Tuesday, November 2, 2010

KRU tetap NO 1 dihatiku...





Jenama kebanggaan tiga beradik (dari kiri), edry abdul halim, norman abdul halim dan yusry abdul halim.

SEJAK kemunculan mereka pada tahun 1992, tiga beradik yang menggelarkan diri mereka KRU pantas meraih populariti. Bermula dengan album perdana mereka, Canggih, KRU terus menakluk industri muzik tempatan dengan mencetus pelbagai revolusi menerusi muzik mereka.

Dengan mempertaruhkan irama hip hop dan rap ketika itu, kehadiran KRU dilihat sedikit canggung sementelah pasaran muzik yang lebih didominasi genre pop dan rock.

Tetapi, berbekalkan semangat dan iltizam yang kuat dan mahu mengubah trend industri muzik, KRU tidak ambil peduli apa kata orang.

Diketuai oleh Norman Abdul Halim selaku ketua kumpulan bersama-sama dua adiknya yang lain, Yusry dan Edry hanya mengambil segala yang positif untuk menjadi bekalan azimat buat mereka.Teruskan membaca

Kredit Utusan Malaysia Online 02/11/2010


Catitan penulis: KRU merupakan kumpulan idola Awien Heritage sejak dari dulu kini dan selamanya..album KRU ialah album pertama awien beli. Dengan kejayaan KRU hari diharap boleh membakar semangat anak muda melayu supaya boleh berjaya sepertinya...Awien Heritage mahu setanding denganya..Insyaallah.

Monday, November 1, 2010

Ferari oh ferari

Cuba anda bayangkan kereta anda berada dicelah-celah "kuda merah" ni? apa perasaan anda? huhu....bagi awien heritage la..fuhh tidak terkata dengan perasaann...bila la agaknya "myvian" ku nak duduk disamping "kuda merah" ni secara realiti...mmmmm berangan je la...:)

Diam Itu Indah

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.

2. Perhiasan tanpa berhias.

3. Kehebatan tanpa kerajaan.

4. Benteng tanpa pagar.

5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.

6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.

7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".

( HR ABU NAIM )

"Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam".

( HR BUKHARI & MUSLIM )

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".

( HR AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,

BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,

KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN,

ORANG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORANG BODOH YG BANYAK CAKAP.

MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH.

YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG

KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA

YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam.

Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yg baik.

Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia. 

Sumber : http://www.facebook.com/notes/muhammad-shafiee-cikdin/sila-lah-baca/156673931019983

Kunci-Kunci Kebaikan Dan Keburukan

Sesungguhnya Allah telah menjadikan bagi segala sesuatu kunci untuk membukanya. Di antara beberapa kunci kebaikan adalah . . .

-kunci pembuka shalat adalah bersuci.

- kunci pembuka haji adalah ihram.

- kunci kebajikan adalah kejujuran.

- kunci syurga adalah tauhid.

- kunci ilmu adalah bagusnya bertanya dan mendengarkan.

- kunci kemenangan adalah kesabaran.

- kunci ditambahnya nikmat adalah syukur.

- kunci kewalian adalah mahabbah dan dzikir.

- kunci keberuntungan adalah takwa.

- kunci taufik adalah harap dan cemas kepada Allah ‘Azza wa Jalla.

- kunci dikabulkan adalah doa.

- kunci keinginan terhadap akhirat adalah zuhud di dunia.

- kunci keimanan adalah tafakkur tentang hal yang diperintahkan Allah, keselamatan bagi-Nya, serta keikhlasan terhadap-Nya di dalam kecintaan, kebencian, melakukan, dan meninggalkan.

- kunci hidupnya hati manusia adalah tadabbur al-Qur’an, beribadah di waktu sahur, dan meninggalkan dosa-dosa

- kunci didapatkannya rahmat adalah ihsan di dalam peribadatan terhadap Khaliq dan berupaya memberi manfaat kepada para hamba-Nya,

- kunci rezeki adalah usaha bersama istighfar dan takwa.

- kunci kemuliaan adalah ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.

- kunci persiapan untuk akhirat adalah pendeknya angan-angan.

- kunci semua kebaikan adalah keinginan terhadap Allah dan kampung akhirat.

- kunci semua keburukan adalah cinta dunia dan panjangnya angan-angan.


Allah Subhanahu wa Ta’ala juga telah menjadikan kunci bagi setiap keburukan. Diantaranya adalah:

- kesyirikan, kesombongan, berpaling dari apa yang disampaikan Allah kepada Rasul-Nya adalah kunci dari terhalangnya dari taufik Allah Subhanahu Wa Ta’ala,

- lalai dari dzikir terhadap-Nya dan melaksanakan hak-Nya sebagai kunci ke neraka.

- khamr (minuman keras) sebagai kunci segala dosa.

- muzik dan nyanyian sebagai kunci perzinaan.

- pandangan pada gambar-gambar (lukisan makhluk hidup) sebagai kunci kegelisahan dan kebimbangan.

- kemalasan dan kesantaian sebagai kunci kerugian dan luputnya segala sesuatu.

- kemaksiatan-kemaksiatan sebagai kunci kekufuran.

- dusta sebagai kunci kenifakan (kemunafikan).

- kekikiran dan ketamakan sebagai kunci kebakhilan.

