Saturday, April 28, 2012

Semoga Kalian Berbahagia Fasha & Jejai

gambar pernikahan fasha dan jejai

Selamat Pengantin Baru Kepada Fasha Sandha Dan Toh Muda Rizal Ashram Ramli. Walaupun banyak kontrovesi yang melanda kedua-duanya... jodoh mereka tetap kuat. Apa-apa pun Awien ucapakan semoga kebahagian mereka kekal hingga hunjung nyawa..insyaallah... :)

Tuesday, April 24, 2012

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.


1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


Sunday, April 22, 2012

Mimpi melihat lelaki berbogel

Kalau tak silap, awien pernah terbaca cerita ni dalam sebuah buku yang dibeli tahun lepas...tajuk buku awien lupa la plak...tp best baca buku tu sbb semua isi kandungan menceritakan pengalaman di tanah suci... ok jom hayati kisah dibawa ni...Rugi tau kalau korang just baca tajuk jer...hehehe...

Perkongsian dari page Peminat Ustaz Azhar

Baru pulang dari kuliah Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din Beliau membuka kuliah dengan satu pertanyaan. Adakah anda semua pernah bermimpi melihat diri anda berbogel?

Semua hadirin tersentak. TG meminta siapa yang pernah bermimpi mengangkat tangan. Tiada seorang pun angkat. TG beristighfar. TG menyambung dgn satu kisah di mana kisah itu diambil dari majalah arab. Dalam majalah itu menceritakan satu wawancara dengan Imam Masjidil Haram Sheikh Sudais.

Dalam wawancara itu, ada sesi soal jawab melalui telefon. Satu panggilan diterima. Pemanggil itu bertanya soalan tentang tafsir mimpi. Sheikh kata beliau tak pandai ilmu tafsir mimpi, tapi hanya sebahagian sahaja beliau tahu.

Pemanggil itu menceritakan mimpinya, dalam mimpinya dia melihat seorang lelaki sedang bertawaf dalam keadaan bogel tanpa ada perasaan malu.

Sheikh menjawab : Masyaallah..masyaallah… Tafsir mimpi ini saya tahu, orang itu mendapat keampunan dari Allah dan segala amalan dia diterima. Umpama anak yg baru dilahirkan tanpa sebarang dosa.

Pemanggil itu bertanya: Bolehkah saya menceritakan khabar baik ini kepada lelaki yang saya nampak beliau dalam mimpi saya?

Sheikh menjawab: Menjadi satu kewajipan anda memberi khabar gembira ini kepada lelaki itu.

Lantas pemanggil itu berkata: Lelaki itu adalah Tuan Sheikh sendiri. Sheikh Sudais terkejut dan menangis sehingga program wawancara tersebut terpaksa dibatalkan..

Alangkah ruginya kita dan alangkah beruntungnya manusia itu.. Mendapat keampunan dari Allah dan segala amalan diterima..

Sedang amalan kita..termasuk perjuangan kita ini banyak bercampur dengan dosa, malas, banyak alasan dan bermacam lagi..

Sumber : Isuhangat

Awien Heritage --> Allah Maha BesarLink

Jeles tahap dewa dengan Zizan dan Aaron

Salam u olllls.... meh cni awien nk tunjuk kat korang kete sport si Zizan Raja Lawak dan Aaron Aziz..sure korang gigit jari punya...Bukang calang -calang orang boleh pakai kete mcm tu..harga sure la power punya... rezeki kamu la wahai zizan , aaron...ceh..tgk diorg posing kat kete pun mcm dah terbakar jiwa...wakakakakka....


M7 JAPAN GTR R600, M7 Dragon Edition milik Aaron Aziz a.k.a Abang long kawasan..huhu



Zizan bersama Mitsubishi Evolution 10 Versi M7 miliknya

Sumber foto dari Oh Bulan

Awien Heritage --> boleh duk sebelah driver pun jadi lerrrrr... :)

Saturday, April 21, 2012

Ustaz Don Hafaz al-Quran selepas SPM

Salam... awien nak share story dengan kawan-kawan semua tentang seorang ustaz muda lg hencem...hehe..rugi tau kalau korang tak baca..banyak kisah menarik yang Ustaz Don ceritakan dari kecil sampai sekarang... :)

Kredit pada sumber tersebut. :)

pix_middle

BERBULAN-BULAN usaha mengaturkan sesi fotografi dengan pemuda bernama Don Daniyal Don Biyajid, 28, atau mesra dengan panggilan Ustaz Don ini. Kesibukannya mengehadkan masa bersama media, namun pelawaan wakil TV AlHijrah ke Masjid Al-Azim, Pandan Indah, pada 15 April lalu membuahkan hasil.

