Thursday, September 29, 2011

Adib (Anak Datuk K) Mula Jaga Tingkah Laku

Hensem kan anak tiri dato siti...sure pas ni populariti adib setaraf ngan mak tiri nyer..hehhe...apa pun gud luck 2 beranak ni..cam dah jatuh cintan plak kat adib ni..hehe

Adib

KUALA LUMPUR: Anak tiri Datuk Siti Nurhaliza Taruddin iaitu Adib Khalid,21, mengakui dia sudah mula menjaga tingkah laku sejak melibatkan diri dalam industri hiburan tempatan.

Adib yang baru sahaja menubuhkan syarikat rakaman, What's Up Entertainment berkata, dia tidak boleh lagi berperangai kebudak-budakan memandangkan dia kini menjadi perhatian umum, lebih-lebih lagi selepas menerbitkan album Inggeris Siti Nurhaliza iaitu All Your Love.

"Sebelum ini, walaupun saya tidak ada kaitan dengan industri hiburan tempatan, pelbagai gosip dan gambar-gambar saya disebarkan di Internet.

"Jadi, apabila berada dalam industri, sudah pasti saya akan menjaga tingkah laku agar tidak dipandang serong oleh masyarakat," katanya.

Namun begitu, katanya, hal itu tidak bermakna dia perlu berpura-pura dan menjadi hipokrit dengan diri sendiri.

Adib bersama Siti Nurhaliza, Datuk K dan komposer Brian pada majlis pelancaran album All You Love. Foto SHAARI CHE MAT

Tambah Adib, dia tahu dirinya masih baru dalam perniagaan industri seni dan justeru, dia ingin lebih mendalami berkaitan bidang tersebut supaya misinya sebagai seorang peniaga muda berjaya tidak tersasar.

"Sekarang ini, saya masih lagi belajar di Universiti Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan Pemasaran.

"Pada masa yang sama, saya cuba berkenalan dengan penggiat-penggiat seni di luar negara. Insya-Allah What's Up akan bertapak dengan kuat di samping sokongan dan bantuan ayah saya, Datuk Sero Khalid Mohamad Jiwa dan Siti," ujarnya.

Sementara itu, ditanya adakah dia turut mencuba menyertai di bidang perniagaan drama atau filem, kata Adib, dia masih belum memikirkan tentang hal tersebut lagi.

sumber dari Mstar online

MESTI BACA!!!!!!!!! ELAK KECURIAN, DI ROMPAK DAN DI ROGOL DALAM RUMAH SENDIRI



Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.

Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.

Tips menghalang kecurian.

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00lam).

kredit: ct nafisa,facebook

Lirik Percintaan Ini – Ezad Lazim

Pertama kali dengar lagu ni melalui radio suria.fm terus jatuh cinta..nak nak lg ezad bekas vokalis exist yang nyanyi..suara ezad mmg diakui best dari dulu sampai skrg....

Lagu Melayu Baru 2011

Ezad Lazim, percintaan ini, artis, artis melayu, lagu baru, lagu baru 2011, lagu melayu baru, lagu baru Ezad Lazim, lirik lagu Ezad Lazim, lagu Ezad Lazim, gambar Ezad Lazim, Ezad Lazim nyayi, keluarga Ezad Lazim


Masih terbayang di ruangan mataku
Saat indah bersamamu dulu
Masihku ingat janji manismu
Bertakhta di hatiku

Di kala itu engkaulah bintang
Menyuluh malam yang kegelapan
Tetapi kini tiada lagi
Tinggal aku sendiri

Percintaan ini amat memilukan
Perpisahan ini sungguh menyakitkan
Namun apa daya terpaksa ku telan
Semua kepahitan

Kepiluan ini meracun hidupku
Kesunyian ini membunuh jiwaku
Tergamak kau sayang
Melihat diriku dalam kesedihan
Dipermainkan olehmu

Sia–sia saja percintaan ini
Tak bisa sampai ke puncaknya
Sekelip mata hilang semuanya
Yang tinggal hanya airmata

Percintaan ini amat memilukan
Perpisahan ini sungguh menyakitkan
Namun apa daya terpaksa ku telan
Semua kepahitan

Kepiluan ini meracun hidupku
Kesunyian ini membunuh jiwaku
Tergamak kau sayang
Melihat diriku dalam kesedihan
Dipermainkan olehmu

Sia–sia saja percintaan ini
Tak bisa sampai ke puncaknya
Sekelip mata hilang semuanya
Yang tinggal hanya airmata

Tuesday, September 27, 2011

Syabas - Terengganu Bakal Miliki Hospital Universiti

KUALA TERENGGANU: Terengganu bakal mempunyai hospital universitinya yang pertama - Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza).

