Wednesday, November 9, 2011

Rahsia Perniagaan Orang Cina


Kenapa ramai bangsa Cina berjaya dalam perniagaan? Tips ini perlu dicontohi oleh semua bangsa untuk lebih berjaya.



1. Bekerja makan gaji itu adalah satu perkara TERPAKSA dan SEMENTARA dan untuk mencari PENGALAMAN HIDUP. Orang Cina perlu menjalankan perniagaan untuk masa depan yang lebih baik!

2. Pelanggan adalah lebih penting berbanding keuntungan. Mendapat keuntungan yang sedikit tidak menjadi masalah asalkan mendapat pelanggan yang setia. Pelanggan adalah RAJA dalam perniagaan dan perlu dijaga sebaik-baiknya.

3. Keluar 1 mangkuk, mesti dapat balik 5 mangkuk. 1 untuk keluarga, 1 untuk simpanan dan 3 untuk modal perniagaan.

4. Jatuh bangun dalam perniagaan adalah perkara lumrah dan biasa asalkan tidak jatuh di tempat yang sama.

5. Wang akan diuruskan dan digunakan sebaiknya untuk mendapatkan wang. Wang bukanlah penghalang untuk berniaga. Jalan pasti ada, pasti ada cara!

Sumber : lepakotak


Awien Heritage --> Thinking positif...pelajaran yang baik diambil dan yang buruk jangan sesekali di ikut yer...baru selamat dunia dan akhirat dan rezeki yang dapat penuh keberkatan dariNYA...insyallah amin...Link

Friday, November 4, 2011

Gaji Programmer Google


gaji pekerja google @ isuhangat

Google telah lama diketahui sebagai tempat terbaik untuk bekerja. Mereka menawarkan makanan percuma, tempat bersenam, tempat berehat dan potong rambut profesional di pejabat mereka di California. Perkara tersebut telah menjadikan mereka syarikat pilihan pekerja dari seluruh perniagaan yang ada di dunia.

Selain dari persekitaran tempat kerja yang relax dan makan free mestilah gaji pekerja Google menarik juga kan. Tahukah anda berapa gaji pekerja-pekerja Google? Data berikut tidak terlalu mudah dicari, jika anda tidak percaya, anda boleh search di Google.

Berikut adalah statistik gaji pekerja Google yang cukup menarik.

1. Google Programmer di Phoenix – $174,000 setahun

2. Google Programmer di California – $197,000 setahun

3. Google Programmer di Chicago – $222,000 setahun

4. Google Programmer di New York – $242,000 setahun

(menurut Indeed.com)

Itu hanya gaji… apa lagi yang ditawarkan Google kepada pekerjanya?

1. Google akan membayar $8,000 setahun jika anda mahu sambung belajar. Mereka hanya mengharapkan keputusan gred “B”.

2. Jika anda memperkenalkan seorang pekerja untuk menjadi staff Google dan mereka bertahan untuk 60 hari, Google akan membayar $2,000 kepada anda.

3. Jika anda hendak mengambil anak angkat, Google akan memberikan $5,000 untuk urusan legal dan kos.

4. Bergantung kepada berapa lama anda bekerja di Google, anda akan mendapatkan sehingga dengan 25 hari bonus hiburan dalam setahun.

Satu lagi perkara yang menarik dari segi pendapatan pekerja Google, menurut New York Times, kira-kira ada 1,000 pekerja Google yang mempunyai saham dengan nilai $5 juta dollar.

Masih menurut New York Times, setiap pekerja yang bersama Google untuk setahun sahaja memiliki nilai lebih dari $250,000.

Pesaing google mengatakan bahawa programmer Google telah menikmati 50% kenaikan gaji dalam beberapa tahun terakhir ini.