Kebetulan ketika itu Ustaz Don terbabit dalam program Cinta Masjid yang bertujuan mengembalikan peranan masjid sebagai pusat perkembangan ilmu dan kegiatan masyarakat.

  • Foto

    PUJAAN RAMAI...Ustaz Don takut lupa diri.

  • Foto

  • Foto

Sekitar Asar, wakil Rap tiba di pekarangan masjid berkenaan dan apa yang mengagumkan, sepanjang jalan di luar pekarangan masjid di penuhi kenderaan seperti orang menghadiri konsert.

Situasi itu sudah cukup menjelaskan berita mengenai fenomena seorang penceramah agama iaitu Don adalah benar. Bukankah ini satu perkembangan baik? Anak muda mula berminat menonton program agama, mendengar ceramah dan tazkirah selain memilih untuk berada di masjid daripada membuang masa pada hujung minggu.


“Dalam berdakwah, saya tidak pernah meletakkan sasaran untuk golongan remaja saja kerana ilmu itu tidak mengenal batasan usia. Jika remaja suka mendengar dan menonton program agama dikendalikan saya, Alhamdulillah,” kata pengendali program 30 Minit Ustaz Don yang bersiaran setiap Isnin sehingga Khamis, jam 10 malam di TV AlHijrah.


Kesukaran mendapatkan beliau selama ini ekoran komitmen Ustaz Don. Selain terbabit dengan 30 Minit Ustaz Don pada waktu malam, aktivitinya pada sebelah siang dipenuhi dengan tuntutan kerjaya sebagai pensyarah di Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat di Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Bangi serta tugasnya sebagai penceramah bebas.

Pada masa sama, beliau juga sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam pengajian al-Quran dan Sunnah.

Berbicara mengenai fenomenanya, nyata Ustaz Don sedikit gelisah dengan pertanyaan itu kerana enggan dipuja kerana ikhlas berdakwah untuk Yang Maha Esa.

“Ikut Islam, patuh suruhan Allah s.w.t dan Rasul. Jangan puja saya kerana saya manusia biasa. Mati esok, syurga belum tentu buat kita lagi. Sebagai saudara sesama Islam, apa yang boleh kita lakukan adalah saling ingat mengingati.

“Saya berdakwah untuk berkongsi ilmu selain sebagai persiapan menjadi insan dan hamba-Nya yang lebih baik,” katanya.

‘Respons’ mahupun reaksi yang masyarakat berikan kepada penceramah bebas kelahiran Bukit Mertajam itu membuatkan dia pernah berasa janggal pada awalnya.

Namun, Ustaz Don sering menjadikan kisah seorang ulama juga Tokoh Tafsir Mesir, Allahyarham Syeikh Muhamad Mutawalli al-Sya’rawi sebagai contoh dan inspirasi agar sentiasa menunduk ke bumi.

“Syeikh Muhamad Mutawalli al-Sya’rawi adalah ulama hebat dan murah hati. Betapa orang mengaguminya sehinggakan pernah sebaik keluar dari masjid, orang mengerumuninya untuk bersalaman dan memeluknya.

“Sampaikan keretanya turut diangkat. Apabila keadaan sudah reda, beliau minta pemandunya menghidupkan enjin lalu singgah di sebuah masjid. Kemudian beliau membuka baju dan mula mencuci tandas sebagai cara untuk beliau berasa rendah diri.
“Saya sering mengingatkan diri kepada peristiwa ini untuk saya sentiasa tunduk ke bumi,” katanya.

Pemilik Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir, itu menambah, semakin kuat iman seseorang itu, semakin galak syaitan cuba memesongkannya.

“Jangan kata orang kuat agama tidak boleh lemas dengan pujian. Puji-pujian boleh menimbulkan rasa bangga diri. Iblis pandai. Dalam hadis ada menyebut Talbis Iblis iaitu pengkaburan yang dilakukan iblis dan mempunyai pelbagai cara untuk menyesatkan orang.

“Satu contoh, jika ada perempuan seksi depan mata, memang langsunglah ustaz tak pandang. Jadi iblis kaburkan dengan mendatangkan wanita bertutup aurat tapi pandai mengurat.

“Saya paling takut menjadi orang yang munafik dan daripada pemerhatian saya, sifat munafik paling ditakuti golongan ulama,” katanya.

