Wednesday, October 14, 2009

Akhirnya AKU di KL Tower..hehhe

Entry semlm aku cite pasal "Genap setahun" Aku di kl kan..dan semlm juga selama 1 tahun di Kl akhirnya sampai juga aku kat KL Tower..teruja sungguh rasanya.hahhahaha.."org darat" kata org ganu..First jejak kaki kat Kl ni aku dah berangan nak naik KL Tower tp tak berkesempatan so smlm memjadi saksi aku , Fazi ,Umi akhir sampai juga. Mula2 mmg kitaorg was2 nak masuk ker x,yer la tempat mcm 2 takut gak mahal, bile budak 2 org tu g check berapa harga dengan rasa seronok nya kami masuk dan teruskan aktiviti wajib..hehhe..bergambar la apa lagi sebagai bukti bhawa kami dah sampai kat KL Tower walaupun x sampai kat bulatan yang tinggi 2, tp ckup puas bg kami semua. so mls nak cite panjang korang see the picture yer....

Welcome to KL TOWER

Gambar bersama salah satu mercu tanda MALAYSIA
Bersama dengan pencetus idea untuk ker KL Tower (Umi n Fazi)


Antara kios yang ada

Hiasan semperna Depavali..nice
Berlatar belakangkan alat muzik tradisional
BMW..woi best nya klu dapat nih..kepada pemilik kete ni..minta kebenaran untuk upload ke blog AKU eh..sori bergambar tanpa kebenaran..kredit kepada pemilik BMW nih.2 Mercu tanda kebanggaan kita RAKYAT MALAYSIA



Tuesday, October 13, 2009

Genap Setahun!!!!!!!!!!


13 oktober 2009 genap setahun aku berada kat KL..sekejap jer rase..kl blum lg habis pusing..hehhe..13 oktober 2008 aku n the geng telah melapor diri di SKALI. Byak kenangan selama setahun di KL. Kota metropolitan yang tidak pernah sunyi dari bunyi bising. KL juga terkenal dengan lubuk mencari rezeki, salah seorg dari nya adalah AKU. Selama setahun juga banyak mengajar aku erti kehidupan di Kota. Ssh senang tanpa keluarga tp kami tabah mengharungi nya. Walaupun ramai rakan seperjuangan yang telah meninggalkan SKALI, aku doakan mereka berjaya diluar sana. Yang masih lagi kekal di sini, juga ku doakan sama-sama kita berjaya mencapai apa yang diinginkan. Hepi Anniversary tuk kita semua.

Monday, October 12, 2009

Chill Out Weekend and Open House

Assalamualaikum..lama rasenya xcerita pasal weekend aku ngan kawan2..rasenya dah hampir dua bulan kitaorg satu rumah xg jalan2 bersama. Maybe sebelum ni **** xder ..hhehe dan bertembung ngan raya kot..2 pasal lama xkuar bile weekend. Dan juga open house pun tak ketinggalan jugak..ada juga dikalangan kami yang buat open haouse kat KL ni..biasa la nak buat kampung xsempat so bawak balik Kl..tp best gak suasana lain ckit..hehhehe..time kasih kepada sidah n the geng kerana sudi menjemput kami semua ke rumah yer. , kenyang perut kami..hehhe..tahun depan jgn lupe buat lagi ek..hahha.kami sedia menghabiskan.
Apa-apa pun see the picture k.

Bergambar dengan tuan rumah..
Antara menu lazat yang dihidangkan..best ..
Muka2 kekenyangan
Bersama kereta idaman..heheh
si tembam
Ala2 zaman kanak2..hihi
kanak2 riang..
Welcome to Fun Fair.hehe..Suke baju kat kedai belakang tp ongkos nya ngak ckup..hehhe..next time bli kot..


Air mata Nabi Adam A.S

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Wallahualam..

Kredit kepada isuhangat.blogspot.com

Ustaz dan Gadis

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu beragama Islam, tetapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam‘, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ini bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.

Ringkasnya, kalau taat segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintah-Nya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung...Ustaz tu terkedu sekejap.

Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:”Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”Gadis tu terkejut.

Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik dan orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’.

Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.“Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”Gadis tu terdiam.Ustaz mengakhiri kata-katanya:”Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hamba-Nya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan oleh-Nya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, untuk kebaikan


Kredit kepada layan4u