah perlu membaca surah Yassin sebanyak 3 kali setiap malam selama 3 malam berturut-turut.

Dalam proses Pak Cu membaca ayat-ayat tersebut, banyak kejadian aneh telah berlaku pada Ita. Ita meracau-racau mengatakan Pak Cu ingin membunuhnya namun Pak Cu tidak menghiraukan kata-kata Ita itu. Setelah membaca Yassin selesai, ia dihembuskan ke dalam air dan kemudian air Yassin itu disapukan pada celah ibu jari Ita. Pada masa itu Ita meraung sekuat hati.

Untuk malam berikutnya, Pak Cu membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali iaitu sebanyak bilangannya selama 3 malam berturut-turut. Ayat-ayat tersebut dibaca dengan tertib mengikut tajwid yang betul. Dalam proses itu, Ita meraung-raung, matanya bertukar menjadi merah dengan urat-urat kelihatan merekah. Ketika air surah Yassin disapukan dikepalanya, rambut kelihatan gugur sehingga kulit kepalanya jelas kelihatan. Sukar untuk dibayangkan betapa dahsyatnya penderitaan yang dialami oleh Ita. Pak Cu masih meneruskan usahanya selama 3 malam. Pak Cu berserah dan bertawakal kepada Allah s.w.t.

Setelah sampai di rumah Pak Lah, dia mendapati keadaan Ita semakin serius dan teruk. Pada malam itu, usahanya agak berlainan sedikit di mana dia terpaksa menggunakan kemenyan, kapas dan buluh runcing yang dikerat bukunya. Ketika ayat Kursi dibaca sebanyak 120 kali, Ita bangun dan meronta-ronta mengamuk dan ingin mencekik semua orang yang ada pada malam itu. Keadaan rumah menjadi kelam-kabut. Masing-masing lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri, Pak Cu segera mengambil air surah Yassin lalu disimbah kepada Ita, barulah dia rebah kembali kepada asalnya. Namun selepas itu, Ita kembali mengamuk dan mengigit lengannya sehingga beberapa bahagian lengan terkoyak.

Boleh dikatakan jika sesiapa yang ada pada malam itu pasti akan menitiskan air mata termasuklah Lokman yang sudah tidak tahan lagi meratapi penderitaan yang dialami oleh Ita yang begitu dahsyat. Setelah selesai membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali, Pak Cu melakukan ikhtiarnya yang terakhir.

Pak Cu mengambil kapas yang dibasahkan dengan air surah Yassin dan dikepal sambil membaca ayat-ayat penyembuh. Kapas tersebut digumpal sehingga menjadi bulat dan kemudian disumbat pada hujung pangkal buluh. Pak Cu mencurahkan air surah Yassin perlahan-lahan ke dalam buluh tersebut sehingga penuh. Dia membakar kemenyan dan mengasap buluh tadi sambil membaca ayat penyembuh. Ita semakin kuat meronta-ronta dan ketika itu atap rumah yang terletak setentang dengan tempat pembaringan Ita tercabut dan terpelanting tiba-tiba. Seluruh tetamu terkejut dan terpaku serta tidak berkata apa-apa.

Pak Cu tahu yang merempuh atap tersebut ialah sejenis makhluk halus yang digunakan bagi melaksanakan niat jahat tersebut. Pak Cu nampak seekor beruk besar dan bertaring panjang sedang merempuh atap sehingga tercabut. Wajah Ita kelihatan berubah dan dia sudah mampu menyebut dan memanggil ayah dan ibunya.

Segera Pak Cu memanggil Pak Lah untuk menyatakan sesuatu. Bagi Pak Cu, apa yang perlu sekarang ini ialah berserah dan berdoa sahaja kepada Allah agar Ita dipanjangkan umur. Ini memandangkan penyakit Ita sudah amat kritikal. Setelah mendapat keizinan Pak Lah, Pak Cu meneruskan ikhtiarnya. Dia mengambil buluh runcing tadi lalu ditiup sambil membaca ayat-ayat suci. Seketika kemudian kapas yang ada pada hujung buluh runcing tadi tercabut dan terjatuh bersama air surah Yassin.

Di saat itu, Ita meraung kesakitan dan darah mengalir keluar dari kemaluannya. Darah hitam pekat busuk itu bercampur dengan ulat-ulat yang cukup meloyakan. Ia terlalu banyak sehingga memenuhi ruang tamu. Pak Lah mengajar Ita supaya mengucap dan ingat kepada Allah.

Seketika kemudian, Ita menghembuskan nafasnya yang terakhir. Seluruh isi rumah ketika itu meratap hiba dengan pemergian Ita yang sungguh menyedihkan itu. Ayam dan itik di bawah rumah habis mati bergelimpangan pada keesokkan harinya disebabkan termakan ulat beracun yang keluar bersama darah Ita malam itu.

Ita telah selamat dikebumikan dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Ita. Sesungguhnya beliau benar-benar telah terseksa sepanjang hidupnya akibat sifat dengki manusia yang tidak berhati perut.

Semoga ia memberi pengajaran kepada semua...amin..

Source://isuhangat.blogspot.com