Menyingkap pembabitan awal sebagai penceramah bebas, Ustaz Don yang pernah menjadi guru di sebuah tadika di Pulau Pinang, menyampaikan kuliah agama pertamanya di Selangor iaitu di Surau An Nur, Bangi, tiga tahun lalu.

Detik itu tidak mungkin dilupakan lantaran ia permulaan sebagai pendakwah bebas, tambahan pula beliau bertindak sebagai ‘bidan terjun’ menggantikan dua ulama tersohor - Ustaz Haron Din dan Ustaz Ismail Kamus yang tidak dapat memberi kuliah pada hari berkenaan.

Penghujung 2010, sahabatnya, Kamarul Zaman, bekas kakitangan TV AlHijrah memperkenalkannya kepada seorang produser stesen itu yang kebetulan sedang mencari seorang ustaz untuk mengendalikan program baru.

Selepas uji bakat, beliau terpilih mengendalikan program Ihya Ramadan sebanyak 20 episod, yang menyaksikan pelbagai reaksi positif penonton.

Rentetan itu, katanya, lahirlah idea untuk menerbitkan 30 Minit Ustaz Don yang pada awalnya menggunakan judul Tazkirah Ustaz Don. Program berbentuk kuliah interaktif itu sebagai kesinambungan kejayaan Ihya Ramadan.

Menjadi wajah rebutan kebanyakan stesen TV sekarang, Ustaz Don mengakui selesa bersama TV AlHijrah, malah turut berkongsi idea untuk program akan datang.

Beralih kepada topik penampilan beliau yang sering kelihatan berjubah, berserban dan selendang di bahu kanan, tidak bererti beliau menolak pakaian kasual.

“Ulama terkenal, Allahyarham Ustaz Yusof Rawa sangat menjaga penampilannya ketika berada di khalayak sehingga pernah menerima duta keterampilan. Ini bermakna, kebebasan bergaya sememangnya ada asalkan tidak keluar daripada landasan Islam. Saya pun bukanlah ke sana sini mengenakan jubah dan serban, ikut kesesuaian juga.

“Jika bermain boling misalnya, takkan hendak berjubah? Ada masa saya selesa memakai sut dan pakaian formal,” katanya.


Zaman kanak-kanak

DETIK kejayaan hidup seseorang pasti ada kaitan dengan asuhan ketika kecil, cara mereka dibesarkan selain pergaulan sekeliling. Akui Ustaz Don, beliau dilahirkan dalam keluarga yang sederhana iaitu ibunya seorang kerani dan bapanya pula, pembantu makmal.

“Seingat saya, emak dan ayah mahukan anak pertama lelaki tetapi yang sulung perempuan. Jadi apabila lahirnya saya, emak pernah kata dia menyebut ‘Fisabilillah’. Fisabilillah ini pernah disebut datuk Nabi Isa a.s. ketika kelahirannya. Ada kisah menarik di sebalik ungkapan ini.

“Kalau tidak silap saya, ketika berusia tiga hari, bapa membawa saya bertemu gurunya, juga Pengasas Pondok Bagan Lalang, Pulau Pinang, untuk mendapatkan keberkatan.

“Menyingkap cara saya dibesarkan sama seperti kanak-kanak lain. Bagaimanapun, baru-baru ini saya terbaca tulisan Profesor Dr Muhaya Mohamad yang menemu bual emak saya, apakah rahsia emak dalam mendidik saya dan adik-beradik yang lain. Saya pun tak tahu bila temu bual itu dibuat.

“Dalam temu bual itu, emak memaklumkan dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian untuk menyusukan saya sehingga genap dua tahun.

“Jika saya menangis mahukan susu pada waktu malam, ayah saya akan turut sama bangun membancuh susu untuk emak sebelum emak menyusukan saya,” katanya.

Dalam petikan temu bual itu turut menyebut, ayah Ustaz Don tidak membenarkan emaknya menyusu sambil berbaring. Sebaliknya, ayahnya akan menyediakan belakang badannya untuk emak bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu.

Akui mengagumi pengorbanan kedua-dua orang tuanya itu, Ustaz Don semasa kecil sering mengikuti bapanya ke masjid untuk menunaikan solat dan mendengar ceramah agama.

Anak kedua daripada empat beradik itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sewaktu di sekolah menengah, dia adalah pelajar aliran sains.

“Saya bukanlah pelajar cemerlang cuma setakat sedang-sedang saja. Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM, saya cuma memperoleh 4A saja. Sewaktu mengikuti pengajian peringkat Diploma di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulau Pinang, kemudian Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat di Mesir, saya antara pelajar yang selalu dapat tempat kedua atau ketiga terakhir (ketawa).

