Thursday, June 28, 2012

Tutti Frutti Time

Salam semua....ok hari ni nak cerita ckit pasal tutti frutti ni.. semalam 27/06/2012 Nor adik awien beria-ria ajak makan tutti frutti, mungkin dia teringan sgt kot..lagipun ramai kekawang duk post gambar kat FB sambil makan2 kat tutti frutti nim..teringin juga nak rasa cam ner...

awien ni klu bab mkn mmg suka tp mkn mkanan yang mengenyangkan la..setakat mkn ais krim / yogurt rasa tak kenyang kot..hehe...perut orang kampung ler katekan... so dia ckp nak belanja so ikut sajelah kan..rezeki jgn tolak...hikhik.. dalam kol 8 mlm kita g sane.. mula-mula cuak gak cam ner nak beli..layan diri kan mane la tahu pertama kali jejak...so ada la sorang pelayan kat ctu tya " pertama kali ke kak?" jd kami ckp la yer..dia pun tunjukla cm ner cara2nya..orang darat gnilah..hehe..tp xper lain kali bila dtg dah tahu mcm ner kan..malu bertanya sesat jln...hikhik...

Kami pun pilih la perisa mane yg berkenan dihati then bawak mende tu mkn kat medan selera Tanjung K. Trg. sbb lapar nasi juge..sane plak kami pekena plak tomyam yang panas2..lagila terangkat beb..hehe...kuat mkn cm tu la yer....Tutti frutti ni kalau mkn sebulan skali boleh ler..klu ari2 mau bocor poket...harga leh tahan..kira pakai gram...so korang pandai2 la yer... yang belum rasa lagi tu..sila2 la. dan selamat mencuba... :)


Giler glamor kan..haruslahhh..hehe

Nor tengah tekan ais krim/ perisa... :)

Macam2 ada untuk hiasan..hakhak..korang pilih jer

sesudah dicampur-campur apa yang ada, inilah hasilnya...teng teng...harga 1 cup ni RM 18.50 (kira pakai gram)

sudah membayar apalagi snap la skali sebelum blah..hakhak..tq pada adik-adik pelayan yang sporting tolong snap..hakhak

my mum said " sedap jgok mender nim..lain kali nak ajak aboh r mkn cni " adoii mengalahkan orang muda tu..hehe.. tp xper skali skala ma ngan abah nak dating...tak salah kan... :)

Saturday, June 23, 2012

Lirik Lagu Beginilah Cintanya- Shaheizy Sam & Yana Samsudin

So Sweet pertama kali tengok Sam & Yana nyanyi lagu ni dalam Filem Aku Ada, kau Ada?...romantik habis dowww...sedap juga suara diorang..dah la shoot kat korea..mmg betul tangkap leleh la..so sape2 yang lom dgr lagi lagu ni sila2 la klik link ni k.. dan lagu ni tengah ligat di putar kat radio Suria.Fm...selamat berjiwang... :)


Beginilah Caranya

Tajuk : Beginilah Caranya (3:14)
Artis : Shahiziey Sam & Yana Samsudin

(L)
Aku Tak Bisa Menyatakan Perkataan
Kelu Lidah Bila Berdepan Kamu

(P)
Aku Percaya Pada Naluri Hatiku
Yang Nyata Sudah Ada Depan Mata

(L)
Tapi Aku Masih Belum Mengenalmu
(P)
Untuk Menikmati Rasa Sebenar-Benar Cinta

Chorus
(L)
Aku Tahu Di Mana Nak Cari Cintamu
Di Sini Tak Mungkin Mengalah
Dengan Apa Yang Mendatang

(P)
Yang Ku Tahu
Kucuba Yang Terbaik Untukmu
Yang Indah Jadikan Kenangan
Yang Duka Perbetulkan

(L)
Begini Caranya Bagi Diriku
(P)
Caranya Bagi Diriku

Awien Heritage--> sesuai jer nmpk diorang, kan best kalau diorang couple....hehe

Sunday, June 17, 2012

SELAMAT HARI ABAH

Penawar hidupku..

Semoga abah sentiasa dibawah lindunganNya dan diberi kesihatan yang baik sentiasa... ABAH hero kami semua...pewira dihatiku... I LOVE U ABAH.. :)

Solat Dhuha

klik gambar untuk lebih jelas

Thursday, June 14, 2012

8 Pahala Yang Berterusan

klik pada gambar untuk lebih jelas...

P/s : kredit kepada pemilik gambar

Tuesday, June 12, 2012

Monday, June 11, 2012

Waktu Yang Sunat Untuk Minum Air


Tahukah anda semua bahawa waktu minum air pun sangat penting untuk menjamin kesihatan tubuh badan kita? Kajian membuktikan bahawa minum air pada waktu yang tepat dan sesuai boleh membuatkan tubuh seseorang susah untuk mendapat penyakit.

Di bawah ini adalah senarai waktu yang paling bagus untuk kita minum.Mari kita sama-sama berkongsi info ini.

Minum dua gelas air masak – SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

Minum segelas air masak – 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

Minum segelas air masak – SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

Minum segelas air masak – SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur.

p/s : kredit kepada islamitusuci untuk info bersama..sekian