Mengumumkan demikian, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata Kerajaan Persekutuan baru-baru ini meluluskan permohonan untuk hospital itu dan ia akan dibina di atas tanah 100 ekar (40 ha) di sebelah kampus utama universiti itu di Gong Badak. Fasa pertama projek pembinaan hospital itu yang bermula tahun depan, dijangka menelan belanja kira-kira RM800 juta, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan e-book kepada pelajar-pelajar sekolah rendah di sini Ahad.

Hospital tersebut akan dipastikan setaraf dengan hospital berkaliber yang lain seperti Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Kuala Lumpur dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan, katanya.

- BERNAMA

Awien Heritage ==> makin maju negeri terengganu...semoga bertambah maju di masa-masa akan datang..aminnnn...

Monday, September 26, 2011

Rumah Terbuka DARB

Salam....masih lagi dalam mood bulan syawal...rumah terbuka masih lagi rancak sebelum syawal berlabuh..aq ada satu lagi entry pasal rumah terbuka dan sedikit foto2 untuk tatapan korang..hehe..layan k.

Rumah terbuka big bos iaitu YB Senator Dato' Haji Rahman Bakar (DARB) pada 10 September 2011 di kediaman rasmi beliau di Kampung Gelugor Kedai.


YB Senator Dato' Haji Rahman Bakar (DARB) , isteri To'Puan Robiah Hitam dan En. Saiful Bahri Bin Dato' Baharuddin (Ketua Pemuda Umno Terengganu)


Ambik berkat bergambar dengan bos...hihi


Pegawai Khas kepada DARB .. Tuan Haji Mohamad Nor Endut.. Suara sebijik macam Broery Marantika.. hehe....
Bersama-sama orang kuat majlis


Para tatamu yang hadir lebih kurang 10,000 ribu orang...terima kasih kepada semua..apa yang kurang diharap maaf dan akan diperbaiki ditahun-tahun akan datang..insyaallah







Doa Intipati Segala Ibadah

Hadith:

RASULULLAH s.a.w bersabda yang maksudnya: "Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak."

Riwayat at-Tirmizi

Huraian Hadith:

Pengajaran hadith:

i) Setiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa adalah inti pati kepada segala ibadah. Orang yang enggan berdoa dianggap sebagai orang yang sombong, takbur dan bongkak.

ii) Ketika berdoa, kita hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dipohon), janganlah berdoa dengan mulut sahaja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya hadirkan hati serta hayati apa yang dipohonkan itu serta yakin bahawa Allah akan menerima doa tersebut kerana sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa.

iii) Supaya doa dimakbulkan, hendaklah kita mematuhi adab-adab berdoa serta memilih masa dan tempat yang sesuai kerana Allah dengan sifat-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya selama mana apa yang diminta itu merupakan perkara-perkara yang baik. Begitu juga Allah yang sifat-Nya yang Maha Pengampun tidak akan menolak doa hambanya yang beristighfar dan berdoa memohon keampunan dari segala dosa yang telah dilakukan.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Online

Thursday, September 22, 2011

INFO PENTING ! MESTI BACA !!!!!

Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!!

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong.

Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti

Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..

Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.

Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,

Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.

Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!

Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!

Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :

1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.

2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.

3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!

Wednesday, September 21, 2011

Pengorbanan Seorang Ibu



Ini adalah kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China.
Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.

Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia.

Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu. Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, "Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! "

Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya. Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.

Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain. Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis. "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya!!

Sumber dari Facebook kawan-kawan

Selamat Ulangtahun Kepada Sahabatku

Epy besday to u, Epy besday to u, Epy besday to u, Epy besday to u....jom nyanyi skit pagi ni..hehe..aq nk ucapkan selamat hari jadi pada sahabatku NORHAFIZA BINTI AWANG yang kekal bersamaku hingga ke ari ini..

Sedikit imbas kembali persahabatan kami:-


1. Sama- sama bersekolah di Sek Men Keb Tun Telanai, Marang Terengganu ( 5 tahun duduk satu kelas)

2. Sambung pelajaran di Kolej eknologi Bestari, Setiu, Terengganu

3.Berhijrah mencari rezeki di Johor Baharu, Johor (2 tahun setengah )

4. Pulang dari johor dan mengikuti program SPIKE ( 6 bulan kalu tidak silap)


5. Bekerja di Kuala Lumpur di Syarikat SKALI ( 1 tahun)

6. Masing2 dah dapat keje kat kampung halaman sendiri iaitu Terengganu

7. 2 2 masih bujang...walaupun..........hehehehe


SEMOGA PERSAHABATAN YANG TERJALIN ANTARA KAMI SELAMA 16 TAHUN KEKAL SELAMANYA...AMIN..