“Saya mula minat menghafaz al-Quran selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Al-Quran sangat istimewa dan hanya akan ‘duduk’ dengan siapa yang ia mahu. Ada orang belajar sedari umur empat tahun untuk menghafal al-Quran, tetapi masih tidak mampu melakukannya.

“Wallahualam... apa yang saya tahu mereka yang mendapat kelebihan adalah orang yang menyayangi al-Quran.

“Seperkara lagi, sejak dulu saya selalu patuh kepada kata-kata guru. Menghormati guru nescaya kita akan mendapat keberkatan dalam pelajaran.

“Saya masih ingat ketika bersekolah rendah, saya ada seorang guru, Ustaz Sheikh Redha Salim Ali yang kini sudah meninggal dunia. Setiap pagi saya berjalan ke rumahnya selama 30 minit dan apabila balik dari sekolah, kalau kawan-kawan mahu temankan ustaz pulang, dia akan kata: “Aku nak balik dengan Don.” Ustaz saya itu buta, jadi saya pimpin tangannya setiap kali pergi dan balik sekolah,” katanya.



TRIVIA

Surah yang sering atau dibaca... Surah Al-Kahfi.

Pendakwah dikagumi... ramai, salah seorangnya Datuk Dr Haron Din.

Jika menjadi bapa satu hari nanti... mahu mendidik anak seperti Rasulullah s.a.w. walaupun mustahil, tetapi berharap dapat menjadi ayah yang baik seperti ayah saya.

Jenama kacamata pilihan... Rayban.

Kumpulan muzik yang diminati... Linkin Park. Menurut Ustaz Don, sebahagian lirik lagu kumpulan itu yang dibacanya tidak keterlaluan dan ada yang berunsur kehidupan dan kemanusiaan.

Status... tunangan kepada Husna Mohd Zain, pelajar jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir.

Penuhi masa lapang... kerja grafik dan fotografi.

Thursday, April 19, 2012

Rezeki yang tak disangka-sangka



Alhamdulillah syukur pada Allah yang telah melimpahkan rezeki ke atas kami sekeluarga...awien percaya setiap ujian pasti ada hikmah nya..sekarang awien amat2 bersyukur atas rezeki kurniaan mu Ya Allah...

Maaf semua awien xboleh share apakah itu... :) yang pasti hati sedang bergembira...lalalalallalalala

Tuesday, April 17, 2012

Ajaibnya SEDEKAH


Sedekah amal jariah adalah jalan2 yang membawa sekalian manusia ke pintu syurga....mari iklaskan hati niat kerana Allah swt sumbangkan sebahagian dari harta kita kepada orang yang memerlukan...muda-mudahan Allah tempatkan anda dari golongan yang akan kesyurga...InsyaAllah...!!

Jangan main2 dengan 20 sen!!!!!!!!



Tersebut kisah ada seorang Imam yang telah dipanggil ke suatu tepat untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang... baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," hati kecilnya berkata-kata.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

AwienHeritage--> untuk renungan kita bersama......subhanaallah

Bukti Kebesaran Allah....


Seorang pemuda tentera yg berkerja sebagai tentera di sebuah negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH... Seorang Kapten yg berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dlm usaha memalukan beliau kpd kalangan tentera yg lain...kapten tersebut memanggil beliau utk mengambil kunci Jeep askar utk dialihkan kedudukan Jeep trsebut ke tmpat yg disediakan....

Jawab pemuda itu : saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dlm memandu Jeep yg canggih tersebut...kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak...lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut...dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tmpat asl nya...lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut...pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dgn perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanya beberapa meter sahaja pergerakan yg dilakukan...sekeluar sahaja dari Jeep tersebut,

kelihatan Kapten dan tentera yg lain menangis kesemuanya...lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KPD TUHAN KAMU!!" kata tentera2 yg lain...pemuda tersebut berasa hairan...lalu Kapten yg menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kpd pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin....

MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA...
Melutut pemuda tersebut bersama tentera yg lain bersujud kpd ALLAH S.W.T...PEMUDA ITU BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud...
Anda mungkin fikir ada perkara yang masih mustahil DENGAN Allah sahaja boleh

wallahualam...