- berpaling dari apa yang dibawa Rasul sebagai kunci segala kebid’ahan dan kesesatan.

(Kutipan dari sepotong nasihat dari Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah)

Blaine tabik Houdini

BELAJAR DARIPADA GURU...bersama tong susu berkunci yang pernah menjadi tempat Houdini dikunci seketika sebelum berjaya melepaskan diri.

BELAJAR DARIPADA GURU...bersama tong susu berkunci yang pernah menjadi tempat Houdini dikunci seketika sebelum berjaya melepaskan diri.

WAJAH ahli silap mata terkenal dengan aksi jalanannya, David Blaine, tiba-tiba mengukir senyuman sebaik saja diberi peluang istimewa menjenguk khazanah tokoh dikaguminya, Harry Houdini, di New York, minggu lalu.

Kurator Muzium Yahudi di bandar raya itu memberi kebenaran khas kepada Blaine untuk melihat pelbagai barangan ahli silap mata terkenal itu serta memberi penghormatan kepadanya.

Harry Houdini - atau nama sebenarnya, Erik Weisz, lahir di Hungary pada 24 Mac 1874 dan mati pada 31 Oktober 1926 adalah tokoh silap mata terulung dalam sejarah kerana pelbagai kemampuan sensasinya melepaskan diri daripada pelbagai halangan.

Mengenai pengalaman istimewa itu, Blaine berkata, dia teruja dan amat kagum dengan pelbagai barangan silap mata pernah digunakan Houdini itu.

“Saya pasti Houdini akan gembira melihat pameran ini jika dia masih hidup,” katanya.

Antara barangan dipamerkan di muzium itu adalah potongan filem rakaman hitam putih aksi Houdini, poster promosi asal mengenai persembahannya serta beberapa peralatan pernah digunakan dan mengagumkan berjuta-juta penonton, seperti gari, rantai tangan dan kaki, straitjacket (baju untuk dipakaikan kepada orang gila), tong susu dan kotak kayu.

Tidak ketinggalan, peralatan terkenalnya, Sel Seksaan Air serta jarum berbenang yang pernah ditelan dan ditarik semula melalui mulutnya.

Kata Blaine, 37, dia banyak terhutang budi kepada Houdini sehingga membolehkan dia mencipta nama besar di peringkat antarabangsa.

Katanya, antara helah yang selalu membingungkan orang ramai serta polis adalah kemampuannya membuka gari.

“Polis rasa tercabar melihat saya membuka gari seperti anda membuka pintu rumah,” katanya.

Walaupun lahir di Hungary, Houdini dibawa keluarganya berpindah ke Wisconsin di AS ketika masih kanak-kanak.

Houdini meninggal dunia ketika berusia 52 tahun apabila helah silap matanya - dia ditumbuk di perut - tidak menjadi seperti diharapkan.

Helah itu bertukar menjadi tragedi apabila apendiks Houdini dipercayai pecah akibat tumbukan berkenaan.

Namun, kesahihan mengenainya tidak pernah diperoleh apabila tiada bedah siasat dijalankan ke atas mayat Houdini.

Sesetengah pihak mendakwa, kematian itu sengaja direka, manakala ada pihak lain mengesyaki Houdini sebenarnya menjadi mangsa pembunuhan.

Turut mendapat tempat, dakwaan Houdini kononnya diracun pengamal ilmu hitam selepas dia mempertikaikan kemampuan golongan itu berhubungan dengan roh orang mati.

Antara pihak yang disyaki adalah penulis cerita Sherlock Holmes dan orang yang bersimpati terhadap pengamal ilmu hitam, Sir Arthur Conan Doyle.

Sebuah biografi berjudul The Secret Life of Houdini (diterbitkan pada 2006) sekali lagi mengungkit isu berkenaan dan berjaya meyakinkan sesetengah pihak mengenai dakwaan meracun itu.

Walaupun Houdini memandang serius ancaman maut daripada pengamal ilmu hitam itu, dia sentiasa mengembara dari satu tempat ke tempat lain tanpa kawalan keselamatan sepatutnya.

Biasanya, Houdini hanya ditemani isterinya, Bess.

Justeru, pemerhati berpendapat, bukan sesuatu yang sukar untuk meracun tokoh silap mata itu dengan keadaan kawalan keselamatan yang begitu longgar.

Dikenali sebagai pakar silap mata yang licik, Blaine selalu mencipta kejutan hasil inspirasi daripada Houdini.

Aksi berani mati pertamanya - ditanam hidup-hidup selama tujuh hari - dilakukan selepas mendapat restu daripada cucu Houdini.

Lagak ngeri lain pernah dilakukan Blaine adalah dikurung dalam ketulan ais, berdiri di atas tiang setinggi 30.5 meter serta ‘dilemaskan’ dalam air selama beberapa hari.

Blaine juga pernah menghabiskan masa 44 hari tergantung dalam kotak yang disambung kepada kren bersebelahan Sungai Thames di London pada 2003.

Kali terakhir Blaine beraksi adalah pada 2008 apabila dia melakukan pertunjukan Dive Of Death yang menampilkannya digantung terbalik selama 60 jam tanpa sebarang jaring keselamatan di Central Park, New York.

kredit metro online 01/11/2010