Thursday, September 15, 2011

Kenangan di hari Raya kedua tahun 2011

Tarikh : 31 ogos 2011
Hari Raya Ke 2
RUMAH TERBUKA

Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir ke rumah terbuka kami sekeluarga..walaupun tidak sebesar mana tp alhamdullillah dapat berkongsi rezeki bersama...Juga diucapkan jutaan terima kasih kepada tetamu VIP kami merangkap bos aku..hehe..kerana sudi terima undangan kami sekeluarga...terima kasih kepada YB Senator Dato' Haji Abdul Rahman Bakar (Ahli Dewan Negara ,Pegawai Pembangunan Parlimen Marang) dan keluarga.

Foto Kenangan YB Senator Dato' sekeluarga








PESANAN DARIPADA PDRM

Jika anda memandu diwaktu mlm dan cermin kereta dilempar telur ayam, jgn on wiper atau pancut air. Terus memandu dgn apa yg mampu dilihat hingga tiba ditempat yang selamat. Ini krn jika telur ayam bercampur air ia akn menjadi susu dan akan kaburkan 92.5% tahap pengelihatan kita yg akan memaksa kita berhenti. Di situlah kita akan menjadi mangsa perompak. Inilah teknik baru yg digunakan perompak dijalanan - Polis DiRaja Malaysia

p/s: Sebarkan kepada semua..

sumber dari FB

Tuesday, September 13, 2011

Kenangan di hari Raya 2011

Beberapa keping foto kenangan yang diabadikan semperna raya aidilfitri 2011 di hari raya pertama.

Potret 1 family

my love

Family my bro

Awek2 cun sokmo..hehe

Jejaka terhangat dipasaran..kuikui


awek-awek cun yang suka berposing....


salah satu gelagat Bella Qistina (TBQ)
TUNGGU ENTRY UNTUK RAYA KE 2 PLAK...HEHEHE...GILER GLAMOR TOL LA...HUHU

Sunday, September 11, 2011

Selamat Hari Raya

hai hai semua selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin ..walaupun syawal dah masuk hari ke 13, aku baru nak wish..hehe..raya kan sebulan so belom terlambat lagi kan...

sori2 semua... lama rasa tak men update story2 dalam blog ni..mood raya lom hilang lagi da...cerita banyak tp belom ada kesempatan untuk mencoret di laman sesawang ni...ok2 mls nak bebel panjang2...aku janji aku akan post entry2 yang dirasa boleh berkongsi dengan kawan-kawan semua..jangan plak korang meluat plak nt yer..mungkin banyak story2 pasal raya 2011...

apa-apa pun selamat kembali bekerja seperti biasa dan paling penting selamat menjalani ibadah puasa enam..bagi yang belum puasa enam...hehe...

peace :)

TUNGGU ENTRY DARI AWIEN HERITAGE SELEPAS INI...:)

Uban adalah cahaya bagi seorang Mukmin

Al Baihaqi membawakan sebuah fasal dengan judul “larangan mencabut uban”. Lalu di dalamnya beliau membawakan hadith dari ‘Abdullah bin ‘Umar. Rasulullah s.a.w bersabda:

الشيب نور المؤمن لا يشيب رجل شيبة في الإسلام إلا كانت له بكل شيبة حسنة و رفع بها درجة

“Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban (walaupun sehelai) dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya.” (H.R. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir mengatakan bahwa hadith ini hasan).

Muhammad bin Hibban At Tamimi r.hu (yang lebih dikenali dengan Ibnu Hibban) dalam kitab Shahihnya menyebutkan pembahasan “Hadith yang menceritakan bahawa Allah akan mencatat kebaikan dan menghapuskan kesalahan serta akan meninggikan darjat seorang muslim kerana uban yang dia jaga di dunia.”

Lalu Ibnu Hibban membawakan hadith berikut. Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:

لا تنتفوا الشيب فإنه نور يوم القيامة ومن شاب شيبة في الإسلام كتب له بها حسنة وحط عنه بها خطيئة ورفع له بها درجة

“Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (H.R. Ibnu Hibban dalam Sahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadith ini hasan)

Dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

لَا تَنْتِفُوا الشَّيْبَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَشِيبُ شَيْبَةً فِي الْإِسْلَامِ إِلَّا كَانَتْ لَهُ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Janganlah mencabut uban. Tidaklah seorang muslim yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti.” (H.R. Abu Daud dan An Nasa’i. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shagir mengatakan bahawa hadith ini sahih)

Dari Fudholah bin ‘Ubaid, Nabi s.a.w bersabda:

