Sunday, July 29, 2012

Subhanallah!!! Dicabut Nyawa Sebelum Ke Tali Gantung

saat dicabut nyawa

Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh.

Sebuah kisah benar.

Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana…

Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau tntg seorang banduan yg bernama AMIN….

iaitu ketua kumpulan Al-Mau’una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong.

Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Apa yg menarik ialah peribadi si Amin ini.

Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.

Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum.

Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi.

Dia digantung pada subuh pagi jumaat.

Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.

Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.

Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal,
solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.

Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung.

Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.

Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti
menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan.

Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat
pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung.

Tangan spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir.

Subhanallah. ……… mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung… …

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya yang soleh dan sentiasa bertaubat.

Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.

Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.

Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”

Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air.

Allahualam..

Sumber dari blogammar

Tuesday, July 10, 2012

Suami Irma dan Superman....

Mesti korang berfikir kenapa tajuk cam gitu kan..hehe.. sebenarnya Awien suka bila tgk lelaki pakai baju lambang Superman..nmpk mcm macho gitu...sekarang dah mcm trand kan pakai baju ni kan...sekarang ni plak ternmpk Redza suami Irma pakai..aduhhhh mau cair dibuat nya..dah ler body dia sasa..bisa luruh jantung den..hehe..ensem nya..muka ada ala-ala Fahrin Ahmad ckit kan...untung ler ko irma..dapat laki ensem gini...terjeles la plakkk...maap k..terlebih puji lak laki orang... wakaka...ok2... jum kita tgk kehenseman suami Irma Hasmi ni... semoga korang bahagia sehingga akhir nyawa.....peace... :)


wedding irma hasmie

wedding irma hasmie

p/s : untung ler Irma Hasmi... :)

Monday, July 9, 2012

Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK :

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh

Nota: Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang, tapi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain...

Peringatan untuk diri sendiri..

Thursday, July 5, 2012

Lirik Lagu Motif Band – Tuhan Jagakan Dia

Lagu yang sedang ligat ni putar di radio febret awien Suria.fm...ceh promote tu...hehe...mungkin berhantu macam lagu Sudah Cukup Sudah dari Nirwana Band...kan kan..Sangat suke layan lagu ni buat mase skrg.. :)


Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Monday, July 2, 2012

Sepanyol JUARA EURO 2012 - SEPANYOL 4 - ITALI 0


Tahniah, tahniah, tahniah diucapkan kepada pasukan Spain... u olls mmg mantap derrr. walaupun awien xtgk game semlm tp xper dlm hati kcil dah rasa spain akan menang..hehe..mula-mula mmg dah pasang niat nk berjaga untuk tgk game final tp mata dah xleh nk buka..akhirnya bola yg tgk awien..hekhek..alih2 sedar2 jam dah 6.30...terlepas beb..kihkih..apa-apa mlm ni cover balik..biarpun hanya siaran ulangan... :)


Apa yg tak disangka Spain boleh menang besar tu...ingatkan Itali boleh beri saingan sengit xpun boleh heret ke sepakan penalti..akhirnya Spain mahu tunjukan mereka No 1 ...skali lg dinobatkan sebagai JUARA untuk tiga game besar berturut-turut..Mmg terbaekkk ler...

Awien Heritage --> tetap sokong team MALAYSIA... MALAYSIA BOLEH...

Sunday, July 1, 2012

Irma Hasmi dan Reza Shah Azmeer

Sumpah..hensem giler suami Irma Hasmi...hikhik...sungguh sepandan..Semoga kekal hingga akhir hayat..insyaallah..amin.. :)

Romantik kan...


Terselah kejelitaan...


Mak aiiii...ensemnya..untung ler irma...