Apa yang admin nampak dari kisah pekerja Google ini ialah syarikat yang menawarkan ganjaran dan tempat kerja yang menarik dapat memberi semangat bekerja kepada pekerjanya yang akhirnya mereka akan bekerja bersungguh-sungguh,setia dan rela buat apa sahaja demi keuntungan syarikat.

sumber : isuhangat.net

Awien Heritage --> kalau la company kat malaysia ada sebijik mcm ni kan best bg pekerja-pekerja nya... :)

Thursday, November 3, 2011

Kenali Wanita

a) Tanah - anak pertama, anak kelima, anak kesembilan

b) Air - anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh

c) Api - anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas

d) Angin- anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas


WANITA BERUNSUR TANAH

1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.

2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.

3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.

4) Tidak suka membantah atau membangkang

5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.


WANITA BERUNSUR AIR

1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.

2) Mengambil berat

3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan

4) Menenangkan pasangan.

5) Sangat romantis

6) Mudah menangis


WANITA BERUNSUR API

1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan

2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.

3) Penasihat yang baik

4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga

5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu

6) Berwaspada selalu


WANITA BERUNSUR ANGIN

1) Lemah lembut dan menenangkan

2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu

3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia

4) Bijak mewujudkan suasana selesa.

5) Hati yang cepat berubah ubah


Sumber Blogger

Awien Heritage--> anda berada dikalangan apa????

Tahukah anda pencipta sebenar lagu 'Happy Birthday'?

Siapa Cipta lagu ‘Happy Birthday’?

Awien Heritage --> Pernah tak korang ambil tahu siapakah pencipta asal lagu Happy Birthday...mesti ada juga kan...tadi sambil jalan-jalan kat blog-blog femes awien terbaca satu post dari Blog ZARUL Umbrella ( penyanyi kumpulan yang hencem dan terkenal dengan lagu "RamalanKu Benar Belaka") tu...hehe...teringin awien nak share dengan korang...Abang Zarul halal ek...hihi...sy ni merupakan peminat Umbrella dulu ni...hihi

Jom kita baca entry dari Penyanyi hencem kita ni....:)

Salam semua,korang mesti pernah dengar lagu ‘Happy Birthday’ bukan? Tiap2 tahun mesti korang atleast sekali akan menyanyikan lagu ni utk org tersayang kaum keluarga serta rakan rakan korang bukan?

Tetapi pernahkah korang terfikir siapakah pencipta lagu ni dan dari manakah asal lagu ni sebenarnya? Aku pasti ramai yg tak pernah nak amik tahu pasal hal ni bukan?Ahaks…

FYI,melodi asal lagu ni sebenarnya diambil dari lagu “Good Morning All” yang diciptakan oleh 2 orang adik beradik iaitu Patty Hill dan Mildred J. Hill

Lagu ini dihasilkan pada tahun 1893 semata mata utk anak2 murid mereka nyanyikan pada setiap pagi di sebuah tadika kepunyaan mereka

Dikatakan lagu ini mula diubah liriknya dan mula disiarkan kepada umum pada tahun 1912 tanpa sebarang notis hakcipta.Manakala pada tahun 1935,The Summy Company mula mendaftar hakcipta lagu ini atas nama Preston Orem dan R.R. Forman.Dan pada tahun 1990 Warner Chappel membeli hakcipta lagu ni dengan nilai USD5 juta.

Menurut buku rekod Guiness,lagu ni adalah lagu yg paling dikenali dan kerap dinyanyikan dalam lebih dari 18 bahasa


(shit muzik asal lagu Good Morning To All)

Lirik Good Morning To All

Good Morning to you,

Good Morning to you,

Good morning dear children,

Good Morning To All

Awien Heritage --> lagu paling pendek liriknya...hehe

Tuesday, November 1, 2011

Kebahagiaan Keluarga Angkasawan Negara Pertaman

Suka bila melihat kebahagiaan keluarga Datuk Syeikh Muszaphar. Jelas terpancar di wajah kegembiraan bergelar seorang daddy... berberapa foto-foto awien amik dari blog hiburan terkenal ohbulan... kalau korang nk lihat lebih banyak lagi foto diorang sila-sila la ke Blog OH BULAN yer.... :)

Sheikh Muszaphar & anak

Sheikh Muszaphar & anak

Sheikh Muszaphar & Anak

Awien Heritage --> teringin untuk bahagia macam diorang... :)