Drama komedi romantik terbitan Global Station Sdn Bhd itu adalah
karya terbaru Khairul Amri Khalid dan nukilan skrip oleh Shuhadatul Ain
Zakaria dan menampilkan barisan pelakon seperti Remy Ishak, Amyra Rosli,
Ruminah Sidek, Faradhiya, Zack X-
Factor, Hafizzuddin dan Bill Azali.
Ia mengisahkan mengenai Batrisya, lakonan Amyra Rosli yang dibesarkan
dalam keluarga berada di mana segala permintaan dan kehendaknya
dituruti bapanya, Datuk Hisham.
Suatu hari, pekerja restoran
milik Datuk Hisham, Helmi (Remy Ishak) menegur sikap biadap Batrisya
sehingga menyebabkan wanita itu berasa malu.
ANTARA babak Remy dan Amyra dalam drama Ku Cinta Kau Seorang.
Lantas dia pergi berjumpa dengan bapanya di pejabat semata-mata mahu menyuruh bapanya memberhentikan Helmi.
Bagaimanapun, Datuk Hisham enggan melepaskan Helmi kerana
mengenali lelaki itu sebagai anak muda yang rajin dan tidak bermasalah
dalam melaksanakan tugas.
Kecewa terhadap tindakan bapanya yang enggan memberhentikan Helmi, Batrisya bertindak lari ke
luar negara selama sebulan sebagai tanda mogok terhadap sikap bapanya itu.
Perbuatan
Batrisya menyebabkan Datuk Hisham runsing memikirkan dan berjumpa
dengan rakan baiknya, Rahim untuk meluahkan penyesalan kerana terlalu
memanjakan anaknya.
Rahim bukan sahaja seorang sahabat yang setia mendengar keluhan Datuk Hisham, dia juga memberikan pendapat yang terbaik.
Selepas puas bercuti, Batrisya pulang ke tanah
air dan
ketika tiba di hadapan rumahnya, dia terkejut melihat papan tanda
memaparkan tulisan ‘Untuk Dijual’ sebelum bergegas ke restoran bapanya
yang didapati sudah tutup.
Batrisya kemudian berjumpa dengan
Rahim yang menunjukkan surat menyatakan bapanya sudah muflis dan
terpaksa melarikan diri disebabkan banyak berhutang.
Dalam surat itu juga bapa Batrisya menyuruh wanita itu untuk tinggal bersama Helmi dan neneknya yang sudah tua dan nyanyuk.
Helmi
adalah anak yatim piatu, tidak dapat melanjutkan pelajaran atas faktor
kewangan dan terpaksa melakukan banyak pekerjaan untuk membiayai
kos perubatan neneknya yang menghidap penyakit buah pinggang.
Batrisya cuba meminta bantuan daripada dua rakan baiknya
Maya
dan Farah namun mereka enggan membantu dia dengan memberi pelbagai
alasan. Dia juga cuba menghubungi teman lelakinya, Razman, namun hampa.
Sementara
itu, Helmi menjelaskan kepada Batrisya beberapa peraturan di rumah itu
dan dia juga perlu membantu menjaga neneknya jika mahu terus tinggal di
situ. Apakah yang bakal berlaku kepada Batrisya seterusnya?
Saksikan setiap hari selasa jam 9.00 malam di TV3.
p/s : Awien rasa drama ini akan hits sbb lakonan Remy Ishak dan pelakon baru Aymra Rosli tu boleh tahan...ada unsur2 jenaka dan romantik...Amyra Rosli pun nmpk lakonan real bukan dibuat2...tak sabar rasanya nk tunggu drama ni....