Monday, April 16, 2012

Lirik Lagu Anak Kampung – Jimmy Palikat

Salam isnin semua....kali ni awien nak share lirik lagu Anak Kampung nyayian Jimmy Palikat dan kalau tak salah awien lagu ni juga Jimmy Palikat duet bersama One Nation Emcey. Pertama kali awien dgr lagu ni masa kumpulan Zero Raja Lawak yang nyayikan... bila dgr2 best plak pastu minggu seterusnya Jozan bersama zero plak nyayian bertambah la best....korang yang belum layan lagi lagu ni jom ikut awien k..hakhakhak.

Apa yang awien tahu lagu ni sangat popular kat sabah tahun lepas...so kira Zero mempopularkan lagi la lagu ni...tu pendapat awien k... :)

Ni awien juga share link http://www.youtube.com/watch?v=7rvYOXNnHGA

Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapat ku berikan
Engkau memang cantik
Memang tidak padan dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli-kuli sahaja memang tidak padan
Cantik bah kau itu
Banyak yang tergoda lagi orang kaya

Tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan
Rumah ku pun tiada adapun bapa punya
Apa lagi belanja mau bayar berian kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain

Engkau masih muda cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiada guna

Tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan
Rumah ku pun tiada adapun bapa punya
Apa lagi belanja mau bayar berian kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain

Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapat ku berikan
Engkau memang cantik
Memang tidak padan dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli-kuli sahaja memang tidak padan
Cantik bah kau itu
Banyak yang tergoda lagi orang kaya

Tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan
Rumah ku pun tiada adapun bapa punya
Apa lagi belanja mau bayar berian kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain

Engkau masih muda cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiada guna
Nanti kau menyesal tiada guna
Nanti kau menyesal tiada guna

Saturday, April 14, 2012

sepetang bersantaiii....


14 April 2012 (Sabtu)
Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu

Merenung masa depan..hakhak


Monday, April 9, 2012

AA paling popular 2011

Seperti sudah dijangka..hero terhangat dipasaran lain tak bukan abg encem AaronAziz merangkul gelaran artis paling popular 2011...... tahniah diucapan..Pasni bertambah-tambah la rezeki abg encem hehe.....

aaron aziz menang

Awien Heritage-->sedih izara aisyah tak menang....:(

Tuesday, April 3, 2012

Cinta Buat Emelda

Rasanya awien pernah baca novel ni...tapi dah lama... jalan cerita pun dah ingat2 lupe dah...tp bila tv 3 dah buat drama baru leh ingat balik ckit2...apa yang boleh dikatakan jalan cerita versi drama boleh tahan...bisa meruntum jiwa ditambah pula kekacakan Fizo Omar , keayuan Almy Nadia serta kecomelan Mia Sara membuatkan drama lebih menarik..itu pendapat awien ler.. korang tak tau la mcm mana kan....jom layan sedikit sinopsis Cinta Buat Emelda.



Diadaptasi daripada novel Kasih Antara Kita, drama ini berkisar mengenai kehidupan Emelda yang mula berubah sejurus kehadiran Dania, anak kakaknya, Emira.

Sejak Dania di sisi Emelda, hubungan Emelda dengan adik lelakinya, Emeriz mula renggang. Tanpa diduga, Emelda bertemua Aeril Fatah yang merupakan seorang doktor yang memberi ceramah di tadika Dania.

Sejak pertemuan itu, Aeril sering termenung sambil teringatkan kenangan bersama Emira. Rupa paras Emelda seiras kekasihnya Emira yang meninggal dunia akibat kanser.

Aeril begitu berminat untuk mengenali Emelda. Bagi Emelda, dia sangat mengenali Aeril dan masih menyimpan gambar lelaki itu sejak tujuh tahun lalu. Pada masa sama, Emelda gusar jika Aeril akan merampas Dania daripadanya.

Akhirnya Emelda mengaku yang Dania ialah anak luar nikah Aeril. Lama-kelamaan hubungan Aeril dan Dania menjadi semakin rapat sehinggakan Dania memanggil Aeril, Papa. Lantas Aeril mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda. Emelda akhirnya rela memperjudikan nasibnya bersama lelaki yang bernama Aeril Fatah, demi Dania, dia tetap mencuba sedaya upaya yang boleh.

Bahagiakah perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta? Mampukah Aeril menawan hati Emelda? Apakah rahsia yang disimpan oleh Aeril mengenai kehidupan silamnya tujuh tahun lalu? Jangan lupa saksikan Cinta Buat Emelda.

Jadi kepada semua, jangan lupa saksikan Cinta Buat Emelda keluaran Metrowealth yang akan menemui anda menerusi slot Akasia, TV3 pada Februari ini pada pukul 7.00-8.00 malam setiap hari Isnin-Khamis.


testing update guna tablet