مَنْ شَابَ شَيْبَةً فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَانَتْ نُورًا لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَقَالَ رَجُلٌ عِنْدَ ذَلِكَ فَإِنَّ رِجَالًا يَنْتِفُونَ الشَّيْبَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَاءَ فَلْيَنْتِفْ نُورَهُ

“Barangsiapa memiliki uban di jalan Allah walaupun hanya sehelai, maka uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat.” Kemudian ada seseorang yang berkata ketika disebutkan hal ini: “Orang-orang pada mencabut ubannya.” Rasulullah s.a.w lantas bersabda, “Siapa saja yang ingin, silakan dia memotong cahaya (baginya di hari kiamat).” (H.R. Al Bazzar, At Thabrani dalam Al Kabir dan Al Awsath dari riwayat Ibnu Luhai’ah, namun perawi lainnya tsiqoh (terpercaya). Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targib wa At Tarhib mengatakan bahwa hadith ini hasan)

Perkataan Nabi s.a.w: “Siapa saja yang ingin, maka silakan dia memotong cahaya (baginya di hari kiamat)”; tidak menunjukkan bolehnya mencabut uban, namun bermakna ancaman. Rambut uban mana yang dilarang dicabut? Larangan mencabut uban mencakupi uban yang berada di kumis, janggut, alis, dan kepala. (Al Jami’ Li Ahkami Ash Shalat, Muhammad ‘Abdul Lathif ‘Uwaidah, 1/218, Asy Syamilah)

Apakah hukum mencabut uban haram atau makhruh? Para ulama Malikiyah, Syafi’iyah, dan Hanabilah berpendapat bahwa mencabut uban adalah makhruh. Abu Dzakaria Yahya bin Syarf An Nawawi rahimahullah mengatakan, “Mencabut ubat dimakhruhkan berdasarkan hadith dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya.

Para ulama Syafi’iyah mengatakan bahawa mencabut uban adalah makhruh dan hal ini ditegaskan oleh Al Ghazali sebagaimana penjelasan yang telah dinyatakan. Al Baghowi dan selainnya mengatakan bahawa seandainya mahu dikatakan haram kerana adanya larangan tegas mengenai hal ini, maka ini juga benar dan tidak mustahil. Dan tidak ada bezanya antara mencabut uban yang ada di janggut dan kepala (iaitu sama-sama terlarang). (Al Majmu’ Syarh Al Muhadzdzab, 1/292-293, Mawqi’ Ya’sub)

Namun jika uban tersebut terdapat di janggut atau pada rambut yang tumbuh di wajah, maka hukumnya jelas haram karena perbuatan tersebut termasuk An Namsh yang dilaknat. Dari Ibnu Mas’ud r.a, Nabi s.a.w bersabda,

لعن الله الربا و آكله و موكله و كاتبه و شاهده و هم يعلمون و الواصلة و المستوصلة و الواشمة و المستوشمة و النامصة و المتنمصة

“Allah melaknat riba, pemakan riba, orang yang menyerahkannya (nasabah), orang yang mencatatnya dan yang menjadi saksi dalam keadaan mereka mengetahui (bahawa itu riba). Allah juga melaknat orang yang menyambung rambut dan yang meminta disambungkan rambut, orang yang membuat tatu dan yang meminta ditatu, begitu pula orang yang mencabut rambut pada wajah dan yang meminta dicabut.” (Diriwayatkan dalam Musnad Ar Robi’ bin Habib. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shagir mengatakan bahawa hadith ini sahih)

Syaikh Muhammad bin Sholeh Al Utsaimin r.hu mengatakan, “Adapun mencabut uban dari janggut atau uban dari rambut yang tumbuh di wajah, maka perbuatan seperti ini diharamkan kerana termasuk an namsh. An Namsh adalah mencabut rambut yang tumbuh di wajah dan jenggot. Padahal terdapat hadith yang menjelaskan bahwa Nabi s.a.w melaknat orang yang melakukan An Namsh.” (Majmu’ Fatawa wa Rosa’il Ibnu ‘Utsaimin, 11/80, Asy Syamilah)

Kesimpulannya majoriti (jumhur) ulama’ mengatakan hukum mencabut uban adalah makhruh. Namun sebagai seorang muslim yang ingin selalu mengikuti petunjuk Nabinya s.a.w dan agar tidak kehilangan cahaya di hari kiamat kelak, maka seharusnya seorang muslim membiarkan ubannya (tidak perlu dicabut).

Dengan inilah dia akan mendapat tiga keutamaan:
[1] Allah akan mencatatnya kebaikan,
[2] dan menghapuskan kesalahan serta
[3] akan meninggikan derajat seorang muslim karena uban yang dia jaga di dunia.

Wallahu a’lam.

Sumber : mediasiber.com